Hiburan

Pengurus Fazura ‘Pecah Lobang’ Jantina Anak Dalam Kandungan Fazura

Pengurus kepada pelakon cantik Fazura, Iman Tang, memberi bayangan aktres tersebut bakal menimang cahaya mata lelaki Oktober ini.

Perkongsian tersebut dimuat naik Iman menerusi laman sosial Instagram (IG)nya selepas memenuhi jemputan makan malam bersama Fazura.

Iman turut memberitahu status terkini Fazura dan yang hampir memasuki usia enam bulan dalam keadaan sihat.

“Syukur Alhamdulillah Mommy and baby sihat walafiat, dan selepas diskusi dengan mommy @missfazura semalam kita berjaya “convinced and signed” soon to be born Baby to be a supporter for Liverpool FC.. Hooray!!

“Sebelum Daddy dia @fattahaminz minta dia support for Man Utd., kita awal2 hijack dulu.. hehe,” tulisnya.

Bagaimanapun Iman ketika dihubungi Gempak berkata, dia memuat naik posting tersebut adalah untuk mengucapkan terima kasih kepada Fazura.

Tambahnya lagi, disebabkan posting tersebut ramai yang menyangka Fazura benar-benar akan menimang bayi lelaki.

“Ramai yang telefon dan bertanya betul ke Fazura akan dapat baby boy? Lagi-lagi bila saya masukkan dua nama pasukan bola sepak gergasi Eropah kata dalam tu kan?

“Sebenarnya saya dah ‘booking’ baby Faz untuk jadi penyokong Liverpool tak kiralah dia lelaki atau perempuan.

“Fazura dan Fattah sendiri belum tahu jantina bayi mereka sebab bulan depan baru mereka akan buat check-up untuk tujuan tersebut,” katanya.

Sementara itu, Fazura sebelum ini memberitahu dia dan suami memilih untuk tidak membuat apa-apa pengumuman sehingga bayi

“Tak perlu teka baby lelaki atau perempuan ok semua? Kami sebagai parents to be pilih untuk tak buat apa-apa pengumuman sehingga baby lahir,” tulisnya di IG Story miliknya minggu lalu.

Dalam pada itu, pelakon filem J Revolusi turut berharap agar semua pihak mendoakan kesihatan dirinya dan dipermudahkan urusan bersalin nanti.

“Mohon doakan baby sihat dan Faz selamat melahirkan nanti. Itu harapan utama kami. Sayang semua,” tulisnya lagi.

Sumber : GEMPAK

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *