Seni hiburan

Rezeki Sekelip Mata, Syifa Melvin Ceritakan Macam Mana Dia Dan Adik Beradik Kini Boleh Jadi Jutawan

Sebelum ini mungkin ramai mengenali Syifa Melvin tidak lebih sebagai seorang pelakon dan seseorang yang rapat dengan bintang bola sepak negara, Safawi Rasid.

Namun siapa sangka adik ipar kepada pelakon terkenal Shaheizy Sam ini seorang yang berjaya dalam bidang perniagaan, malah didakwa kini bergelar jutawan.

Syifa Melvin kemudian bersuara dan menjawab khabar angin yang mendakwa dia bersama adik-beradiknya, Syatilla, Syida dan Syafiqa Melvin kini bergelar jutawan muda.

Menurut Syifa, dia bersyukur kejayaan produk kosmetik yang diusahakan sejak Mei tahun lalu itu berjaya mencapai status terbabit bersama adik-beradik lain.

” Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah. Semua yang kami perolehi adalah hasil usaha sendiri dan rezeki pemberian Allah SWT.

” Kami juga beruntung kerana mempunyai pelanggan yang sentiasa memberikan sokongan. Apapun, kami berasakan masih banyak perkara yang perlu kami belajar dalam bidang perniagaan ini.

” Apa yang penting, kami gembira kerana apa yang diusahakan mendapat respons positif peminat yang menjadi pelanggan.

” Keutamaan kami dalam perniagaan ini adalah untuk berkongsi rezeki dengan yang lain,”

Syifa berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran produk kosmetik, Kekasih by The Melvins di Shah Alam Convention Centre, di sini, hari ini.

Pada majlis sama, The Melvins turut melancarkan 60 papan iklan di seluruh negara bagi produk kecantikan itu.

Menurut Syifa, dia bersyukur dikurniakan adik-beradik yang sangat positif dan bersungguh-sungguh dalam menjalankan perniagaan sehingga meraih keuntungan berlipat ganda.

” Tanpa sokongan adik-beradik lain mungkin Kekasih by The Melvins tidak akan sampai ke tahap ini.

” Saya harus memberikan kredit kepada ketiga-tiga cinta hati saya yang sentiasa berusaha dan mempunyai semangat untuk berjaya.

” Mungkin salah satu rahsia kejayaan kami adalah menjaga hubungan baik antara adik-beradik. Kami tak gaduh, tak masam muka, tak cemburu apatah lagi berkira fasal duit.

Tak sangka dikurniakan rezeki sekelip mata

” Ibu dan ayah selalu pesan apapun yang terjadi adik-beradik tak boleh berpecah. Masing-masing kena ambil tanggunjgawab untuk membantu dan saling menyayangi.

” Alhamdulillah, tak sangka rezeki Allah nak bagi dalam sekelip mata,” katanya.

Kekasih by The Melvins menawarkan beberapa pilihan produk kecantikan seperti krim bedak asas, matte bibir, eyeshadow dan blusher.

Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah binti Amirol Melvin lahir 13 Januari 1994 berdar4h campuran di mana apanya berketurunan Jepun, manakala ibunya Melayu.

Mungkin ramai tak tahu, beliau memulakan kerjaya hiburan sebagai instafamous solekan.

Kredit; limauais.pw

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *