Uncategorized

Mengejutkan Ramai, Siti Saleha Dan Suami Muncul Di Mahkamah, Tuntut Cerai

TIADA angin, tiada ribut tiba-tiba berita kurang enak mula menyapa. Ibarat disangka panas sampai ke petang, rupa-rupanya hujan tengah hari.

Begitulah yang terjadi kepada aktres Siti Saleha apabila rumah tangganya berhadapan masalah.

Terbaharu Siti Saleha selaku plaintif hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor pada pagi Rabu bagi sebutan kes penceraiannya.

Prosiding yang dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Mohd Hairuddin Ab Rahim itu berlangsung kira-kira pukul 10 pagi turut dihadiri suaminya, Ahmad Lutfi Azhar, 35.

lutfi saleha_2

Perkongsian Siti Saleha di Instagram pada 24 Mac lalu.

Kisah masalah rumah tangga Siti Saleha Mohd Baharum, 31, ini agak mengejutkan apabila aktres itu sendiri sebelum ini tidak pernah berkongsi tentang hal peribadinya secara terbuka di media sosial mahupun kepada media.

Bagaimanapun hasil tinjauan mStar di Instagram mendapati kali terakhir Siti Saleha berkongsi foto mesra bersama suami adalah pada 24 Mac lalu.

Pada tarikh berkenaan Siti Saleha memuat naik foto di dua posting berasingan bagi meraikan sambutan ulang tahun kelahiran Ahmad Lutfi yang ke-35.

saleha1

Selepas empat tahun berkahwin pasangan ini belum dikurniakan cahaya mata.

It’s your birthday bubbaboo. I pray Allah bless you always and grant everything you wish for. I love you too much. (Saya berdoa agar Allah sentiasa memberkati anda dan mengabulkan semua yang anda mahukan. Saya terlalu sayangkan awak),” tulis Siti Saleha pada posting berkenaan.

Untuk rekod Siti Saleha dan Ahmad Lutfi mendirikan rumah tangga pada 28 Julai 2017.

Selepas empat tahun berkahwin pasangan ini belum dikurniakan cahaya mata.

Trivia Siti Saleha,

Siti Saleha Mohd Baharum (lahir 14 Mac 1990) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia berketurunan Inggeris dan adik kepada vokalis kumpulan Bunkface, Sam Baharom. Beliau memulakan kerjayanya dalam dunia peragaan dan komersial sejak berusia 12 tahun, seterusnya mula menempa nama menerusi watak Nora Elena lakonan beliau bersama Aaron Aziz di dalam drama bersiri dengan tajuk sama yang disiarkan di TV3 mendapat sambutan hangat sehingga mencecah 1.3 juta penonton di laman Tonton.com.my.

Siti Saleha kemudiannya mencapai kejayaan komersial menerusi drama lakonannya termasuk Asmara Luna (2013), Ramadan Jangan Pergi (2014), Uda & Dara, 7 Hari Mencintaiku (kedua-duanya 2016) dan 7 Hari Mencintaiku 2 (2020). Beliau telah membintangi beberapa filem termasuk Kerat 14 dan Balada Pencinta (kedua-duanya 2013), Mamak Cupcake (2014) dan Langit Cinta (2016). Beliau juga dikenali sebagai seorang yang bijak dalam pengendalian kewangannya selain daripada wajahnya yang menawan.

Siti Saleha menang Asia Model Awards 2020 - Kosmo Digital

Beliau memiliki darah kacukan Inggeris daripada ibunya, Tracey Johnson atau nama Melayunya Aishah Rahman yang mengahwini bapanya, berketurunan Melayu, Mohd Baharum Abdul Rahman. Beliau merupakan anak ketiga daripada empat orang adik-beradik dibesarkan di Klang, Selangor. Abangnya ialah Sam Bunkface atau Sam yang merupakan vokalis kumpulan Bunkface.

Siti Saleha dibesarkan di Klang dan bersekolah di S.M.K. (P) Methodist, Klang. Beliau telah melangsungkan majlis pertunangannya dengan seorang pegawai kerajaan bernama Lutfi Azhar yang berusia 30 tahun ketika itu di sebuah majlis tertutup di kediaman keluarganya di Klang pada 26 November 2016. Beliau dikatakan sudah bercinta dengan Lutfi sejak tahun lalu. Bermula sebagai kenalan biasa, lama – kelamaan perasaan itu bertukar ke arah perasaan cinta antara mereka berdua kerana selalu bertemu. Saleha dilamar oleh Lutfi ketika mereka menghadiri majlis perkahwinan teman baiknya di Cancun, Mexico. Sejurus selepas dilamar, rombongan lelaki menyusul datang merisik.

Lebih baik jangan rancang, Siti Saleha suka redah kalau nak melancong - Video | mStar

Siti Saleha juga merancang untuk melangsungkan perkahwinan dengan tunangannya Lutfi Azhar selepas Hari Raya Aidilfitri tahun 2017. Namun, mereka berdua masih belum mempunyai tarikh sebenar untuk majlis istimewa tersebut.

Pada 28 Julai 2017, Siti Saleha sah bergelar isteri kepada Ahmad Lutfi Azhar dengan sekali lafaz. Pernikahan mereka turut disaksikan seramai 200 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan terdekat kedua-dua belah pihak.

Video,

Sumber Mstar/WIKI/twoekesah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *