Viral

Majlis Yang Diimpikan Tak Jadi Kenyataan. Bukan Masalah Pengantin Tapi Berpunca Dari Tok Kadi Mahu Tengok Wang Hantaran. Rupanya Ini Cerita Di Sebalik Semua Ini Berlaku

Foto sekadar hiasan

 

Untuk pengetahuan, gambar di atas sekadar hiasan. Assalamualaikum. Akad nikah merupakan detik indah yang paling indah dan dinantikan oleh setiap pasangan yang bercinta. Saat lafaz akad nikah diakad, maka bersatulah dua jiwa dalam melayari bahtera rumahtangga.

Namun, cuba bayangkan di mana majlis yang diimpikan tidak menjadi kenyataan. Ini bukan cerita cinta putus di tengah jalan, bukan dua minggu lagi mahu kahwin majlis cancel. Tapi realitinya si lelaki sudah bersedia di depan tok kadi mahu melafazkan akad aku terima nikahnya,

si gadis di belakang sudah tersenyum debar ditemani sanak saudara dan rakan-rakan. Tiba-tiba sahaja, majlis tidak dapat diteruskan kerana album wang hantaran kosong. Siapa yang tidak sedih? Lagi-lagi bukan sikit jumlahnya itu. Perkongsian pengalaman oleh Khairul Hakimin Muhammad

semasa menjadi jurugambar untuk satu majlis nikah boleh dijadikan pengajaran dan ikhtibar buat semua bakal pengantin di luar sana. Kalau berkaitan dengan duit, semua orang boleh lupa diri walau sedara sepupu sepapat yang kita percaya. Berhati-hatilah. Saya berjalan laju.

Mahu pastikan bakal pengantin sentiasa di hadapan saya. Ibunya menghubungi saya sekitar beberapa hari sahaja lagi sebelum hari nikah. Oleh kerana pernah ambil gambar orang kahwin, saya layan sahajalah. Sampai di masjid.

Pengantin diminta mengambil wuduk kemudian menunaikan solat 2 rakaat. Hantaran disusun berderet, setentang dengan hantaran pihak wanita. Sesudah semuanya sampai, pihak wanita memulakan majlis. Tok kadi sudah duduk, lalu pengantin perempuan diminta

duduk di bahagian belakang. Biar nampak dan sahih itulah pengantinnya. Baru sahaja mahu bermula, Tok Kadi tanya,“Boleh saya tengok duit hantaran?” Lalu pengapit menghulurkan senaskhah buku berupa album. Yang biasanya kita letakkan duit bersusun di dalamnya.

Tok Kadi menyambut. Lalu diselakkan helaian pertama, kedua dan memandang wajah pengantin. Lalu berbisik. Kemudian kecoh. Habis kecoh sana sana sini. Pengantin bangun, mendapatkan ibunya. Ibunya memegang dada. Lalu juga bangun mahu melihat sendiri album tersebut. Ya kosong.

Tok Kadi bertanya jujur kepada pengantin, lalu pengantin menjawab “Sebenarnya memang ada, duit ini kami tinggal dengan sepupu kami. Dia kirimkan kepada kami pagi tadi. Kami tak buka, dia kata dia ke klinik, tak sihat. Tapi kami call tak jawab-jawab.”

Tok Kadi terus tanya pihak perempuan,“Nak teruskan atau macam mana?”–Lalu bapa pengantin perempuan terus bersuara,–“Boleh kita beri 1 jam? Kalau tak ada juga, kita tangguh majlis ini.” Panggg, ibu pengantin lelaki pengsn. Pengantin perempuan menangis teresak-esak.

Kami yang jadi jurugambar ini duk berdiri sahaja melihat drama besar ini. Suasana terus kecoh sana sini. Pengantin lelaki sekejap ke sana, sekejap ke sini. Duit hantaran RM12,000 hilang begitu sahaja. Selepas sejam, pengantin perempuan dan rombongannya bangun tinggalkan masjid macam tu je.

Bapanya berkeras tidak mahu teruskan majlis sekiranya duit hantaran tidak diberi sebelum nikah. Lalu duduklah kami di masjid dengan sepi. Sedang berdiam diri memandang sesama sendiri, pengantin lelaki duduk dan bersandar di dinding masjid sebaris dengan kami.

Lalu menangis sekuat hatinya. Bapanya memujuk-mujuk. Menepuk bahunya. Lalu mereka berpeluk. Selang sebulan dua, saya dihubungi lagi. Majlis nikah antara mereka dibuat sekali lagi. Dan majlis itu berjaya. Selepas semua urusan nikah selesai,

mereka memaklumkan yang pasangan ini akan ke England untuk sambung belajar. Rupanya kenduri mereka digabungkan sahaja di sebuah dewan. Sudah selesai kerja kami mengambil gambar, pengantin lelaki duduk dengan saya dan kawan (yang sama mengambil gambar).

Kami bersembang bersama-sama. Lalu terpacul di bibirnya:–“Hidup ini tak usahlah duk mainkan orang, hati orang, jiwa orang. Kita kena beringat yang Allah juga boleh mainkan kita semula. Aku kerap bergurau dengan kawan, keluarga, prank dan kenakan sesiapa memang jadi sebatilah.

Semua orang kenal dah. Sekali masa nak nikah, Tuhan pula kenakan aku. Duit tu hilang sampai ke sudah, sepupu aku bawa lari. Padahal aku sendiri yang masukkan duit tu dalam album tu. Beri pada dia, manusia yang paling aku percaya. Mujurlah keluarga isteri aku ok, boleh tangguh.

Kalau tak, mesti melayanglah semua.”–Kami semua terdiam. Tak terfikir yang Allah juga boleh kenakan kita. Dan jika kita terkena macam ni yang itu, hadaplah sendiri, tak ada ketawa-ketawa, malah menangislah sampai kecewa. Hidup ini boleh sahaja

jadi ceria dengan gurau, senda, usik. Namun bab merancang dengan teliti untuk kenakan orang, elakkan sahajalah. Boleh jadi setitik rasa kecewa orang yang jadi sasaran memakbulkan doanya untuk kita pula menerima musibah yang tidak terfikir di kepala.

Tujuh Tahun Perangai Suami Pergi Dan Balik Kerja Normal. Sampai Lah Satu Hari Isteri Dapat Satu Mesej Dari Seorang Perempuan. Habis Kantoi Perbuatan Suami Selama Ni.

Saya dan suami sudah 7 tahun berkahwin. Kami bahagia, dikurniakan sepasang cahaya mata berusia 6 dan 4 tahun. Sepanjang tempoh perkahwinan, suami baik sangat dan tidak pernah mengabaikan tanggungjawab zahir dan batin. Alhamdulillah. Anak-anak juga manja dengan bapa mereka.

Tiga bulan yang lalu, saya menerima mesej di WhatsApp dari seorang wanita yang saya namakan sebagai Z. Dia mengaku bahawa dia adalah kekasih suami saya. Pada mulanya, saya ragu-ragu kerana saya tak perasan langsung perubahan pada suami. Dia pergi kerja pagi, balik petang seperti biasa.

Bila hujung minggu, dia lepak di rumah saja dengan anak-anak. Tak mahu berfikiran negatif, saya bertanya tentang perkara itu pada suami dan suami mengaku Z adalah kekasihnya. Hancur hati ini mendengar pengakuan suami, saya menangis tanpa suara. Allahu, sakitnya rasa dikhianati. Suami beria-ria memujuk dan menjelaskan wanita itu adalah rakan sekerjanya.

Mereka mula rapat semenjak tiga tahun lalu dan hanya berhubung melalui telefon. Adakalanya mereka keluar makan tengah hari bersama-sama. Saya mengaku yang saya bukan jenis memeriksa telefon bimbit suami. Suami kata, dia memang cuba berterus terang dari awal, namun keadaan selalu tidak mengizinkan.

Malam itu, saya menangis semahu-mahunya. Saya memohon pada Allah agar berikan saya kekuatan jiwa dan raga. Selepas dari hari itu, saya mengumpul seluruh kekuatan untuk duduk semeja dengan suami dan kekasihnya. Suami mengaku sayangkan saya dan Z pada masa yang sama. Malah meminta izin untuk berkahwin dan berjanji akan berlaku adil.

Dari segi luaran, Z nampak sopan, bertudung tutup dada, berstokin dan tutur katanya lembut. Berkali-kali dia memohon maaf kerana mengguriskan hati saya dan menjelaskan dia tiada niat untuk menghancurkan rumah tangga saya, tetapi sekadar menumpang kasih.

Saya tidak tahu dari mana datangnya ketabahan saya semasa suami dan Z bercerita tentang awal perkenalan mereka dan bagaimana terbitnya rasa cinta. Allah beri saya kekuatan, saya hanya senyum. Hati saya? Saya tak tahu, kosong.

Menurut Z, dia terpikat dengan suami saya kerana sikap suami yang baik dan mengutamakan keluarga. Malah dia langsung tidak malu mengakui bahawa dialah yang mula mendekati suami. Nekad betul ye? Saya suka sikapnya yang berterus terang itu walaupun hanya mengambil masa tiga tahun. Namun agak terkilan sedikit kerana dalam masa tiga tahun itu saya dibiarkan syok sendiri dan yakin hati suami hanya untuk saya. Namun Allah Maha Kuasa.

Setelah mendengar penjelasan mereka, maka saya beri keizinan tetapi dengan syarat, suami perlu melepaskan saya. Suami tidak setuju dan meminta saya menerima Z sebagai madu. Z pula menangis memohon agar saya tidak merumitkan lagi keadaan.

Sungguh itu bukan niat saya. Saya sudah penat berfikir, saya tidak memberikan suami pilihan sama ada mahu memilih saya atau kekasihnya kerana bagi saya, selepas terjalinnya hubungan cinta antara mereka, maka saya sudah dijadikan sebagai pilihan kedua.

Perbincangan hari itu tidak berakhir dengan baik. Saya tetap dengan keputusan saya meminta untuk dilepaskan. Selepas pertemuan itu juga, suami berkali-kali merayu agar saya menerima perkahwinan itu. Malah dia melabelkan keengganan saya sebagai ego dan tamak. Ego ke saya? Tamak ke saya? Sepanjang perkahwinan saya cuba menjadi isteri terbaik.

Saya jalankan tanggungjawab dan hanya cintakan suami saya sepenuh hati. Rasanya saya berhak untuk mendapat sepenuh cinta juga. Tolonglah, tidak mudah bagi saya. Saya tidak mampu. Saya percaya satu hati untuk satu nama. Saya percaya hati itu milik Allah, Allah juga yang mengubah hatinya untuk wanita itu.

Saya tidak menolak poligami itu sunnah Rasul tetapi saya juga manusia biasa. Saya tidak yakin saya akan ikhlas, maka lebih baik berundur lebih awal. Saya meminta untuk dilepaskan bukan kerana tak sayang, tetapi kerana suami tidak jujur. Walaupun suami tiada niat untuk berkahwin dengan wanita itu, saya akan tetap meminta untuk dilepaskan.

Saya tidak boleh menerima semua ini. Sungguh sakit untuk ditelan, perit. Tak apalah, semoga semuanya selamat. Dengan anak-anak juga saya telah jelaskan yang ibu dan ayah dah tak boleh duduk bersama-sama. Nanti mereka akan ada ibu yang baru dan perlu hormat serta sayang dia seperti mana mereka hormat dan sayang saya.

Alhamdulillah, anak sulung faham, tetapi yang bongsu ini belum mengerti sepenuhnya. Maklumlah baru berusia 4 tahun. Syukur saya dikurniakan anak-anak yang kuat seperti ibunya. Khamis depan, saya akan dilepaskan. Wallahi, saya redha, rela dan pasrah.

Kepada suami, semoga bahagia selamanya. Jagalah keluarga baru awak elok-elok. Terima kasih sebab jaga saya selama ini. Saya harap bakal isteri awak dapat menjaga Along dan baby seperti anak sendiri. Saya tak menyimpan dendam, saya okey. Awak tahu saya kuat kan? Terima kasih sekali lagi.

Kredit :– KRT

Suami Orang Susah Tapi Beria Nak Bawak Isteri Bercuti Ke Turki. Tiba Tiba Isteri Terkejut Bila Terjumpa Sesuatu Dalam Diari Suami Saat Suami Dah Pergi Menghadap Illahi.

Di suatu kampung, seorang gadis telah memilih seorang lelaki biasa Dan juga miskin ,lelaki itu hanya kerja kampung yang kini sudah menjadi suaminya. Suatu hari, mereka telah menonton tv. Ada rancangan travelog di Turki. Si isteri teruja dengan keindahan panorama di sana. Suaminya pun berkata,

“Abang nak bawa sayang jalan-jalan di Turki.” Isterinya membulatkan mata, tersenyum gembira, “Yeay!” Hingga akhir tahun itu, suaminya tak bawa pun isterinya ke sana. Di usia mereka 30-an, sekali lagi suaminya berkata kepada isterinya,

“Abang janji, tahun ni nak bawa sayang jalan-jalan di Turki.” Isterinya senyum gembira dan menganggukkan kepalanya. Namun, hingga awal umur mereka 40-an, suaminya tak tunaikan janjinya. Di usia mereka meningkat 50, sekali lagi suaminya berkata kepada si isteri tersayang,

“Abang rasa, abang nak bawa sayang jalan-jalan di Turki hujung tahun ni.” Isterinya senyum gembira dan mengangguk setuju. Namun, hingga hingga lewat usia mereka 50-an, kata-kata suaminya itu hanya tinggal kata-kata.
Suatu hari, suaminya jatuh sakit. Sakitnya melarat hingga doktor mengesahkan hanya menunggu detik dan ketika saja.

Isterinya setia duduk di sebelah suaminya di hospital. Suaminya bersuara lemah, “Abang minta maaf. Tak dapat bawa awak ke Turki. Tapi, kenapa selama ini dan sampai hari ini, awak tak pernah bangkit, ungkit atau marah tentang hal tu?”

Isterinya mencapai tangan suami tercinta. “Abang, bila abang cakap nak bawa saya ke Turki, kata-kata abang tu dah pun bawa jiwa saya seolah-olah berada di sana dengan abang. Dah cukup sekadar membayangkan. Sudah cukup membahagiakan. Walaupun hanya angan-angan, tapi bagi saya cukuplah sekadar impian. Yang lebih penting, Allah dah bagi pada saya cukup bahagia.

Allah bagi suami yang membanting tulang empat kerat sehari-hari untuk menjaga saya dan anak-anak. Allah bagi suami untuk saya letakkan kepala di bahunya saat saya sedih, saat saya menangis. Adakah tidak cukup lagi semua ini?

Panorama dalam rumah kecil kita, lebih indah dan membahagiakan. Nak indah lagi, tunggu saja kita berjumpa kembali di Syurga sana. Lebih indah dari Turki. Perbelanjaan ke sana mesti mahal. Tapi, perbelanjaan ke Syurga lagi mahal. Jualkan dunia ini dengan isinya pun tak mampu untuk membeli tiket ke Syurga. Tiket itu ada pada reda abang pada isterinya ini.”

Suaminya menitiskan air mata mendengar kata-kata isteri. Tak lama kemudian, suaminya itu pergi buat selamanya. Setelah selesai segala urusan, isterinya mengemas barang-barang peninggalan suaminya.

Ketika mengemas, terjumpa sebuah buku dairi tulis tentang Turki. Di dalamnya ada sekeping tiket untuknya. Di sebelah tiket, ada nota kecil. “Maafkan abang, duit abang hanya cukup untuk beli sekeping tiket ke turki.” Isterinya menitiskan air mata. Apa guna ke sana lagi, andai hati ini telah dibawa pergi bersama suami.

Penulis / Karya original : Muhammad Rusydi ( Rusydee Artz )

Kredit: apampinkmedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *