Viral

“Kalau Takut D0SA, Boleh KeIuar” Admin Grup ‘Riak Apa Hari Ini’ Balas Teguran Ustazah Asma

Baru-baru ini, bertebaran di media sosial foto-foto yang terdapat di dalam laman Facebook Riak Apa Hari Ini.

Meskipun baru sahaja ditubahkan tetapi sudah mendapat 137,800 orang ahli.

Namun, ‘group’ tersebut mendapat perhatian pendakwah bebas terkenal iaitu, Ustazah Asma Harun.

Beliau memuat naik satu posting di laman Facebooknya dan ‘menegur’ agar admin kelab berkenaan menukar nama atau memadam akaun tersebut.

“Pelbagai kemungkaran dan dosa sedang dihalalkan atas nama gurauan.

Perbualan bebas gurau senda lelaki perempuan, dedah aurat sebab nak tunjuk putih melepak dan emas sampai lengan…

“… Jangan indahkan perkataan keji “Riyak” atas nama gurauan,” bidasnya.

            

Justeru itu, nasihat yang tajam dan pedih itu telah menyebabkan admin kelab berkenaan tampil membidas semula.

Dan berkata sesiapa yang takut akan dosa, dipersilakan keluar daripada kelab tersebut.

Selain itu mereka masih berkeras untuk mengekalkan nama kelab tersebut.

“Terima kasih yang update tarbiah daripada ustazah.

Selepas berbincang kami akan kekalkan nama group. Cuma, pada yang rasa berdosa nak duduk dalam group ini boleh la left.

“Kami tak paksa ya. Pada yang tak boleh duduk diam nanti kena jilat api neraka boleh left ya,” balasnya.

Selain itu, seorang lagi ‘admin’ juga tampil bersuara dan menyatakan tujuan ‘group’ itu ditubuhkan.

Ia hanya sekadar gurauan dan bukan tujuan untuk riak,

“Kami para admin bukan daripada golongan bangasawan, jutawan, hartawn.

Kami golongan terjejas juga dan masih berusaha mencari rezeki sesuap nasi,” tulisnya.

Sehingga kini, Facebook Riak Apa Hari ini masih menggunakan nama yang sama.

Dan turut dibanjiri posting-posting daripada ahli kumpulan tersebut.

Sumber: Facebook Ustazah Asma Harun & Riak Apa Hari Ini

Kredit: gstvip

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *