Viral

Gadis Ni Letak Harga Hantaran Dia Beberapa Ratus Je Sbb Dia Tau Gaji Bakal Suami Dia Tk Banyak. Tapi Dia Terperanjat Bila Dgr Mas Kahwen Yg Suami Dia Lafazkan Masa Akad Nikah. Terkejut Dia Dgr Jumlah Yg Disebutkan Suami.

Foto sekadar hiasan.

Berbunga hati rasa. Memang wujud lelaki lelaki gentleman baik yang bekerja kuat. Selain confessor, salah seorangnya suami ku. Jangan risau ya sahabat sahabat ku yang masih bujang.

Masa kalian, dengan orang yang tepat akan tiba. Sebelum berkahwin, memang terlalu banyak ujian. Sering jugak aku menangis, tetapi bukan kerana K.

Tetapi kerana susahnya nak menghalalkan hubungan kami.

Kami berdua, belajar tinggi juga tapi berlatar belakangkan keluarga yang sederhana. Manakala K bukan dari keluarga yang senang.

Sebelum aku bertunang dengan K dulu, aku sudah pernah bertunang. Dan ketika itu, ayah aku tetapkan hantaran RM10K. Entahla, tak ada jodoh.

Bila dengan K, aku risau sangat jika ayahku akan kembali menetapkan nilak hantaran begitu.

Namun hati aku lega sangat, ketika bertunang dengan K ayahku awal awal lagi menyerahkan pada pihak lelaki berkenaan hantaran.

Kenapa aku risau? Kerana aku tahu, ketika itu dalam simpanan K tidak pernah sampai seribu pun. Bayangkan, gaji 800, 300 diberi pada ibu ayah, kadang 200 diberi pada adik beradik.

Begitulah K yang tidak pernah berkira dengan keluarga. Aku memang cukup jatuh hati dengan perangai yang itu.

Tapi tetap aku risau dengan persiapan kahwin kami. Walaupun begitu, aku tidak pernah mendesak K, aku tahu dia sedang cuba yang terbaik.

Selepas 3 bulan kami bertunang, K mendapat tawaran bekerja di tempat yang lebih baik.

Alhamdulillahhhh aku bersyukur sangat. Kerana mengikut persetujuan, lagi 3 bulan kami akan berkahwin. Sepanjang bertunang, K beberapa kali bertanya berapa hantaran yang aku mahu.

Selalu aku minta dia tetapkan. Tapi tetap juga dia mahu aku sebutkan harga supaya senang untuk dia usahakan. 700 jawapanku.

Kalau rasa ada rezeki lebih, cukupkan seribu. Supaya ibu ayahku tidak terkejut. Berkali dia tanya sepanjang pertunangan, jawapanku sama.

Bila aku bagitahu pada ibuku, memang ibuku marah. Kata ibu, nanti aku jatuhkan maruah suamiku.

Tapi aku tetap dengan keputusan. Bukan kerana aku rendahkan kemampuan dia, tetapi aku tahu tanggungjawab dia terhadap aku selepas kahwin nanti memerlukan kewangan yang banyak.

Aku tak mahu dia banyak berhabis untuk aku semata untuk kahwin. Aku tidak pernah sebut tentang hantaran pada sesiapa lagi selepas itu.

Hari perkahwinan kami tiba. Penuh sempurna. Namun aku sangat terkejut, pada saat akad nikah, mas kahwin yang terlafaz dari mulut dia bahkan bukan RM700, tapi RM10K. Lagi diberi seutas gelang emas yang entah berapa ribu nilainya.

Aku memang terharu. Terlalu terharu. Cerita ini, tidak pernah aku ceritakan pada sesiapa bahkan pada keluarga aku. K terus memberitahuku, semua hantaran itu adalah kejutan dan hadiah untuk aku. Dan katanya, aku mahal dari segalanya.

Alhamdulillah. Rupanya, memang semua itu adalah dari duit simpanan yang dia mulakan sejak bertunang dulu.

Yang aku rasa agak mustahil, tapi Allah izinkan berlaku. Aku rasa, beberapa contoh dari suamiku yang boleh kita ikut.

1. Jangan berkira dengan keluarga sendiri.Lagi lagi ibubapa. Memberilah walau tiada. Mungkin berkat dari situ Allah limpah kurnia rezeki yang lebih banyak.

2. K memang suka hulur duit pada kanak kanak. Walau sedikit. Walau itu saja duit yang ada dalam poket, tetap dihulur.

3. Membantu kawan yang susah. Kadang, dia sendiri tiada apa, sanggup dikosongkan poket untuk kawan kerana risaukan kawan. Yang ini, sampai kami brbalah juga sedikit.

Kerana pada aku, kawannya tu sampai mengambil kesempatan. Sihat tubuh badan, tapi malas bekerja.

Padahal K sampai kurus tak makan demi mencari rezeki. Setiap bulan, mesti meminta dari dia. Aku tak marah, tapi aku minta dia bagi peluang pada kawan dia untuk berdikari.

4. Bonus, untuk aku. Hehe. K tidak main game, tiada media social. Ahh, idola sangat. Moga satu hari nanti aku juga mampu melepaskan media social dan hidup sepenuhnya dengan dunia sebenar. Sekarang, tidaklah kami kaya.

Tapi sangat cukup, dan lapangnya di hati. Doakan kami ya.

Reaksi warganet

Farin Ahmad – Dekat tempat aku, ada sorang. Kerja pangkat kecik je, tapi berkat kerajinan dia, mampu guna dan beli kenderaan mewah. Tapi sekarang dah tak jumpa dia lagi dah. Selepas SPRM masuk audit. Agaknya, dia kerja siang malam, tu yang aku, boss dia dan rakan sekerja dia pun, tak jumpa dia lagi dah. Terlalu kuat bekerja agaknya sampai tak jumpa jalan balik ofis.

Cempaka Biru – Harap lepas kahwin pun masih jatuh hati dengan sikap suami duk bagi duit pada mak ayah dan adik beradik. Jangan nanti pergi mengadu Kat KRT pulak, suami lebihkan keluarga, tak bagi nafkah Kat isteri. Moga bahagia ye.

Siti Rashimah – Kau hantaran 700? Aku dengan suami aku nikah tak ada hantaran pun. Cuma mas kahwin je. Tak ada majlis walimatulurus, cuma akad nikah sahaja. Sebab aku tahu suami aku bukan orang senang. Aslina Majid – Kadang kadang aku curious sebab asek terbaca cerita terkejut mase akad nikah baru tau mas kawen berapa… Memang borang nikah tetiap negeri tak sama eh?.

Jangan kritik sis, sis nak tahu je. Sebab sis masa submit borang nikah baru tau wali tuliskan nilai berapa. Ye la masa tunang bincang lain, mase nak nikah tulis lain. Kat Penang memang kene nyatakan nilai mas kahwin, hantaran dan pemberian lain (kalau ada) dalam borang.. Tipu la woi kalau main hantar je borang tak semak mende. Tatau la korang kalau wali rajin nak hantarkan. Btw kat Penang, pengantin yang kene hantarkan sendiri sebab sebelum hantar tu ustaz pejabat agama interview sikit.

Athirah Nor – Alhamdulillah. Tahniah bunga. Seronok dengar. Semoga dikurniakan sakinah mawadah dan rahmah. Macam abah saya. Dia pun tak kedekut duit dengan parents dan mak pak mertua. Gaji tak besar. Kami hidup pun sederhana je. Mama behenti kerja since abah ditukarkan negeri.

Jadi mama start niaga kecil kecil dari rumah. Dulu takda online. So anta kuih dan amik upah menjahit. Tu la yang besarkan kami adik beradik2. Tak mewah. Tapi kami cukup makan pakai. Mama kata dia tak pernah persoalkan berapa abah nak bagi kat parents dia dan parents mertua. Sebab dia kata tu hak abah. Yang penting abah tau cukup kena keperluan kami 1 keluarga. Alhamdulillah.

Nenek atok belah dua dua dah pergi menghadap illahi dah. Dan kami tak menyesal pun abah buat macam tu. Alhamdulillah syukur. Sebab dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. Dan kalau mampu nak membantu. Keluarga. Adik beradik. Bru orang luar.

Dalam alQuran ada Allah pesan dah turutan nak bagi bantuan ni. Tapi kena beringat juga orang yang dibantu kena berpada pada. Bukan sikap meminta minta. Kalau berhutang tahu nk bayar semula on time. Jangan ambil kesempatan pula. Konsep taawun (kerjasama) gituu. Tahniah TT!

Sumber – Bunga (Bukan nama sebenar) via IIUMC

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *