Viral

Pelajar Malaysia di Korea Dibuang Dari ‘Study Group’ Kerana Janna Nick

Pelakon Janna Nick masih lagi menjadi bualan netizen di Twitter walaupun dia sudah memuat naik video.

Dia menjelaskan keadaan sebenar berkenaan isu mempersendakan kematian seorang artis K-Pop pda tahun 2018.

Kali ini, satu hashtag #Jannanickisgoingtojailparty pula menjadi trending.

Ia selepas ada netizen yang yang memuat naik satu kenyataan memaklumkan pelakon itu menyindir satu lagi artis K-Pop di ruangan Instagram.

Dalam tangkapan skrin tersebut, Janna didakawa menyindir nama satu kumpulan K-Pop diruangan komen ketika mempromosikan drama arahannya bertajuk Delen.

Hal ini membuatkan netizen berasa kurang senang dan mengecam tindakan Janna yang dilihat tidak menghormati artis kegemaran mereka.

Susulan daripada itu, #Jannanickgoingtojailparty telah tular di Twitter.

Dan ianya trending dengan ribuan orang meninggalkan ciapan beserta hashtag tersebut.

Bukan hanya peminat dari Malaysia, bahkan dari peminat dari luar negara juga turut mengecam tindakan Janna yang didakwa mempermainkan nama girlband kegemaran mereka.

Walau bagaimanapunm setakat ini belum ada sebarang kenyataan daripada Janna Nick berhubung isu baru itu.

Hashtang yang diviralkan oleh peminat K-Pop itu juga dilihat semakin tular di Twitter dengan belasan ribu pengguna memakai #Jannanickgoingtojailparty dalam ciapan mereka.

Pelajar Malaysia di Korea Dibuang Dari ‘Study Group’ Kerana Mulut CeIupar Janna Nick

Kontroversi antara Janna Nick dengan sebahagian besar peminat K-Pop telah membuatkan hampir dua hari hashtag #jannanickisgoingtopartyjail tular sehingga keluar negara.

Janna Nick juga telah membuat laporan polis dengan menafikan dakwaan dia menghina artis K-Pop di media sosial.

Dan tidak lama selepas itu akaun Twitter dan Instagramnya ‘hilang’.

Disebabkan kontroversi yang berlaku, ada beberapa pihak yang turut terkesan dengan perkara tersebut.

         

Antaranya ialah pelajar yang belajar di Korea Selatan.

Menerusi satu muat naik tangkapan skrin di Twitter, seorang pengguna telah berkongsi perbualan WhatsApp dengan seorang individu.

Dia mempunyai kenalan pelajar Malaysia yang belajar disana apabila telah dikeluarkan dari kumpulan whatsApp tugasan universiti mereka.

Walaupun perkongsian tersebut tidak dapat dipastikan kebenarannya, namun menerusi komen yang mereka sertakan.

Terlihat ramai yang terkesan dengan kontroversi berkenaan kerana membawa nama Malaysia.

Mereka juga khuatir akan ada ramai lagi pelajar yang akan menerima nasib yang sama hanya disebabkan kontroversi tersebut.

Setakat ini,  #jannanickisgoingtopartyjail masih lagitrending dan puluhan ribu ciapan dibuat menggunakan hashtag tersebut.

Perkara ini bermula disebabkan ada individu yang memuat naik kembali satu rakaman.

Mereka mendakwa pelakon Melastik Cinta itu mempersendkan kematian seorang anggota kumpulan SHinee pada tahun 2018.

Selepas itu, satu tangkapan skrin menunjukkan Janna menyindir girlband Blackpink ketika mempromosikan drama arahannya bertajuk Delen.

Sumber: syasyasyasya05Twitter

Kredit: gstvip

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *