Uncategorized

‘Tuan Puan Patut Check Dia…’ – Ebit Lew Minta Nadir Perincikan Duit Sumbangan RM20Juta Gaza

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Ebit Lew meminta Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman mengemukakan bagaimana duit sumbangan rakyat Malaysia diagihkan untuk penduduk di Palestin.

Ebit Lew dalam sidang akhbar yang disiarkan secara langsung di Instagramnya tadi berkata, dia tidak membawa duit sesiapa daripada kutipan tabung kerana pihak tidak pernah membuka sebarang tabung Gaza.

“Saya pergi sana dengan duit saya sendiri dan tidak pernah buka satu tabung pun untuk ke Gaza, Palestin.

Saya pergi dengan duit saya bersama sahabat yang sangat rapat dengan saya dan juga ada beberapa rakan di Facebook yang menyumbang.

“Ramai maki saya dakwa saya bawa duit Malaysia ke sana, dalam Live Muhammad Nadir Al-Nuri sebelum ini dia pernah sebut beliau mengumpul duit sumbangan yang berjumlah RM20 juta, jadi soalan itu sebenarnya berbalik kepada beliau di mana duit itu?

“Saya yakin dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sana, tetapi saya mahu balikkan soalan itu kepada dia, di mana sumbangan RM20 juta, ada resit ada bukti?,” katanya.

Ebit juga menjawab persoalan yang dibangkitkan Muhammad Nadir Al-Nuri mengapa pihaknya membeli barang keperluan di Cairo, Mesir, di mana katanya persoalan itu sepatutnya tidak dibangkitkan kerana satu-satunya NGO dibenarkan ialah Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir.

“Sebenarnya soalan ini tidak patut wujud, kerana satu-satunya NGO yang dibenarkan ialah Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir.

“Hal-hal bantuan memang melalui persatuan Bulan Sabit Merah Mesir. Saya beli barang perubatan empat lori di Mesir, semua sudah masuk.

Di Gaza juga saya ada beli barang sumbangan. Saya guna juga duit saya beli barangan di Mesir,” katanya. – K! ONLINE

‘Saya Tak Pernah Buka Satu Tabung Pun Untuk Pergi Gaza’ – Ebit Lew

Semalam, pendakwah bebas terkenal Ustaz Ebit Lew (UEL), akhirnya tampil ‘bersuara’ dan membuat laporan polis susulan kontroversi isu misi kemanusiaan di Semenanjung Gaza, Palestin, baru-baru ini.

Ebit pada masa yang sama turut menyangkal segala dakwaan yang telah dilemparkan oleh beberapa pihak termasuk penyanyi rap, Ariz Ramli dan rakyat Malaysia yang tinggal di Gaza, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamamrulzaman.

Terbaru, menerusi IG Live sebentar tadi UEL menjelaskan segala fitnah dan tomahan berkenaan adalah tidak benar sama sekali.

Dakwaan yang dilemparkan oleh Nadir Al-Nuri

Menurutnya, orang ramai hanya mendengar dari satu sumber sahaja iaitu dari Nadir Al-Nuri.

Tujuan Ustaz Ebit Lew untuk pergi ke Gaza adalah hanya untuk membantu mereka yang memerlukan serta niatnya hanya untuk Allah SWT dan segala pembelanjaan di sana, dia memakai duitnya sendiri dan tidak pernah membuka tabung untuk pergi ke Gaza.

Ujarnya lagi segala kata-kata yang Nadir telah menguriskan hati Allahyarham bapanya, namun ebit telah memaafkannya kerana dia merupakan individu yang baik.

Saya dapat mesej orang panggil saya penunggang agama, dajjal, babi makan duit haram.

Ada orang mesej anak saya, ada orang mesej isteri saya.

Saya pergi sana dengan duit sendiri dan saya tak pernah buka satu tabung pun untuk pergi ke Gaza.

Saya pergi dengan sahabat yang sangat rapat dan rakan-rakan di Facebook.

Sepatutnya siapa yang perlu jawab duit RM20 juta tu?

Patutnya Nadir Al-Nuri yang menjawab kat mana RM20 juta tu berada.

‘Kena check dengan Nadir’

 

Dalam pada itu, Ebit Lew meminta orang ramai untuk bertanyakan persoalan mengenai jumlah sumbangan itu kepada NGO Nadir Al-Nuri.

Ujarnya lagi, dia hanya mengetahui sejumlah wang sebanyak sekitar RM500 ribu hingga RM20 juta telah digunakan bagi sumbangan berbentuk makanan.

Soalan patut ditanya, RM20juta tu ke mana sekarang?Setiap tahun RM20juta.

Nampak kan buat itu sikit ini sikit, RM20 juta. NGO tukar sticker RM20juta.

Jadi, macam itu ke tuan-puan terima? Tuan puan kena soal orang yang tanya saya.

Soal dia dulu sebab dia yang collect RM20juta. Dia lah orang yang janji nak serah kepada Nadir.

Tuan puan boleh tanya dia. RM20juta kat akaun siapa? RM20juta tu dah transfer ke Nadir ke?

Ada resit tak tunjuk RM20juta? Setakat ini dia bagitahu RM500 ribu ke RM1juta untuk belanja makanan.

Itulah yang dia update. Yang lain cuma plan-plan. Yang plan tu saya tahu. Menteri Gaza ada bagitahu apa semua tu. Yang selebihnya kena check dengan Nadir Al-Nuri.

Video

Sumber: Ebit Lew

Tambah Ebit Lew lagi, dia pergi ke Gaza menggunakan duit sendiri serta hasil bantuan beberapa rakan baik di Malaysia.

Sumber : Ustaz Ebit Lew/kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *