Uncategorized

[VIDEO] Peminat Terhibur Tengok Remy Ishak Kac4u Isteri Di IG Live – ‘Remy Macam Ayah Aku, Semua Nak Bagi Tahu Orang’

Pelakon kacak, Remy Ishak selamat disatukan dengan pilhan hatinya, Ezza Yusof pada 21 Ogos lalu dengan sekali lafaz di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Namun begitu, Remy dilihat jarang berkongsi kemesraannya bersama isteri di media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Cintaaa di TikTok, memaparkan Remy sedang meny4kat isterinya ketika melakukan IG live di Instagram sambil disambut gelak ketawa oleh isteri tersayang.

Remy Ishak sakat isteri

Ujar Remy, dia mengatakan yang isterinya gigih bersolek demi membuat IG live untuk menjual kasut keluarannya.

 

Dia jual kasut ni dia tak solat Isya’ lagi. Tadi saya panggil solat Isya’ sama-sama, dia makeup gigih dia nak jual kasut. Dia kata nak bagi hadiah saya tak tahu betul ke tak.

Walau bagaimanapun, pemilik nama Mohammad Zalimei mengatakan yang dia hanya bergurau sahaja dan jangan menganggap perkara berkenaan satu perkara yang serius.

Tak. Dia gurau je. Saya gurau je. Janganlah sensitif semua.

Video berdurasi 27 saat tu meraih lebih 493 ribu tontonan dan mendapat lebih 30 ribu tanda suka.

‘Dia jual kasut ni dia tak solat Isya’ lagi’

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat Remy dan isterinya. Malah ada juga di antara mereka yang memuji pasangan ini kerana mereka dilihat tidak over.

‘Romantik yang tak mengada-ngada’

 

Sudah tertulis setiap orang yang lahir di muka bumi ini pasti diciptakan berpasangan oleh yang Maha Kuasa. Sudah ramai yang maklum bahawa rezeki, ajal, maaut bahkan jodoh itu sendiri sudah ditetapkan sejak kita masih berada dalam kandungan ibu lagi.

Tugas kita sebagai manusia hanya berserah dan memohon agar dipertemukan dengan jodoh yang baik dan mampu membawa kita lebih dekat lagi dengan Sang Pencipta.

Berita gmpar tentang hubungan pelakon hebat Mohammad Zalimei Ishak atau lebih dikenali sebagai Remy Ishak ini telah menggegarkan berita hiburan sejak kebelakangan ini.

Siapa sangka bahawa hubungan pertunangan yang pernah dijalin bersama Ezza Yusof dan putus ditengah jalan pada tahun 2019 itu akhirnya telah berjaya membawa pasangan ini dengan ikatan perkahwinan yang sah semalam.

Tidak pernah menampilkan hubungan rapat mereka berdua di khalayak ramai, ternyata berita itu telah mengejutkan ramai orang di luar sana yang meminati sosok pelakon kacak dan hebat ini.

Remy Ishak sendiri mengakui bahawa Ezza merupakan perempuan yang baik dan mampu bersamanya di saat suka dan dukanya dalam industri hiburan mahupun kehidupan peribadi.

 

Walaupun begitu, kedengaran masih banyak kritikan-kritikan pedas dan kurang baik dilemparkan kepada Ezza Yusof kerana tidak berpuas hati mengapa Remy telah memilihnya sebagai isteri.

Bukan sahaja itu, mereka di luar sana juga menjadikan rupa paras dan fizikal Ezza yang dikatakan tidak cantik sebagai persoalan kepada perkara itu.

Tetapi masih ramai mereka di luar sana yang tidak bersetuju dengan kritikan dan kecaman yang telah diterima oleh isteri Remy Ishak itu dengan mengatakan bahawa Ezza mempunyai keistimewaan dan ciri khas sendiri sehingga berjaya menambat hati pelakon kesayangan ramai itu.

Ezza juga dikatakan mempunyai kecantikan yang alami walaupun tidak memakai sebarang alat solek di wajahnya itu.

 

Rupa paras tidak harus dijadikan kayu ukur bagi memilih seseorang itu sebagai pasangan hidup kerana rupa paras yang cantik hanyalah sementara. Apa yang penting adalah kebaikan hati kerana itu yang dapat menjamin bagaimana masa depan seseorang itu sendiri.

Apa pun, tahniah diucapkan kepada pasangan sejoli Remy Ishak dan Ezza Yusof ini. Semoga bahtera perkahwinan yang didirikan ini kekal hingga ke akhir hayat.

KELAKAR dan mencuit hati.

Macam-macam ragam peminat Remy Ishak meluahkan perasaan di media sosial apabila ‘hero Malaya’ kesayangan mereka selamat bernikah pada Sabtu.

Malah boleh dikatakan Remy sendiri sempat menonton video-video kreatif ‘hadiah’ perkahwinan yang dihasilkan peminatnya termasuk luahan ‘patah hati’ di laman sosial.

Bagaimanapun Remy berkata, dia meminta maaf jika ada peminat yang betul-betul kecewa dengan keputusannya untuk berumah tangga.

“Sejak dua hari lepas banyak betul mesej kawan-kawan dan family yang forward video seperti ini.

“Saya tahu mereka semua adalah peminat dan penyokong yang bergurau untuk menceriakan hari saya. Tapi kalau ada yang patah hati tolong maafkan saya,” ujarnya.

Pelakon Pujaan Hati Kanda turut memuat baik sebuah video yang memperlihatkan seorang wanita sedang bersedih dengan iringan lagu nyanyian Rossa berjudul Hati Yang Kau Sakiti.

Menerusi video berkenaan turut disertakan sebuah artikel mStar bertajuk Remy nikah Sabtu ini, Ezza Yusof pilihan hati – “Baik dan buruk dia saya tahu”.

Saya tahu mereka semua adalah peminat dan penyokong yang bergurau untuk menceriakan hari saya.

Dalam pada itu, Remy berkata, biarpun sudah bergelar suami orang, dia tetap akan meneruskan kerjaya lakonan dan menghiburkan peminat-peminatnya.

“InsyaAllah saya akan tetap menghiburkan anda semua dalam projek yang akan datang.

“Terima kasih semua kerana masih setia bersama saya” ujarnya lagi.

 

Remy Ishak and Ezza Yusof are now a married couple. Photo: riseandwin.asia/InstagramRemy dan Ezza disatukan sebagai suami isteri pada petang Sabtu.

Remy atau nama sebenar Mohammad Zalimei Ishak, 39, selamat bergelar suami kepada Ezza Yusof dengan sekali lafaz pada kira-kira pukul 1 petang Sabtu.

Majlis akad nikah pasangan sama cantik sama padan ini berlangsung secara tertutup di Masjid Negara, Kuala Lumpur mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Remy dan Ezza atau nama sebenarnya Roszaliza Yusof pernah mengikat tali pertunangan pada 2017, namun ikatan perhubungan mereka putus pada 2019.

Bagaimanapun, hubungan mereka dikatakan kembali pulih tahun ini selepas Remy membuat kejutan meraikan hari jadi Ezza di sebuah restoran.

PATAH hati, kecewa dengan imoji ‘broken heart’ antara yang ditinggalkan peminat di Instagram milik pelakon Remy Ishak sejak malam Khamis.

Pengumuman Remy untuk menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihan iaitu Ezza Yusof nampaknya memberi kesan kepada segelintir peminat pelakon filem Pulang itu.

Walaupun ada yang kecewa, ramai juga yang memberi sokongan dan mendoakan majlis perkahwinan pada Sabtu ini berjalan lancar.

“Saya baca berita, tahniah crush. Tak sangka dia dah nak kahwin, sedihnya.

Antara komen peminat (kiri) dan status Ezza.

“Saya kecewa, terngiang-ngiang dia nak nikah Sabtu ni. Tapi saya tetap minat Remy. Wife tolak tepi.

“Tahniah… 21 Ogos ni hari patah hati. Saya minat sangat abang Remy,” demikian antara komen netizen.

 

Kredit: sinetronmalaya

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

Sumber: ceritaartismalaysia

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *