Viral

Pak Lah cecupak meninggal dunia akibat kan-ser

KUALA LUMPUR – Anggota kumpulan komedi, Pak Lah Cecupak meninggal dunia disebabkan penyakit kanser usus pagi tadi.

Berita mendukacitakan itu dikongsikan isteri anggota Cecupak, Ucop iaitu Siti Afzan melalui muat naik status di laman Facebook sebentar tadi.

“Al-Fatihah Pak Lah Cecupak. Hujan pulak sini. Hati rasa hiba. Arwah penah tidur rumah dekat Putrajaya masa ada projek dengan suami untuk Karnival Usaha Wan Desa (KUD). Mohon doa daripada rakan-rakan,” tulisnya.

Pada september, Pak Lah atau nama sebenarnya, Nor Affendi Nordin, 53, mendedahkan dia menghidap penyakit barah usus tahap empat.

Menerusi akaun media sosialnya, Allahyarham sebelum ini mendapat rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Pak Lah meniinggalkan seorang balu yang dikenali sebagai Miza Ali dan tiga orang cahaya mata.

Selain menyanyi dan berlawak, Allahyarham juga aktif mencipta lagu serta menulis lirik untuk lagu tradisional dan lagu rakyat dalam loghat Perak.

Antara lagu popularnya ialah Joget Toleh Menoleh nyanyian kumpulan Senario. – K! ONLINE

Kredit:kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *