Semasa

1 Jam Hidayah Tunggu Tapi ‘Pihak Sana’ Tak Buka PintuLepas Balu Arwah Abam Balik Tengok Rumah, Ali Puteh Dedah Apa Yang Dia Jumpa

Pejam celik pejam celik, hari ini genaplah tiga tahun pemergian pelawak terkenal, Abam Bocey. Isterinya, Siti Norhidayah Mohd Ali bertindak berkunjung ke rumah peninggalan arwh bersama peguamnya tapi pintu tak dibuka.

Menerusi hantaran di Instagram, Hidayah meluahkan rasa sebak melihat keadaan rumah yang penuh dengan semak samun. Katanya, di luar rumah kelihatan motosikal dan kereta penghuni namun tiada siapa yang menyahut salamnya atau keluar bersemuka.

Tolong bayar RM60k dan serah kunci rumah

Ibu tunggal kepada seorang anak ini sedih apabila dirinya tak dibenarkan untuk masuk ke rumah sendiri. Hidayah sempat merakam bukti melihat kereta di luar rumah dan ada orang masuk rumah.

Hari ini 10/02/2023 genap 3 Tahun arwh tinggalkan kami.. Abang sayang datang rumah kita tapiiii.. Korang nilaikan sendiri.. Pihak di sana tolong buat bayaran RM60k. Peguam Dayah 2 kali hantar surat 21 hari tapii pihak sana hanya berdiam diri dan permainkan perintah mahkamah..

Hidayah memohon orang ramai menilai sendiri layanan yang diterimanya daripada pihak sana.

Dia turut memohon pihak sana menjelaskan bayaran saman RM60,000 serta menyerahkan kunci rumah seperti diperintahkan mahkamah dengan segera.

Susulan pendedahan balu Allahyarham Abam Bocey, Nor Hidayah Mohd Ali mengenai tidak dibenarkan masuk ke rumah peninggalan, pelawak Ali Puteh tampil bersuara.

Bukan nak sebar aib

Menerusi video di Instagram (IG), Ali menegaskan dia dan keluarga tidak tinggal di rumah tersebut selepas ibunya, Sabariah Arshad, menlnggal dunia pada 30 September 2021.

Dedah pelawak berumur 33 tahun, dia telah menjumpai taburan garam kasar, daun bidara, kulit limau serta bangkai mengkarung di luar pagar rumah sejurus Hidayah beredar pulang.

Saya bukan nak menyebarkan aib orang, tak baik. Ini rumah arwah Abam. Saya tidak tinggal di sini selepas ibu saya menlnggal dunia.

Apa saya dapat tahu dari abang ipar dan adik, pagi tadi balu dan peguam datang ke sini. Abang ipar saya nampak dan bagitahu saya tetapi tak tahu apa motif.

Apa saya nampak adalah taburan garam kasar, daun bidara, kulit limau. Allah tak pernah ajar benda-benda macam ini. Tabur keliling rumah arwh.

Saya tak takut benda ini. Kalau kata saya matl sebab ini, saya reda. Apa ini? Islam tak pernah ajar!

Paling terperanjat adalah jumpa bangkai mengkarung. Apa motif awak? Awak tahu rumah ini adik saya yang jagakan. Dia ada anak kecil. Saya bukan nak buat video fitnah.

Saya tutup mulut dan jaga aib selama tiga tahun. Apa awak cuba buat dengan ilmu-ilmu khurafat? Sedih saya.

Video:

https://youtu.be/laYxqulGaxY

Bayar ansuran

Dalam pada itu, pemilik nama Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan menyatakan dia sudah berbincang dengan peguam untuk melunaskan bayaran RM60,000 secara ansuran.

Kes mahkamah dah selesai dan saya kalah. Saya okey. Saya akan buat bayaran secara ansuran cuma menunggu jawapan.

Bagaimanapun, video tersebut telah dipadam selang beberapa minit dikongsikan kepada umum.

Kemelut antara Siti Nor Hidayah dan keluarga Ali Puteh bermula selepas kematian Abam Bocey atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.

Pada Mei 2020, Siti Nor Hidayah menyaman Ali Puteh, berhubung kenyataan yang dibuat pelawak itu menerusi akaun IG antara lain menggambarkan wanita itu seorang isteri yang tamak dengan harta pusaka suaminya.

Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya juga menfailkan saman terhadap Aliff Syukri dan Siti Nor Hidayah atas dakwaan berkonspirasi. Temu bual itu didakwa telah menjatuhkan maruah, mengaibkan dan memfitnah Ali Puteh sekeluarga.

Sumber: Instagram

Kredit: Ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *