Viral

“Orang Ni Jual Kurma, Orang Tu Pun Jual Kurma Juga..” Fattah Amin Jual Kurma, Netizen Samakan Seperti Neelofa

Ada yang menyatakan selepas Neelofa menerima perhatian hampir dua minggu berturut-turut, kini Fattah Amin pula cuba menyinari dan ambit alih perhatian warganet.

Bulan Ramadan hampir tiba jadi sudah pasti ramai yang sudah mula mencari menu hidangan berbuka dan semestinya buah kurma untuk berbuka puasa.

Umum tahu, Neelofa kini menjual kurma keluaran syarikatnya dan tidak ketinggalan Fattah Amin juga sudah bergelar saudagar kurma, Tamar Fatima yang diberi nama sempena puteri kesayangannya, Nur Fatima.

Terbaharu Fattah Amin membuat satu perkongsian di TikTok miliknya video yang menunjukkan dia sedang menjamah kurma yang disusun sambil disilih ganti dirinya bertukar baju dan gaya.

Perkongsian tersebut telah meraih hampir 200,000 tontonan dan ia dilihat lain daripada apa yang selalu dikongsi oleh Fattah di mana ia seakan nampak muda dan mengikut trend masa kini.

@fattahaminTamar Fatima. ##PertamaDiRasa ##ComingThisRamadhan ##fypil original sound – Fattah Amin

Namun, lain pula yang dilihat oleh pengguna TikTok lain di mana mereka merasakan Fattah Amin seakan meniru Neelofa dan suaminya, Haris Ismail yang juga menjual kurma.

Ada yang menyatakan selepas Neelofa menerima perhatian hampir dua minggu berturut-turut, kini Fattah Amin pula cuba menyinari dan ambil alih perhatian warganet.

Bagaimanapun, ada juga beberapa komen positif yang diterima oleh Fattah mengenai produk terbaharunya itu.

Ada yang menyatakan produknya itu sangat menarik dan ada yang tidak sabar nak membelinya hanya kerana Fatima!

Sementara itu, produk Fattah ini difahamkan masih belum dikeluarkan di pasaran sama seperti produk Neelofa dan suaminya. Mungkin mereka akan keluarkan secara serentak? Kita tunggu dan lihat sahaja..

 

Sumber : https://www.koolfm.com.my/koolhiburan-orang-ni-jual-kurma-orang-tu-pun-jual-kurma-fattah-amin-jual-kurma-warganet-samakan-seperti-neelofa/

 

Baca Juga Artikel Sebelum ini :

“Wah Macam Muka Daddy”- Ramai Geram Kecomelan Fatima, Wajah Dikatakan Ada Iras Fattah Amin

Siapa je tak kenal dengan pasangan suami isteri berstatus selebriti ini, Fazura dan Fattah Amin yang bare sahaja menimang cahaya mata pertama mereka pada bulan Oktober tahun lepas.

Pasangan yang sama cantik dan segak ini terus menjadi bualan wargamaya apabila mereka mula memuat naik wajah anak sulung mereka di media sosial.

Kini Nur Fatima Aisya yang menginjak usia 6 bulan kelihatan semakin manis dan comel.

Menerusi video pendek yang dikongsikan Fazura, atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, bersama anaknya itu, ramai yang memuji kecomelan Fatima.

Dalam pada itu, tak kurang juga yang katakan wajah anak sulungnya itu mempunyai iras seperti Fattah. Mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.

Ruangan komen hantaran tersebut dibanjiri lebih dua ribu komen dengan pujian kecantikan kedua-dua beranak itu. Walaupun wajah kelihatan seperti ayahnya, ada wargamaya yang mengatakan Fatima memiliki mata ibunya.

“Fattah Amin versi kecil. Mata je ikut ibunya,” tulis salah seorang wargamaya di ruangan komen

Memang tak dinafikan kecomelan anak sulung pasangan selebriti itu sehingga mendapat pujian tanpa henti dari wargamaya. Sehinggakan Puan Sri Tiara Jacquelina turut menitipkan komen “Saya sayangkan kamu berdua!”.

Apa-apa pun, memang dah lumrah untuk anaknya mempunyai iras wajah ibu dan ayahnya, dan semoga Fatima membesar dengan sihat.

 

Sumber : kool

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *