Viral

Suami Beria Nak Kahwin Isteri Pulak Selamba Je Izinkan Tapi Dengan Satu Syaraat. Pelik Tiba Tiba Tak Sampai Bape Bulan Suami Merayu Suruh Isteri Balik. Rupa Rupanya Ini Yang Berlaku..

Foto sekadar hiasan. Nak share cerita, ni fb kawan saya. Laki saya mintak izin nak kawin lain. alasan?

Sebab saya dah hodoh! Tak style macam dulu. Anak 4 org. All boys. Dulu saya secretary. So selalu siap cantik.

Tapi husb suruh behenti kerja, jaga anak. Husb saya lebih dari mampu nak kawin 2 dari segi kwangan. Tapi lain2 saya tak berapa yakin.

Jadi saya bagi syarat, nak kawin boleh, amek cuti 2 bulan, jadi suri rumah. Jaga anak 4 org yang “active” ni.

Nak tengok dia boleh urus diri sendiri macam skrg tak. Still smart macam skrg tak. Sedangkan dia pun saya yang urus.

Dia izinkan saya pergi bercuti selama 2 bulan tu. Dia fikir konon amek hati la sbb saya boleh izinkan dia kawin.

Tak sampai 2 bulan, call merayu2 menangis suruh saya balik. Cakap tak mampu nak jaga anak sorg.

Meanwhile selama ni saya urus semua sorg diri. Dia tau balik kerja, sambung buat keje kat rumah, tido. Tau tau bangun tido semua siap.

Saya tak nak balik, nak dia betul2 rasa bersalah dan buat keputusan bijak.

Gf dia call saya marah2 cakap saya tak bertanggungjawap. Saya gelak kan je dia.

Bf dia tu yang baru tau erti tanggungjawap sebenar. Bukan cari nafkah je. Lain tinggal terkongtang kanting kat bini.

Husb hari2 call merayu, facetime saya menangis2 mintak saya balik tolong tengokkan anak.

Dia cakap dah putus dgn gf dia dan baru sedar kesilapan dia selama ni. Dia yang salah tak tolong saya.Tak bagi saya ruang utak cantik kan diri.

Selama 2 bulan saya bercuti saya sempat manjakan diri, cantikkan diri. Baru dia sedar, saya hodoh sebab tak ada masa utak diri sendiri.

Semua masa saya untuk anak2 dan diri dia. Alhamdulillah kami bahagia semula. husband betul betul berubah. Husband mula tolong sama2 jaga anak2, jaga rumah. Bawak saya dating.

Bawak saya pergi spa. Belikan saya baju baru. Senang cerita. Cantiknya isteri, disebabkan ada suami yang menyokong dibelakangnya.

Jadi suami, kalau isteri tak cantik, tanya diri sendiri! apa je yang awak lakukan utak cantikkan isteri??? jangan tau nak cari lain je! selami apa yang isteri lalui hari2.

Btw saya pun menangis hari2 dalam masa bercuti 2 bulan tu sebab rindukan anak2.

Perkongsian wanita ini mendapat reaksi hangat pembaca. Lihat apa kata mereka

Abdul Hakim –Ni lah silapnye lelaki. Bila wife dah xcantik mula lah nak kawin lain. Sebelum tu ade tak suami bagi duit belanja kat isteri?. Duit untuk cantik kan diri?. Ni tau buat anak je. Setahun sekali bagi bini ngandung. Duit belanja pun tak bagi. Macam mana lah bini nak cantik

Zaharah Zara – Ini lah first time saya dengar pengakuan/tindakan bijak seorang isteri. Tahniah, awak buat yang terbaik. Salute awak. Moga jadi contoh ikutan para isteri kat luar yang mghadapi masalah Sama mcm awak. Tindakan awak yang sgt2 rasional. Tanpa “Latah meluru” sangat Bagus untum ajar lelaki macam ni. Moga awak kekal bahagia sis.

Kimber Khoon –Dalam 2 bulan tu bole jer dia panggil maid temporary jaga budak2 dan kemas rmh, dia mana penat, and you bercuti 2bln mna tahu ade maid tolong. So, caranya minta bagi sebiji rumah, minta ini itu at least you nampk dia bole ke tak bole buat. Tapi ook juga cara tadi tu…

Elreina Natasha –Puan memang bijak. Maaf saya ckp, sebilangan suami bkn semua ya. Bila dh senang atau selesa lupa jasa isteri dibelakang takbir. Keperluan dia isteri siap sedia, jaga anak2 tunggang terbalik. Bila buruk rupa paras isteri dikatakan hodoh. Tapi masalahnya isteri tak de masa utak diri sendiri semua ala kadar saja sbb hidup dia utak suami dan anak2.

Cuba bg masa untuk isteri, suami jaga anak2 kejap2 dh tanya bila nak balik. Anak2 buat perangai bagai. Habis selama isteri jaga tu anak tak buat perangai ke? Suami isteri sepatutnya sama2 menggalas tanggungjawab rumahtangga bersama. Bukan lepas kpd 1 pihak saja. Kalau rasa tak nak, tak payah berumah tangga. Menyusahkan anak orang saja.

Jeffrey Abd Wahid –Yang ni saya sokong 100% untuk memberi pengajaran dan pemahaman kepada suami2 yang tak paham2 dan saja tak nak paham kenapa isteri jadi macam tu.Dah lah sanggup korbankan keadaan fizikal yang lawa kerana mengandungkan zuriat (kadang2 korbankan nyawa), korbankan masa dan tenaga jaga anak dan keperluan suami, kadang2 korbankan masa untuk keluarga sendiri demi keluarga suami dan bermacam2 lagi pengorbanan yang dilakukan.

“SAYANGILAH SEORANG ISTERI YANG BANYAK BERKORBAN UNTUK KITA”

Sumber : Kisah Rumah Tangga Fans

Lepas Dah Halal Isteri Dah Bagi Hint Yg Dia Tk Boleh Nak Bagi Layanan Yg Terbaik Untuk Suami. Dia Siap Suh Suami Cari Org Lain. Rupanya Ini Punca Dia Macam Tu.

Assalamualaikum dan terima kasih andai luahan aku ni diterima untuk disiarkan. Semalam, aku buat sesi throwback. Dan aku rasa rindu yang amat, tapi aku tak boleh nak luahkan dekat sesiapa.

So aku luahkan dekat sini. Nama aku Ri, aku kenal dengan Aisyah ni start dari sekolah. Tapi dia bawah aku.

Sebab umur dia 25 and aku sekarang 28. Kitorang fav student Ustaz Zaki, kitorang rapat, sebab ustaz selalu suruh kitorang pantau aktiviti pelajar.

Ohh ya, dia sangat cantik. Kening lebat, kulit putih and suka senyum. Lepas aku habis sekolah, aku dengan dia lost contact tapi umur aku 25 kitorang dapat contact balik each other.

Aku confess kat dia, yang aku suka dia. Alhamdulillah diterima baik, dan dia cakap. Dia suruh tunggu habis study, baru datang merisik.

Aku ikut je, taknak terburu-buru sebab masa tu kerja aku pun tak menentu. Tapi, dia ada dengan aku dari aku pakai kancil sampai laa sekarang aku dah ada kereta yang better dan selesa.

Dari aku takde apa-apa sampai lah aku hampir ada segalanya.

Long story short, dia pun dah habis belajar. Aku ajak dia bertunang, dan family aku pun pergi jumpa parents dia untuk tarikh bertunang.

Tapi seminggu sebelum bertunang tu, dia sakit teruk. Demam, muntah badan dia jadi kurus sikit. Disebabkan sakit dia tu tak baik lagi, kitorang decide untuk tangguhkan pertunangan tu.

Kitorang kerap bergaduh, dalam sebulan tu 3-4 kali bergaduh. Sampai 1 tahap, dia block aku kat semua socmed termasuk whatsapp. Aku buntu, aku tak tau macam mana nak pujuk dia, aku masa tu memang give up and dah rasa yang dia bukan jodoh aku. Aku banyak berdoa minta petunjuk.

Dia makin kerap sakit, muntah cairan merah. Perutnya sakit, badan dia makin kurus. Pergi hospital, appointment tak pernah miss, tapi masih taktau dia sakit apa.

Beribu habis, masih sama. Dan family Aisyah decide untuk pergi berubat cara islam. And surprisingly, ya. Aisyah kena buatan orang. Aisyah marah-marah aku, itu semua laki tu yang buat.

Dia taknak aku ni rapat dengan Aisyah. Laki tu marah sebab Aisyah tak layan dia. Ustaz nak buang benda tu, tapi laki tu dapat rasa. And laki tu hantar benda tu yang lagi kuat.

6 bulan, keadaan Aisyah masih sama. 3 ustaz cuba untuk ubatkan dia, tapi tak mampu sebab terlampau kuat.

Aisyah minta aku cari lain, jangan tunggu dia. Aku dengar dia cakap macam tu, aku nangis. Aku terus bagitahu parents aku, aku nak nikah dengan Aisyah. Walaupun aku tau keadaan dia macam tu.

Alhamdulillah family aku faham aku, dan aku pun pergi ke rumah Aisyah untuk bagitau hasrat aku.

Parents dia agak terkejut, termasuk lah Aisyah. Aisyah marah aku, dia cakap jangan kawin sebab rasa kesian. Cari laa perempuan lain, jangan dengan dia. Aku berkeras, aku nak kawin sebab aku nak jaga dia, depan mata aku.

Alhamdulillah aku selamat jadi suami dia, hanya kenduri simple. Malam lepas nikah tu, aku cakap dekat dia, “Yang, kita nikah simple-simple.

Nanti bila awak dah sihat, kita buat majlis yang lain ye?”.. Lamaaa Aisyah tenung aku, lepastu Aisyah cakap dekat aku “takpe.. sebab sy tak boleh bagi apa yang awak nak, sy takde apa-apa, dah tak cantik macam dulu, dah tak mampu nak buat kerja macam dulu, and mungkin dah tak boleh happy kan ri macam dulu.” Aku diam, sebab tahan air mata. Cengeng.

Esoknya, keadaan Aisyah makin teruk. Dia muntah-muntah dan keluar benda pelik, tak larat jalan, hanya terbaring. Ustaz call aku, dia bagitau yang lelaki tu marah sebab aku kawin dengan Aisyah. Aku suruh ustaz pulangkan, tapi ustaz tak bagi.

Hampir seminggu Aisyah terbaring. Malam Jumaat, Aisyah panggil aku, Dengan susah payah dia dia bisik kat aku “Ri.. Sya tak kuat dah ni, tolong halalkan makan minum. Ri cari pengganti, sya izinkan.. sya minta maaf, aisya tak bagi, tak mampu jalankan tugas isteri. Ri cari pengganti ye nanti..” Aku tunduk, aku menangis je.

Hari Jumaat esoknya, lepas kami semua bisikkan kalimah syahadah, Aisyah pergi menghadap ilahi. Dengan tenang, disisi aku and family Aisyah.

Semuanya berjalan dengan lancar, masa Aisyah dikafankan, baru aku nampak wajah ‘sebenar’ dia. Dalam hati aku cakap “cantiknya awak sayang..”.

Puaslah kau lelaki, kau dah buat dia derita. Kau dah buat dia hilang hampir semua yang dia impikan. Dan kau buat aku hilang orang yang aku sayang. Semoga allah membalas atas apa yang kau dah buat pada Aisyah. Dan harini genap 2 tahun aku menjadi suami Aisyah.

Dan sampai sekarang, aku masih belum dapat pengganti dia, dia sempurna kat mata aku. Aisyah yang aku sayang, aku tak dapat miliki dia. Allah pinjamkan sementara je. Menyayangi Tapi Tak Memiliki, itu lagi sakit.

Tolong jangan gunakan benda terkutuk untuk dapatkan sesorang, mungkin korang tak pernah kena macam ni.

So korang rasa mengarut, tapi bila kau dah kena. Baru kau tahu apa yang aku rasa, tapi harapnya tak kena kat kau laa. Aku dah 2 kali kena, 1 orang dengki bisnes aku, 2 pasal Aisyah ni.

Al-Fatihah Aisyah. Ri belum jumpa perempuan yang sama macam awak. Awak memang special Aisyah.

Assalamualaikum.

– Fah

Kredit: apampinkmedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *