Seni hiburan

Anak Angkat Zizie Ezette Digelar Hero Kerana Bantu Menyelamatkan Mereka Sekelurga Dari Satu Kejadian Yang Mengejutkan Sebab Punca Tak Diduga Ini

dapurnya yang hampir dijilat api dapat diselamatkan selepas anak angkatnya, Aaric Zayn segera memaklumkan kepadanya. Menurut Zizie, Aaric yang baru berusia dua tahun itu berlari kepadanya memberitahu kejadian cemas terbabit.
“Our hero, Aaric Zayn. Kalau dia tak berlari naik atas beritahu dapur yang hampir dijilat api memang tak beraya kami hari ni (semalam),” katanya.

Zizie dedahkan perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Menerusi entri terbabit, Zizie memuat naik video merakamkan Aaric yang cuba menceritakan apa yang berlaku. Tambah Zizie, kejadian itu berpunca daripada kecuaian salah seorang pembantu rumahnya yang terlupa untuk menutup api dapur gas. “Kecuaian salah seorang pembantu kami yang terlupa nak tutup dapur gas.

“Syukur Alhamdulillah tak ada sebarang kejadian yang tak diingini berlaku,” katanya lagi. Zizie mendirikan rumah tangga dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Disember 2009. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan kembar lelaki berusia dua tahun iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, serta anak perempuan, Aalisa Belle Izette yang kini berusia tujuh bulan. Pasangan itu turut mempunyai dua anak angkat iaitu Nayla Nurjenna, 4 dan Aaric Zayn Izette, 2.

Zizie Ezette tak serah semua pada pengasuh

Pelakon Datin Seri Zizie Ezette, menepis pernyataan segelintir pihak yang menganggap, dia terlalu bergantung kepada pengasuh, terutama dalam urusan berkaitan penjagaan anak. Zizie atau nama penuhnya Zizie Izette Abdul Samad, 40, berkata sebagai ibu, dia tidak serahkan seluruh tanggungjawab pada pengasuh, sebaliknya tetap memberi perhatian kepada anaknya.

“Tugas pengasuh lebih kepada mencuci pakaian anak, merapikan tempat tidur mereka, selain membersihkan rumah. Tetapi, hal lain, terutama perkara berkaitan membesarkan anak, itu di bawah tanggungjawab saya. “Saya sentiasa bersama anak, malah memberikan sepenuh perhatian dan kasih sayang buat mereka. Saya mahu mendidik dan melihat setiap perkembangan mereka di depan mata. “Tugas saya lebih besar kerana anak ialah amanah Allah untuk saya sebagai ibu. Saya bukan seperti yang difikirkan ramai iaitu hanya bersalin, tetapi selepas itu, pengasuh yang buat. Jauh sama sekali pandangan itu,” katanya.

Zizie mendirikan rumah tangga dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Disember 2009. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan kembar lelaki berusia dua tahun iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, serta anak perempuan, Aalisa Belle Izette yang kini berusia lima bulan. Pasangan itu turut mempunyai dua anak angkat iaitu Nayla Nurjenna, 3 dan Aaric Zayn Izette, setahun.

Zizie dalam satu perkongsian menerusi Instagram turut memaklumkan, dia bersyukur kerana kesemua anaknya begitu rapat dengannya, meskipun mempunyai pengasuh. “Alhamdulillah, anak paling rapat dengan saya walaupun ada pihak berpendapat sebaliknya, terutama apabila mempunyai pengasuh. “Ada juga yang berpendapat, anak akan ingat pengasuh ialah ibu mereka. Silap sama sekali pernyataan mereka itu,” tulisnya.

Pembantu lupa tutup api dapur, rumah Zizie Ezette hampir dijilat api – “Kalau dia tak nampak… tak beraya la kami!”

Zizie menganggap anak angkat lelakinya sebagai hero. Pelakon Zizie Ezette berkongsi peristiwa sukar dilupakan apabila rumahnya hampir dijilat api semasa sambutan Hari Raya Aidiladha pada Jumaat. Zizie atau nama sebenar Zizie Izette Abdul Samad, 42, bagaimanapun menarik nafas lega apabila anak angkatnya Aaric Zayn Izette yang berusia dua tahun menyedari perkara itu dan segera memberitahu dirinya. “Hero kami, Aaric Zayn. “Kalau dia tak berlari naik atas bagitahu dapur dijilat api memang tak beraya kami hari ni,” tulisnya di Instagram.

Zizie berkata kejadian itu disebabkan kelalaian salah seorang pembantu rumahnya yang terlupa untuk memadamkan api dapur. Bagaimanapun, aktres itu bersyukur kerana tiada kejadian lebih serius berlaku pada mereka sekeluarga. “Kelalaian salah seorang pembantu kami yang terlupa nak tutup dapur gas. “Syukur Alhamdulillah, tak ada sebarang kejadian yang tak diingini berlaku,” ujarnya.

Saya nak berterima kasih pada dia kerana dia selamatkan kami semua

Menerusi video yang dikongsikan, Zizie menjelaskan perkara itu sambil meminta anaknya menceritakan semula bagaimana perkara tersebut berlaku. Aktres itu turut mengucapkan terima kasih kepada anak lelakinya itu kerana menyelamatkan mereka sekeluarga. “Awak nampak api besar warna merah di dapur tadi, lepas tu awak naik atas dan beritahu kakak Jesi kan? “Mummy dengar awak panggil mummy dan cakap ada api di dapur.

“Saya nak berterima kasih pada dia kerana dia selamatkan kami semua. Aaric, awak hero kami. “Kalau dia tak nampak api tu, Nauzubillah Min Zalik… rumah kami dah dijilat api dah tadi,” katanya. Aaric Zayn merupakan salah seorang daripada dua anak angkat Zizie dan suaminya, Datuk Seri Bung Mokhtar, selain Nayla Nurhenna yang kini berusia empat tahun. Pasangan itu turut dikurniakan cahaya mata lelaki kembar iaitu Aadam Zac Izette dan Aleph Zeke Izette, 3, dan seorang anak perempuan Aalisa Belle Izette yang berusia lapan bulan.

Salah Seorang Terpaksa Kembali Ke Pangkuan Keluarga, Video Anak Kembar Zizie Ezette Undang Sebak

Pada Sabtu lalu, posting pelakon Zizie Ezette di Instagram (IG) mengenai anak kembarnya Naila Marjenna dan Nayla Nurjenna undang sebak warganet. Zizie memuat naik posting pasangan kembar tersebut yang juga merupakan anak angkatnya, ketika berada di lapangan terbang. Difahamkan Naila Marjenna dijaga oleh ibu kandungnya di Sandakan, Sabah manakala Nayla Nurjenna tinggal bersama Zizie di Kuala Lumpur.

Naila Marjenna berada di Kuala Lumpur baru-baru ini untuk menghabiskan masa bersama kembarnya dan Zizie sekeluaga. Namun, pasangan kembar seiras ini seolah-olah tidak mahu berpisah apabila masing-masing menangis bersungguh sungguh dan berpelukan. Menerusi video yang dikongsi, Zizie juga tidak dapat mengawal emosinya ketika sedang memujuk Naila Marjenna dan Nayla Nurjenna.

“Nanti jumpa lagi ya. Nanti Mummy bawa jalan-jalan lagi tau. Alahai…aku pula yang sedih. “Mummy sayang Niza (nama sebenar Naila Marjenna ialah Asniza), kakak Jenna pun (nama sebenar Asnira) pun sayang Niza. “Cium puas-puas…Nanti kalau Mummy balik KK (Kota Kinabalu) pun Niza boleh datang jumpa kami okay,” katanya sebak. Zizie berkata, percutian kali ini dia tidak dapat membawa pasangan kembar tersebut bersiar-siar kerana bimbang dengan virus yang sedang menular sekarang.

“Tapi kali ini tak dapat bawa berjalan-jalan sebab virus banyak, takut terjadi apa-apa jadi kami di rumah saja, merbahaya,” katanya. Sementara itu di ruangan komen, rata-rata pengikut turut berasa sedih melihat wajah sayu Naila Marjenna dan Nayla Nurjenna. Zizie mendirikan rumah tangga dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Disember 2009. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan kembar lelaki berusia dua tahun iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, serta anak perempuan, Aalisa Belle Izette yang kini berusia lima bulan.

 

Kredit: erakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *