Viral

Baru Je Sheera Iskandar Kahwin, Sekali Benda Lain Yg Netizen Perasan

Tahniah diucapkan buat pelakon yang pernah popular dengan filem Sembilu Kasih dan Gerak Khas yang selamat melangsungkan pernikahannya pada 3 Mei 2021 bersama seorang anggota polis iaitu Mohd Halim Abdul Gani dengan sekali lafaz.

Majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup di Magica Event Hall, Quill City Mall itu hanya dihadiri 70 orang tetamu iaitu ahli keluarga dan teman rapat beliau.

Pasangan itu dinikahkan jurunikah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Muhammad Firudz Saderi kira-kira pukul 6 petang, Isnin.

Pada majlis itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM1,000 beserta dulang hantaran satu berbalas satu.

Namun apa yang menarik perhatian, majlis itu diadakan secara sederhana dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sehingga mendapat pujian ramai.

Lihat video suasana majlis pernikahan yang di muat naik oleh pelakon, Abby abadi yang juga turut hadir sebagai tetamu jemputan

Klik Disini untuk video

Video yang di muat naik oleh Abby itu dapat melihat semua tetamu menjaga penjarakan fizikal, mematuhi pemakaian pelitup muka, malah siap ada paparan video call bersama saudara mara yang tidak dapat hadir kerana tidak dapat merentas negeri.

Ini respon netizen mengenai majlis pernikahan Sheera yang dilihat patuh SOP :

 

Kebelakangan ini ramai rakan selebriti dan influencer yang melanggar SOP sehingga mencetuskan kemarahan netizen, majlis pernikahan Sheera ini memang wajar dipuji kerana pematuhan SOP yang ketat dan terkawal.

Sedikit biodata sheera iskandar

YM Tengku Shaheera Ilani binti Tengku Iskandar Putra atau juga dikenali sebagai Sheera Iskandar (lahir 18 April 1985) ialah seorang pelakon wanita Malaysia.

Sheera merupakan anak sulung pelakon Aznah Hamid dengan YM Tengku Iskandar Putra Bin YBM Tengku Long Ahmad (Tengku Panglima Raja) ibni YBM Tengku Long Abdul Ghaffar (Tengku Temenggong) Ibni DYMM Sultan Muhammad II (Long Senik Mulut Merah), seorang kerabat diraja Kelantan.

Namanya melonjak naik selepas berlakon drama bersiri Janji Diana. Bakat beliau dicungkil oleh Rosnani Jamil menerusi filem Bicara Hati yang turut dibintangi oleh Fazura dan Hanez Suraya.

Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan pada 2004 setelah bakatnya dicungkil oleh pelakon veteran terkenal, Datin Rosnani Jamil.

Di bawah didikkan Rosnani atau lebih mesra dengan panggilan Mak Nani, Sheera membuat kemunculan sulungnya di layar lebar menerusi filem Bicara Hati bersama Nur Fazura dan Hanez Suraya. Filem inilah yang melancarkan kerjaya lakonan beliau serta Fazura dan Hanez.[1]

Pada tahun yang sama, beliau membuat kemunculan sulungnya di layar kaca menerusi drama Sembilu Kasih arahan Datuk Yusof Haslam dan seterusnya muncul dalam drama Janji Diana yang diadaptasi daripada filem 2002 dengan judul sama lakonan Erra Fazira, juga arahan Yusof. Pada 2005, beliau berlakon dalam dua filem — filem aksi KL Menjerit 1 arahan Bade Hj. Azmi yang merupakan prekuel dari filem KL Menjerit dan filem drama romantik Sembilu 2005.

Antara 2009 dan 2011, Sheera berlakon dalam siri drama Si Capik yang mana beliau memegang watak sebagai Syerin, isteri kepada Reza lakonan Zachery Francis atau lebih dikenali sebagai Zach X-Factor. Drama ini turut dibintangi oleh Erry Putra, Hetty Sarlene, ibunya Aznah Hamid, Fathil Dani, Raja Noor Baizura, Aziz Singah dan Riz Amin.

Pada 2010, beliau mula mendapat perhatian umum menerusi lakonannya sebagai Halimah, seorang gadis lurus bendul yang bergigi jongang dalam siri drama komedi, Halimah Jongang terbitan A. Aida Productions yang mana ia memerlukan beliau memakai gigi palsu demi watak Halimah.[

Beliau kembali ke layar lebar pada 2011 menerusi dua filem terbitan Skop Productions – KL Gangster[3] (sebagai Zati) dan Aku Bukan Tomboy[4][5] (sebagai gadis pengkid bernama Bell), kedua-duanya arahan Syamsul Yusof. Sheera kembali melakonkan watak Zati dalam KL Gangster 2 pada 2013.

 

Sumber: mStar

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Sumber : Instagram Abby Abadi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *