Uncategorized

Suami nangis ragu2 anak dlm kndunganku anak dia tp aku yakin sbb aku xbenarkn laki itu ‘buang dalam’

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Kisah aku ni nak dikatakan berat ke tidak, tak tahu lah. Cuma aku tak tahu pada siapa aku boleh mengadu dan bercerita. Ia tentang aib sendiri tapi hati macam nak pecah untuk bercerita.

Kisah berlaku 3 bulan lalu bilamana kisah aku cuurang (aku isteri) dengan lelaki lain kantoi dengan suami sendiri. Kecuurangan aku bukan sekadar bermadah mesra, tapi sehingga aku terlanjur.

Aku tahu semua itu memang salah aku, aku tak mampu sorok dari pengetahuan suami sehingga aku mengaku telah terlanjur dengan lelaki bujang tersebut.

Kami tidak bercinta, tetapi lebih kepada ‘test market’. Aku hampir 40 tetapi mungkin seorang yang petite dan berperwatakan lebih muda menyebabkan lelaki tersebut cuba2 untuk ‘test market’.

Ya, dia bujang dan early 30. Aku tahu dia ada girlfriend, tapi pada aku, tak kisah lah. Aku bukan nak serious pun dengan dia.

Dia selalu kacau2 aku di tempat kerja sehingga kami berani berjumpa di luar. Walaupun aku selalu ingatkan dia yang aku dah tua, dia kerap cakap aku tak seperti itu pun. Ya, itu semua ayat syaiitan yg menghasut. Aku hanyut dengan pujian.

Di rumah, aku miliki 3 orang anak, seorang suami yang setia walaupun sedikit baran. Tidak romantik, selalu meninggikan suara, sukar di bawa berbincang. Kami telah kenal lama sebelum berkahwin dan perkahwinan kami cecah 10 tahun.

Walaupun suami aku bukan lah suami idaman wanita diluar sana kerana dia tidak pandai memujuk malah kita yang sering memujuk hati sendiri, tapi dia seorang ayah dan suami yang bertanggungjawab. Terlalu sayangkan anak2 sehingga sanggup apa saje demi anak.

Tidak tahu dimana silapnya bila aku terjebak dengan kecuurangan. Walaupun aku dan suami sering tidak sependapat, mungkin dari situ aku mencari kebahagian diluar. Yelah, ada orang memuji, ada orang memujuk. Itu semua cara syaiitan untuk menyucuk.

Suami tetap begitu, mudah melenting, walaupun hanya perkara kecil. Aku sudah lali, sehingga kadang mengalah sebab selalu dijadikan alasan untuk tidak menjadi isteri derhaka ( tapi dalam diam aku menjadi nusyuz di belakangnya).

Okay berbalik pada kisah aku kantoi, mula aku cuba menidakkannya tapi setelah didesak aku mengaku dan merayu untuk tidak memperbesarkan hal ini.

Maksudnya, aku taknak dia belaasah lelaki tersebut kerana bukan salah dia seorang (salah aku jugak) dan tak nak aib aku tersebar dan menyebabkan emosi aku dan anak2 terganggu.

Di saat itu, hari2 aku menangis, merayu, memohon ampun dari suami dan juga solat taubat. Suami turut nangis berhari2, emosi terganggu tambah2 dia ada event penting ketika itu, berat badan nya susut teruk, aku pun terpalit sama. Emosi terganggu teruk, mata bengkak berhari2. Aku betul2 insaf dengan perkara ini.

Nak di jadikan cerita, ketika dan saat itu, aku dapat tahu diriku mengandung. Aku yakin ia adalah anak suami ku walaupun mula2 suami ragu. Suami menangis depan ku seolah2 dia tidak yakin anak dalam kandungan ini anak dia. Tapi aku yakin sebab aku memang tak benarkan lelaki itu ‘buang dalam’.

Lelaki berkenaan juga sedar atas kesilapannya mengganggu isteri orang dan takut dengan ugutan suami. Saat itu kami betul2 putus hubungan walapun 1 tempat kerja. Dia bl0ck aku, aku block dia. Simple. Tapi suami tetap tak nak lepaskan dia pada mulanya.

Kami berdua tidak berhubung langsung selepas itu, tapi aku tidak dapat lari dengan berurusan di tempat kerja cuma tidak kerap kerana tempat kami berlainan laluan. Jadi kami berhubung atas hal kerja sahaja.

Suami dalam masa, lama kelamaan sanggup memaafkan aku, dengan syarat aku berubah dan tidak mengungkit kisah tersebut lagi.

Dia tak sanggup mencraikan aku demi kasih sayang dan anak2. Dari hari ke hari berdoa tentang kebaikan suami dan doakan hubungan kami terus erat dan dirahmati Allah.

Tetapi malangnya, dalam aku cuba berubah, bila ada dan ketikanya jika kami bergduh berkenaan hal lain, mesti suami akan menyelit tentang kisah tersebut.

Kadang2 aku rasa hiilang pedoman sebab seolah dituduh masih berhubung dengan lelaki tersebut. Demi Allah, aku dah bertaubat dan tak pernah lagi ulangi hal itu.

Suami seakan2 mereka2 cerita tentang kami yang mana mengatakan ada dengar kami berjumpa lah, berhubunglah, dan ugut ingin bawa aku jumpa dengan lelaki tersebut. Aku bingung.

Aku memang tidak buat lagi dan berjanji dengan diri sendiri untuk berubah. Aku tak tau kenapa dia masih curiga dengan aku. Sedangkan boleh dikatakan di ofis pun aku jarang bercakap, berhubung dengan lelaki tersebut.

Suami pun dah kerap hantar dan jemput aku ke tempat kerja. Aku tak sedikit suruk handphone atau password, jadi mudah untuk suami check senyap2 sekali pun.

Aku dah tak takot. Tetapi suami masih rahsiakan password sendiri. Dengan alasan ada urusan dengan informer ( lelaki scandal aku ). Wallahualam, aku cuba berfikiran positif, malas nak panjang2 cerita.

Aku jadi tertekan, tambah aku tengah berbadan dua. Emosi terlalu sensitif. Suami masih lagi dengan sikap baran. Kadang cakap hal simple pun boleh tinggi suara.

Puas aku pujuk hati, merajuk pun tak guna sebab tahu takkan di pujuk. Aku mengadu pada Allah sahaja, mohonkan kesabaran yang tinggi dan lapangkan dada untuk menerima ujian ini.

Suami tetap begitu, bila dia tengok aku sedikit dingin (sebab merajuk kita pun lost topic la kan), tapi kita tetap masak, layan dia makan, tapi nanti dia akan tunjukkan sikap seolah2 salah kita sebab dingin.

Jadi mula la bila nak ke tempat kerja, kita hulur tangan salam pun, dia acuh tak acuh. Dari biasa k1ss terus tak nak k1ss. Perkara sebegini biasa berlaku di mana, kita yang nak merajuk akhirnya jadi salah kita jugak sebab berd0sa dingin dengan suami.

Aku manusia biasa, ada perasaan, aku tak mintak di pujuk beriya2 dan tak pernah dapat pun. Aku faham tu sebab dia bukan macam tu orangnya.

Tetapi sekurang2nya faham perasaan aku. Aku merajuk, takkan nak tiba2 buat ramah mesra borak macam tak de ape2.

Aku bangun tengah malam menangis meratap dengan Allah je kekuatan aku sekarang. Bila asal bergduh aku mula takot, takot akan dipersalahkan.

Tak pernah lagi bergduh suami yang salah, kebanyakan salah nya datang dari aku. Aku la yang derhaka, aku la nusyuz, aku la isteri berdosa.

Tapi bila dalam keadaan macamni, nanti suami mula la buat tuduhan tentang ‘lelaki’ yang dulu. Janji tak nak ungkit, tapi mesti terungkit jugak bila bergduh hal lain.

Kadang2 aku confuse, kenapa masih tak lepaskan aku kalau rasa tak percaya kan aku lagi, dalam masa yang sama sksa perasaan aku mcmni?

Suami memang dari dulu macam ni. Jika dia yang buat salah, kita jugak yang akan nampak bersalah. Kita jugak akan dituduh nusyuz atau derhaka. Jadi di mana hak kita sebagai seorang isteri jika tak boleh bersuara dan hati tidak dipelihara.

Kalau dulu mungkin kita banyak memendam. Ingatkan bila hikmah issue kantoi cuurang ni boleh merubah kami berdua, tapi suami tetap begitu.

Aku cuba berdoa agak dia berubah, sentiasa berlembut hati.. tapi kadang aku kalah. Aku rasa ingin berpisah jika terus begini. Rela hidup sendirian sebab daripada terus dilabel isteri derhaka.

Sebab apa sahaja yang aku buat, tidak nampak baiknya di mata dia. Mula la kata dia kejut aku, aku tak sedar lah, aku tak nak layan dia lah.

Wallahualam. Demi Allah, kalau aku sedar, aku akan bangun. Tapi kalau tak bangun or paling tu, aku berani cakap, memang aku tak sedar. Tapi dia takkan percaya semua tu.

Aku tak minta banyak, aku tau aku bukan isteri yang baik, berusaha untuk jadi baik. Tapi tak boleh kah aku mendapat hak aku sebagai seorang isteri? Bantu lah aku.

Perluukah aku berpisah sahaja untuk kebahagiaan diri ku? Bukan sebab lelaki lain, tapi demi untuk tidak terus dilabel derhaka dan ingin hidup bahagia.

Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet

Fiza Hisham, terlanjur tp masih rasa berat atau x kisah hg ni,, adeih., kalau rs xbhagia.. pergilah cuba join ceramah ustaz ebit lew.., bwak psgan.. bknnya test market.. pstu mngandug plak., pstu expect suami nk lupa., igt dia otak pakai memory card je k bleh buang2

Deeja Yusuf, memaafkan bkn melupakan.. kaca yg pecah pn even gam xleh nk kembali bntuk asal.. mcm tu la hati suami awk.. xpela mmg awk yg kena lebih sabar utk pujuk hati dia balik.. usaha ambil hati dia balik.. benda nak ubat hati bkn sehari dua.. berpuluh tahun pun belum tentu boleh sembuh..

apa pun respond dia, kena sabar.. betul, yg paling skit sebenarnya suami awk bukan awk.. dia terpaksa ambil tindakan utk stay ngn awk n terkenang perbuatan awk tu setiap saat.. sabar la yek.. jgn lupa keep doa mtk Allah lembutkan hati dia n ubatkan hati dia.. keep beli jiwa dia.

Nur Hela, Awak kata suami memang macam tu sebelum ‘kejadian’ lagi. Sy bukan nak menangkan awak, tidak sama sekali. Cuurang tu memang perbuatan keji. Ramai yg mengecam seolah diri tiada dosa.. Kalau awak dah bertaubat siapalah kami nak menilai awak.

Nasihat sy pada pas4ngan yg diuji dgn kecuurangan, jika tak boleh maafkan, lepaskan. Lelaki ke perempuan ke dua2 sama.. Kalau taknak lepaskan, ubah hubungan menjadi lebih baik.. Buat apa bersama lagi andai hati dah maati.

Azie Husain, 30 tahun pon belum tentu suami akan lupa episod cuurang ni. Inikan pulak dah sampai ke ranjang. Akak saakit hati suami tak peduli, “test market” bukan cara nak cari bahagia dan ubat hati yg kosong tu.

Sepatutnya akak pergi je pejabat agama mintak kaunseling awal2 lagi sebelum nak test market tu. Tapi bila dah terlanjur, memang Allah je boleh bantu akak lepas ni. Sebab hati suami akak tu dah hncur sangat2, nak bina balik kepercayaan tu mungkin makan masa sampai akhir hayat dia.

Teruskan berdoa moga Allah terima taubat akak dan dilembutkan hati suami akak. Akak boleh je nak ajak suami pergi kaunseling jugak, maybe masa tu akak dan suami boleh luahkan apa yg terbuku di hati masing2. Kalau masing2 dah tak boleh nak maafkan, fikirla apa yang terbaik untuk diri masing2.

Lily Suhana, Tak pandai nk bagi komen dalam hal ni sebab aku masih bujang. Tapi aku nk bgtau satu benda, aku tgk channel petualang gaib, yg mana mediator tu panggil jin utk tau sama ada bangsa dorg ade kaitan tak dgn cuurang dlm rumah tangga.

Tau ape jawapan jin tu? Dia kata dorg memang ganggu manusia utk cuurang dgn pas4ngan tapi tu pun kalau manusia ade niat ke arah itu. Jadi dorg hasut sampai berjaya. Tu je lah aku nk bgtau.

Arisa Qma, Suami sis dpress sampai berat susut.. Siannya.. Mungkin sis patut tengok positive side dia, bukan negative je. Kalau sis berada di tmpat dia msti sis xkn boleh terima.. Even dia marah² dia tak romantik, tapi dia bertanggungjawab, dpress sampai susut badan, tu tanda dia syg sis la tu.

. Tak semua org pandai express syg tu, lagi² lelaki. Tak brani nak komen pape, your husband deserves someone better. Apa² pun semoga dipermudahkan.

Hamzah Borhan, Bila dah sampai tahap macam ni, kau punya perasaan, emosi apa semua tu dah tak penting dah. Ingat suami x lepaskan kau sebab anak2 je. Ziina lepas nikah amat berat hukuman dia.

Rejaam sampai mti, ni kau x mti ni kau hadap je la apa2 orang kata kat kau. Kalau dia nak ungkit pun, ungkit pi la. Kau senyap sudah la. Bukannya kau boleh buat apa pun. Kau xda bargaining chip lgsung. Fokus kat taubat kau sudah.

Fydd Arsatt, Kak… sori aku ckp kasar sikit… Ko saakit setakat tak kena pujuk.. laki ko saakit sbb dpt bini gatal nak test market bagai… yg ko buat tu bukan benda kecik22.. ko punya cuurang ni bukan level biasa2.

Byk isteri2 kat luar tu suami tak reti memujuk pun, panas baran, tp dorg nak berjalan lalu lalang depan org lelaki pun dorg segan… anak2 ko kalau tau perangai mak diaorg mcm gini pun, segan diaorg nak pandang muka ko kak… klu naik mahkamah, hak jagaan pun ko tak dpt kak… cuba bwk2 bersyukur.

Ko tak hiilang anak.. ko tak hiilang suami… laki ko izinkan lagi ko teruskan hidup mcm biasa… dah terbukti ko berkelakuan tak senonoh dibelakang, adakah ko berharap dilayan mcm permaisuri lg… banduan yg mencuri tu pun ada tempoh hukuman,

takkan ko ingat ko nangis seminggu dua, semuanya boleh kembali biasa dan suami ko berubah jadi suami romantik… aduhaiii kak… suami dh bg peluang tu dh cukup elok kak,

apa yg ko mengharap bulan dan bintang, sedangkan dalam waktu yg sama ko hncurkan kisah bahagia suami kau… sekali sekala letakkan diri kat tempat suami kau kak.

Sumber IIUM/twoekesah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *