Viral

Status isteri terbongkar di malam pertama, isteri tidak suci tapi bila aku suruh mengaku ini jawapan dia bagi

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum WBT.

Begini, aku telah menjadi suami hampir 2 tahun. Aku kenal isteri aku sekarang ni sudah hampir 5 tahun. Sepanjang perkenalan aku memang menjaga iktilat dan tidak mahu ada istilah ziina didalam hubungan kami mahupun ziina mata dan hati.

Oleh itu, aku ingin cepat masuk meminang dan menjadikan dia isteri aku yang sah. Aku memang jaga kesucian aku sebagai lelaki, dan aku mengharap dia juga menjaga kesucian dia untuk aku.

Tibalah malam yang ditunggu oleh setiap pengantin baru, baru aku tahu si isteri tidak sesuci seperti yang kuimpikan. Aku mendesak dia untuk mengaku dan dia masih berkata, kisah silam itu hak dia. Dan Allah telah menutup hijabnya.

Aku sebagai lelaki patutnya menerima baik buruknya jika aku memang mencintainya. Aku terdiam seribu bahasa. Selepas itu aku cancel honeymoon kami dan keluar ke masjid selama 3 hari 3 malam.

Aku munajat kepada yang maha Esa, istikarah dan memohon kekuatan untuk redha dan menerima baik buruknya. Setelah malam ketiga, aku kembali kerumah kami dan memberitahunya aku akan menerima segala masa silamnya asalkan dia tidak melakukan perbuatan itu selepas ini.

Rumahtangga kami berjalan seperti biasa, walaupun kadang-kadang aku rasa naik angin kerana dia agak pemalas. Rumahtangga tidak pandai urus, makan minum aku tidak dijaga sedangkan dia adalah suri rumah sepenuh masa.

Baju kerja terpaksa aku hantar ke dobi kerana dia tidak mengendahkan sedikitpun makan pakai aku. Aku bersabar lagi, bagi aku mungkin kami masih baru menjalani kehidupan. Dia siap bercakap, memasak membasuh bukan tugas isteri. Suami patut buat semua tu.

Jahatkah aku sekiranya aku memohon dia untuk memasak kerana aku terlalu sibuk mencari rezeki? Salahkah aku memohon dia untuk menjaga rumahtangga sedangkan nafkahnya aku berikan lebih setengah gaji aku?

Ya, aku tidak berkira mengenai duit. Bagi aku asalkan isteri bahagia dan menghargai aku. Didalam hal ini juga aku dipersalahkan.

6 bulan perkahwinan, aku dikhabarkan dia bertemu dengan seorang lelaki tanpa izin dari aku. Aku bertanya betul-betul adakah dia tawar hati dengan aku? Dia mengatakan aku tiada masa untuknya. Aku jarang memberi nafkah batin kerana terlalu penat. Ya, aku penat.

Aku bekerja sebagai doktor. Kadang balik lewat dan terpaksa memasak sendiri dan mencuci baju. Aku terlalu penat sehingga aku tidak melayan dia diatas katil. Sekali lagi, aku dipersalahkan.

Jujur memang aku ni jenis lurus, aku memohon maaf kepadanya walaupun aku rasa aku tidak membuat sebarang kesalahan. Betulkah wanita sebagai isteri yang duduk dirumah tidak wajib untuk memasak dan menjaga rumahtangga? Adakah aku memang bersalah dalam hal ini?

2 bulan lepas kami dikejutkan yang isteri tidak dapat mengandung kerana masalah dalaman. Sekali lagi aku terpana dan menangis. Aku memang inginkan zuriat aku sendiri. Aku rasakan perkahwinan ini tiada erti bagi hidup aku.

Sehinggalah aku bertemu dengan bekas teman lelaki isteri aku biar aku namakan sebagai Amir. Amir menceritakan segala perbuatan isteri ku dimasa silam.

Isteri aku cukup suka menjadi orang ketiga permusnah rumahtangga orang. Dan mungkin ini adalah kifarah untuknya kerana melakukan dosa dahulu.

Aku terpana, kenapa kifarah ini sehingga aku pun terbabit sama? Apakah dosa aku sehingga aku diberi ujian sebegini. Sudahlah setiap apa yang berlaku aku disalahkan. Aku menangis semahunya sehinggalah sekarang aku masih tidak dapat redha dengan apa yang berlaku.

Aku cuba untuk senyum dan anggap perkara ini ujian buat kami, tapi aku manusia biasa, aku masih tidak dapat redha. Hati aku semakin tawar, aku semakin tidak mahu balik ke rumah.

Apa perlu aku buat?

Aku mohon sangat-sangat nasihat dari warga IIUMC, apa perlu aku buat?

Adakah betul aku yang salah dari mula?

Adakah betul aku sebagai lelaki yang baik tidak perlu tahu tentang masa silamnya?

Adakah betul semua tanggungjawab dirumah aku yang perlu buat?

Aku buntu. Tolonglah aku…

– Ilham (Bukan nama sebenar) via iiumc

 

Antara komen netizen selpas membaca luahan Ilham:

Farid Ismail –Isteri jenis apa la.. Dh dpt suami baik mcm awk pn tak tau menghargai…. Bnyk kn berdoa ye moga Allah swt akan mempermudahkan.. Amin

Yasmin Rusli –Bg aq kalau kau tak dapat redha.. Kau pulangkan dia kpd ibu bapa nya dgn cara baik. Mungkin jodoh kau dgn dia setakat itu. Dlm perkahwinan bg aq ” give and take ” x adil jika sorang saja y sentiasa memberi. Keputusan d tgn kau en. Doc.. Tu pendapat aq dr budak hingusan y baru nk kenal erti hidup.

Wahidah Zakaria –Kita yang tentukan pilihan hidup kita… Face to face… Cakap dari hati ke hati dgn isteri… Semoga beroleh KETENANGAN HATI..jumpa pakar kaunseling.. Atau jumpa kaunselor jabatan agama islam…

Encik Ahmad Alfonso – Tuan doktor. Redha itu subjektif. Memandangkan dokor itu perlu jadi objektif. Maka senaraikan apa kebaikkan dia yg sampai tuan senang hati dan gembira. saat2 indah.

Senaraikan juga perkara buruk yang ada. mana banyak baik atau buruk. yang buruk boleh di didik atau tidak kena di fikirkan juga.

Kemudian andai kata masih boleh sabar. didiklah hati untuk menerima. didikla dia untuk jadi yang terbaik.

Tanyalah Allah dalam istikharah. sesudah semua itu buatlah keputusan yang terbaik. tak perlu tanya orang. sebab tuan yang perlu hadap apa jua keputusan yang di buat.

Semoga bermanfaat.

Iris Nur Fitman –Tuan doc… Sy rasa baik tuan doc sygkan diri tuan doc terlebih dahulu sebelum nk kasihan pada seorang isteri yg langsung tak menjaga kebajikan suami… Menjaga maruah suami… Sy rasa ada yg lbh baik utk tuan doctor di luar sana… Rupa paras yg cantik bukan ukuran utk kita bahagia..

Klu tuan doctor bole bersabar sedikit dn membentuk isteri tuan doc jd isteri yg solehah.. Maka nya bersabar la dulu…

Sekiranya tiada lagi sabar di hati.. Mungkin dh tawar hati…
Better lepas kan lebih baik doctor…

Semoga di permudahkan urusan tuan doctor…

Kredit:hitsmedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *