Viral

Pers0alkan Sijil Degree dan Master Dengan D4jj4l, Zul Yahya Perjelaskan Sebab Berhentikan Anak Sekolah

Bekas pelakon Zul Yahya nekad memberhentikan anak-anaknya daripada sekolah demi memberikan pendidikan agama yang lebih mendalam sebagai bekal ke akhirat.

Jelas Zul, dia tidak menidakkan sistem persekolahan di Malaysia sebaliknya percaya pada ketentuan qada’ dan qadar serta rezeki Allah.

“Saya dan isteri berpakat ini jalan yg terbaik. Hari ini bukan zaman nak kejar anak dapat berapa A tapi ilmu akhirat yang masih lagi nipis.

“Mereka memang sudah diberhentikan sekolah. Apa yang dipentingkan adalah ilmu agama. Dalam agama pasti ada kejayaan, bukan di akhirat tetapi di dunia lagi,” kata Zul Yahya dalam sesi siaran langsung di Facebook baru-baru ini.

Zul yang mendirikan rumah tangga bersama Siti Raihan Mohd Rodzi mempunyai enam cahaya mata dan tiga daripadanya perempuan.

“Ada yang tanya anak-anak nak makan apa nanti? Tak kasihankan anak-anak? Saya percaya pada qada dan qadar. Yakin pada rezeki.

“Dunia semakin tua takkan tak nampak, sistem yang datang kepada kita hari ini luar biasa dan ramai yang rasa boleh hidup lama.

“Saya sendiri sudah berusia 50 tahun, apa akan jadi pada 50 tahun akan datang. Bagaimana agama dalam diri anak-anak kita? Mampukah degree dan master menyelamatkan mereka daripada d4jjal?” soalnya lagi.

Terdahulu, Zul berkongsi pandangannya untuk tidak meneruskan persekolahan anak-anaknya di Instagram dan Facebook hingga mencetuskan pelbagai keraguan dan pr0v0kasi.

“Kami ibu bapa berhentikan anak-anak kami dari sekolah bukan kerana tak ambil berat masa depan mereka tapi kami nak anak-anak kami lebih berjaya di akhirat kelak. Insya-Allah.

“Ilmu akhirat itu lebih penting dari segala-gala ilmu,” tulisnya hingga dituduh sebagai ekstrimis agama.

 

Mengambil contoh daripada dirinya sendiri yang tidak punyai sijil persekolahan, Zul menegaskan rezeki akan mencurah-curah sekiranya tidak putus usaha.

“Sijil pada anak-anak pun belum tentu berikan kehidupan. Saya pun SRP tak ada, menulis pun tak pandai tapi Allahuakbar, Allah bagi rezeki macam-macam bentuk.

“Yang penting usaha, kalau ada sijil tapi malas tak guna juga.

“Kita bukan nak tolak dunia, tapi dunia ini untuk jambatan ke akhirat. Harus ditekankan pendidikan agama betul-betul dalam kehidupan anak-anak,” katanya yang turut menganggap modul pembelajaran di sekolah ‘tunggang-terbalik’.

Terdahulu pelakon veteran tanah air, Zul Yahya tampil dengan pendapatnya sendiri apabila mengatakan wab4k berb4haya C0VID-19 ini adalah kononnya konspirasi yahvdi untuk mengawal pergerakan umat Islam. Malah, posting Zul Yahya dengan mengatakan “D4jjal besar on the way” juga sungguh mengelirukan ramai.

 

Dalam pada masa yang sama juga, dia mengakui sebagai ibu bapa, dia terpaksa menghentikan anak-anaknya ke sekolah kerana ingin memberi penekanan lebih kepada ilmu akhlrat.

“Bukan kami tidak ambil berat tentang masa depan mereka tapi kami nak anak kami lebih berjaya. Ilmu akhlrat itu lebih penting dari segala-gala ilmu,” tulisnya tanpa menyembunyikan pendangannya.

 

Menjengah ruangan komen, rata-rata menolak pendapatnya tentang memberhentikan anaknya ke sekolah. Ramai mengatakan, ilmu dunia dan akhirat seharusnya bergerak seiring.

 

 

Malah, ada juga yang mengetengahkan para ilmuan Islam yang terdahulu seperti Ibu Khaldund an Ibnu Sina menuntut ilmu dunia untuk disebarkan kepada generasi akan datang.

Semoga kefahaman kita tidak memudaratkan orang sekeliling.

Sumber: instagram

 

Sumber: Gempak/trendinggiler

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *