Viral

Haaa Kantoi! Ernie dan Syamel disergah bermanja atas kerusi dalam rumah

SELEPAS hampir dua minggu diijabkabulkan, pasangan selebriti Ernie Zakri dan Syamel nampaknya masih belum sempat berehat kerana perlu menyelesaikan komitmen kerja mereka.

Tidak seperti kebanyakan pasangan pengantin baharu yang akan bercuti panjang, Syamel dan Ernie juga juga terpaksa melupakan seketika hasrat untuk berbulan madu disebabkan terikat dengan larangan rentas negeri

Menariknya, perkara itu tidak menjadi masalah buat pasangan ini yang masih lagi boleh bermanja di lokasi penggambaran.

Pasangan ini diraikan dalam majlis resepsi pada 3 April lalu.

Aksi manja pasangan berkenaan yang dirakam oleh rakan mereka menarik perhatian netizen yang terhibur dengan gelagat dua penyanyi berbakat besar ini.

Ernie atau nama sebenarnya, Nur Ernie Shahirah Zakri, 29, dan Syamel disergah ketika sedang bersantai di atas kerusi sebelum kedua-dua menahan malu apabila menyedari gelagat mereka dirakam secara senyap-senyap.

Aksi mereka dikongsikan menerusi akaun TikTok individu dikenali sebagai @aidunnoe.

Patut dicontohi, halal bukan tiket untuk buat apa saja di public.

NETIZEN

Rata-rata peminat terhibur dengan aksi pasangan suami isteri ini yang dilihat sangat comel dan menghiburkan.

Ini kerana menurut mereka, sebelum Ernie dan Syamel atau nama sebenarnya, Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 28, sah bergelar suami isteri, pasangan tersebut sangat jarang berkongsikan aksi mesra mereka buat tatapan umum.

“Patut dicontohi, halal bukan tiket untuk buat apa saja di public.

“Hahahaha, comel je mereka, dah kahwin pun masih malu-malu,” komen netizen.

 

Netizen terhibur dengan aksi mesra Ernie dan Syamel.

Ernie dan Syamel diijabkabul pada 26 Mac lalu di Masjid Puncak Alam, Selangor.

Pasangan ini kemudiannya diraikan dalam satu majlis resepsi yang berlangsung pada Sabtu lalu di Bayswater @KLCC, Kuala Lumpur.

Majlis itu turut dimeriahkan dengan kehadiran ramai rakan selebriti antaranya seperti Scha Alyahya, Awal Ashaari, Ziana Zain, Anuar Zain, Ain Edruce, Wany Hasrita, Khai Bahar dan Nabila Razali.

Ernie Zakri Dilihat Mengalirkan Air Mata Terima Hadiah Dari Bapa Saudara Nya Anuar Zain

Pasangan sama cantik, sama padan iaitu penyanyi Ernie Zakri dan Syamel telah melangsungkan majlis resepsi mereka dengan dihadiri rakan artis dan keluarga terdekat.

 

Lebih menarik lagi, malam persandingan pasangan ini turut diserikan dengan persembahan nyanyian dari Dato Sri Siti Nurhaliza dan juga bapa saudaranya Anuar Zain

Umum sedia maklum, Ziana Zain dan Anuar Zain merupakan ibu dan bapa saudara kepada Ernie Zakri. Di majlis persandingan itu.

Ini membuatkan Ernie mengalirkan air mata bahagia kerana terharu dengan lagu yg disampaikan oleh bapa saudaranya itu Sesucinya Cintamu dan kelihatan Syamel menghulurkan sekeping tisu kepada isterinya.

 

Walau tengah sarat mengandung, Tokti tetap menghadiahkan sedikit lagu dari Aku Cinta Padamu kepad pasangan raja sehari tersebut.

 

Ernie Zakri gembira dah bersuami sebelum usia 30 tahun – “Alhamdulillah sepanjang seminggu ni… happy naw naw!”

BARU seminggu bergelar suami, penyanyi Syamel berkata hidupnya kini lebih bermakna apabila mempunyai seorang isteri untuk berkongsi saat suka dan duka.

Ujar Syamel atau atau nama sebenarnya, Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 28, bermula sejak seminggu lalu isterinya yang juga penyanyi Ernie Zakri menjadi tempat untuk dia meluahkan perasaan.

“Tiada apa yang lebih bermakna dengan adanya seseorang yang istimewa menemani kita 24 jam.

“Berkongsi segalanya kegembiraan, kedukaan dan kesedihan… semua dikongsi bersama,” katanya kepada mStar.

Syamel ditemui pada majlis resepsi meraikan pernikahannya dengan Ernie atau nama sebenar Nur Ernie Shahirah Zakri, 29, pada Sabtu malam.

TONTON RAKAMAN MAJLIS BAHAGIA SYAMEL & ERNIE!

 

Detik-detik romantis majlis resepsi Syamel dan Ernie.

Majlis yang bertemakan konsep formal ‘Black Tie’ itu diadakan di Bayswater, KLCC dengan dihadiri kira-kira 250 orang tetamu mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Ujar Syamel yang segak mengenakan sut hitam rekaan Shanell Harun, dia bersyukur apabila dikurniakan seorang isteri yang sempurna seperti Ernie.

 

 

Syamel begitu bergaya dalam sut hitam manakala Ernie anggun memakai gaun putih.

“Saya beruntung dianugerahkan seorang isteri yang pada saya cukup sempurna di mata saya.

“Saya berdoa agar kesempurnaan itu saya nampak hingga ke akhir usia, sampai ke jannah,” katanya.

“Saya minta anda doakan kami berdua agar dijauhkan daripada segala musibah dan sentiasa diberkati serta diredai Allah,” katanya.

Tiada apa yang lebih bermakna dengan adanya seseorang yang istimewa menemani kita 24 jam.

SYAMEL

PENYANYI

Bercerita mengenai anak, Syamel berkata dia dan Ernie menyerahkan perkara itu kepada rezeki Allah.

Pada majlis itu juga Syamel dan Ernie turut menghiburkan tetamu dengan single terbaharu mereka berjudul Goodbye Hello.

Sementara itu Ernie berkata dia juga bersyukur apabila doanya agar dipertemukan jodoh sebelum memasuki usia 30 tahun termakbul.

 

 

Pasangan ini diraikan dalam majlis sederhana mengikut SOP.

“Tak sangka sebenarnya saya dah bersuami pada umur 29 tahun, Allah dengar doa saya nak berkahwin sebelum 30 tahun.

“Alhamdulillah sepanjang seminggu… happy naw naw!” katanya penuh kegembiraan.

Selain dendangan lagu daripada pasangan pengantin, majlis turut dimeriahkan dengan persembahan Anuar Zain, Dina Nadzir serta Aisyah Retno.

Antara rakan selebriti yang turut memeriahkan majlis mereka ialah Awal Ashaari, Scha Alyahya, Ain Edruce, Wany Hasrita, Khai Bahar serta Nabila Razali.

 

 

Syamel dan Ernie sempat menyampaikan single baharu mereka berjudul Goodbye Hello.

Pasangan Syamel dan Ernie diijabkabulkan sebagai suami isteri pada 26 Mac lalu secara tertutup di Masjid Puncak Alam, Selangor.

Pada majlis nikah, Syamel menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang manakala mas kahwin bernilai RM300 serta seutas gelang tangan berlian.

Bagaimanapun jumlah wang hantaran tidak dinyatakan.

Sumber: mStar

Teks by Staff Media Kita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *