Uncategorized

“Kakak Teruja Jaga dan bagi susu Adik Sampai pagi” Shuib Gembira Lihat Kakak Dan Abang sambut Ayash Affan Pulang

Setelah sebulan hidup bersama anak-anak tanpa isteri di sisi, Shuib kini dilihat semakin kuat dan tabah menghadapi hari-harinya demi anak-anak tercinta.

Selepas hujan pasti ada pelanginya, itulah gambaran hidup Shuib setelah pemergian Allahyarham Siti Sarah.

Terbaharu, Shuib memuat naik berita gembira di Instagramnya mengenainya anak keempatnya iaitu Ayash Affan yang lahir pramatang pada 6 Ogos lalu di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia.

Difahamkan selama ini Shuib hanya dapat meluangkan masa bersama anaknya itu di hospital sahaja selama beberapa minit sahaja dan semalam buat pertama kali Shuib meluangkan masa bersama Ayash Affan di hospital kira-kira selama tiga jam.

Shuib berkongsi berita gembira itu serta memaklumkan anaknya Ayash Affan telah dibenarkan keluar dari hospital selepas 39 hari dilahirkan.

Shahmira Muhamad ataupun Shuib, menganggap itu adalah ‘hadiah’ dari Allah sempena ulang tahun kelahiran arwah isterinya yang jatuh pada hari esok 15 September.

“Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar. Hadiah hari jadi ibu esok, 15 September. Allah hadiahkan kepulangan Ayash Affan hari ini.” kata Shuib.

Dalam pada itu, Shuib turut meluahkan rasa syukur dengan ketentuan yang diberikan oleh Allah SWT untuk dirinya kerana dalam masa sama dia turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang tidak putus mendoakan untuk bayi pramatangnya.

“Syukur Ya Allah. Terima kasih pada semua yang mendoakan kesihatan Ayash.”

Terbaru menerusi perkongsian di laman Instagram milik Allahyarham Siti Sarah, satu video dimuatnaik menunjukkan keterujaan anak-anak Shuib melihat adik baru mereka, Ayash Affan.

“Alhamdulillah. Keterujaan abang dan kakak melihat adik mereka. Semenjak dari hospital, Uwais, Talita & Matin hari2 tanya pasal Ayash.

“Mereka nampak happy sangat bila dapat tengok Ayash depan mata. Sebelum sampai, tiga beradik ni duduk depan pintu rumah tggu daddy bwk balik Ayash.

 

“Terima kasih kepada smua yg mendoakan Ayash, terima kasih kepada smua yg mendoakan daddy, Uwais, Talita & Matin serta terima kasih kepada semua yang rindukan arwah Sarah.

“Sepatutnya esok hari lahir arwah yang ke-37 tapi aturan Allah tak siapa yang tahu. Kini, hanya Ayash yang hadir di rumah ini sebagai pengganti arwah.

“Terus doakan kesejahteraan arwh di sana, Al-Fatihah.”

Rata-rata netizen gembira dengan berita tersebut, namun ada juga yang menyampaikan rasa simpati kerana Ayash Affan pulang tanpa ibu di sisinya.

Terdahulu, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin meninggal dunia 9 Ogos lalu selepas tiga hadir ditidurkan dan bertarung nyawa melawan vlrus C19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.

Shuib dan Siti Sarah telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dan dikurniakan empat cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6 dan Ayash Affan berusia sebulan.

Terdahulu, Suami kepada Allhyarham Siti Sarah Raissuddin, Shuib, 37, berkongsi khabar gembira buatnya hari ini apabila dapat meluangkan masa selama tiga jam di hospital melawat anak bongsu, Ayash Affan, berusia sebulan yang dilahirkan pada 6 Ogos lalu.

 

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad difahamkan berpeluang berjumpa bayinya itu buat pertama kali di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) selepas 37 hari dilahirkan dan masih dirawat di sana.

Menerusi hantaran dikongsi di Instagram, Shuib berkata anak keempatnya itu berada dalam keadaan sihat dan comel dengan berat badan kini mencecah 2.6 kilogram kerana kuat menyusu.

“Subhanallah, Alhamdulillah, Allhuakbar. Nikmat yang cukup indah bila dapat luangkan masa tiga jam dengan Ayash Affan. Syukur Ayash sihat, berat dah 2.6 kilogram, menyusu kuat dan comel sangat-sangat.

 

“Muka macam daddy la ibu. Memang istimewa sangat hadiah dari ibu. Allhuakbar. I (Saya) harap you (awak) ada di sini sayang,” tulisnya di Instagram Stories.

Semalam, Shuib menerusi hantaran di Instagram Stories juga melahirkan perasaan teruja apabila diberi kebenaran melawat anaknya buat kali pertama yang lahir secara pra-matang itu.

“Alhamdulillah, dihari kelahiran, Allah hadiahkan berita gembira. Esok (hari ini) dah boleh ke hospital tengok Ayash Affan. Esok akan jadi hari pertama melihat dan menyentuh Ayash Affan,” tulisnya.

Dia turut mengenang kembali pesanan Allahyarham Siti Sarah yang memintanya agar menjaga anak mereka sebaik mungkin.

 

.“InsyaAllah, alhamdulillah hari ini jumpa Ayash Affan. Masih ingat lagi ibu selalu cakap benda yang sama berulang kali.

“Baby yang keempat ini you (awak) jaga dia tau, you jaga tau, you jaga okey.

“InsyaAllah sayang, i (saya) akan jaga dia macamana i jaga you sampailah dia jadi anak yang soleh. Anak yang akan menjadi kebanggan you dunia dan akhirat.

“Anak yang selalu dekat dengan Allah. Cuma i mohon you doakan perjalanan i, perjalanan i masih jauh. Doakan i selalu kuat. I Love You Sayang,” tulisnya.

Sumber: utube shuib

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *