Uncategorized

Rai Ulang Tahun Perkahwinan Ke-26, Kejelitaan Datin Sofea Jane Di Usia 49 Cvri Tumpuan Ramai

Bila terpacul sahaja nama Datin Sofea Jane sudah pasti terbayangkan wataknya yang meninggalkan kesan kepada seluruh peminat filem tempatan iaitu filem ‘Perempuan, Isteri Dan …’ dan ‘Cinta Kita’ bergandingan dengan pelakon Aman Graseka.

 

Datin Sofea Jane terjun ke dalam dunia seni tidak hanya bersandarkan wajah semata-mata namun mempertaruhkan bakat yang mengalir dalam dirinya.

Pernah meraih anugerah Artis Paling Popular di majlis Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 1993. Kini, wanita yang berusia 49 tahun ini lebih selesa menumpukan perhatian kepada keluarga.

 

Pejam celik rupanya sudah 26 tahun Datin Sofea Jane berkahwin dengan seorang ahli perniagaan, Datuk Meor Zain Azman. Pasangan sama cantik sama padan ini berkahwin pada 9 September 1995 dan telah dikurniakan empat orang cahaya mata, Arissa, Imran, Khadijah dan Soraya.

Bersempena ulang tahun perkahwinannya, Datin Sofea Jane telah berkongsi ucapan buat suami tercinta melalui ciapan yang dilayangkannya semalam.

 

“We jumped into it in complete good faith . I think that’s one good reason at least to keep going through the contrast and conflict. Happy 26th!” tulis wanita cantik ini. Happy Anniversary Datin Sofea Jane dan Datuk Meor Zain Azman. Semoga kekal bahagia hingga ke syurga!

Dua tahun lalu Datin Sofea Jane telah menerima menantu apabila anak sulungnya, Arissa Azman mendirikan rumahtangga. Arissa mendirikan rumahtangga pada usia yang sama ibunya berkahwin, 23 tahun.

26 Tahun Bahagia Bersama Suami Tercinta

Menerusi perkongsian yang dimuatnaik di laman Twitter tersebut, Datin Sofia mengatakan hubungannya bersama suami sangat kuat dan merupakan salah satu asbab hubungan mereka kekal meski terdapat konflik dan perbezaan.

Foto – Twitter @MemHanyut

“Kami mempunyai ikatan yang baik. Saya fikir ianya salah satu sebab ia kekal meski terdapat perbezaan dan konflik. Selamat ulangtahun ke-26!”

Peminat Titip Doa Serta Ucapan Buat Sofia Jane Dan Suami

Melihat tweet pelakon legenda di laman media sosial tersebut, ramai dikalangan peminatnya menitipkan doa serta memberi ucapan tahniah atas ulangtahun perkahwinannya yang ke-26 tahun di ruangan komennya.

Foto – Twitter @MemHanyut

“Tahniah dan selamat menyambut ulangtahun perkahwinan. Semoga berbahagia hingga ke Jannah… Amin”

“Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan kak. Moga kekal bahagia hingga Jannah.. Sampaikan salam pada abang ya. Sama cantik, sama kacak, sama padan”

“Bukti bahawa walaupun 26 tahun kahwin, Mem baru bertambah 5 tahun saja!”

Selain menitipkan ucapan tahniah, ramai dikalangan peminat aktres veteran ini meluahkan rasa terpegun melihat wajah Datin Sofia yang tak makan dek usia dan kelihatan semakin jelita walaupun usia hampir mencecah 50an.

Foto – Twitter @MemHanyut

“Inilah seorang legenda yang aku kenal dari kecil sampai besar, sikit pun tak dimamah usia. Makin legend, makin cantik. Selamat menyambut ulangtahun ke-26”

“Cantik sis… Cantik manis. Semoga sentiasa sihat walafiat kak”

Peminat Minta Rahsia Kecantikan

Melihat aktres veteran ini tidak di makan dek usia, ramai yang meminta petua kecantikan pelakon legenda tanah air tersebut.

Dan Datin Sofia mengatakan tips kecantikan yang dilakukan adalah dengan menggunakan produk berasaskan tumbuh-tumbuhan, d1rinya menggunakan pencuci muka, pelembap muka dan juga sunscreen.

Foto – Twitter @MemHanyut

“Saya menggunakan produk semula jadi tapi apa yang berkesan untuk saya tidak semestinya berkesan untuk anda. Teruskan mencuba apa yang dapat membantu kulit anda jadi lebih baik.

Sejujurnya ianya hanya pencuci, pelembap dan sunscreen. Saya tidak guna banyak. Saya guna produk kecantikan MV organik. Kalau bekalan habis, saya gunakan La Mav, di mana anda boleh dapatinya di farmasi M Plus.

Tapi lagi sekali saya katakan, produk jenama yang saya gunakan mungkin tak semua sesuai untuk anda melainkan sunscreen!”

Sumber : Murai

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *