Uncategorized

Isu Guru Diasingkan Ke Dalam Stor Zink, Sekali Rita Rudaini Masuk Komen

Video seorang guru mendakwa dia diasingkan pihak sekolah di sebuah bilik simpanan (stor) tukang cuci yang tular di media sosial mendapat pelbagai reaksi netizen.

VIdeo berdurasi sekitar tiga minit itu menjadi tular pada aplikasi TikTok yang dimuat naik pemilik akaun bernama Asda Yanti Mh sejak semalam dan sudah mencecah 1.2 juta tontonan sehingga kini.

Guru salah sebuah sekolah menengah di Ipoh tersebut dipercayai diasingkan pihak sekolah ekoran beliau belum menerima suntik4n 4ksin.

Video berkenaan memaparkan pendidik tersebut meluahkan rasa kesal atas layanan yang diberi pihak sekolah terhadapnya.

Pada mulanya dia ditempatkan di stor pendidikan jasmani, namun ditukarkan ke stor tukang cuci atas alasan ia merupakan kawasan laluan serta mempunyai banyak peralatan sukan.

Katanya, bilik setor tukang cuci tersebut hanya mempunyai meja serta kipas namun tidak mempunyai kerusi serta plug untuk menggunakan komputer riba dan sebagainya.

“Dinding bilik diperbuat daripada zink jadi saya masuk sekejap dan tidak tahan kerana sangat panas.

” Jadi sekarang saya duduk di dalam kereta ambil sedikit penghawa dingin sebab bilik itu terlalu panas dan tidak layak diduduki,” katanya.

Sementara itu, rata-rata netizen memberi maklum balas langkah diambil lihak sekolah itu adalah bagi melindung pelajar dan guru yang sudah div4ksin.

Ada juga yang menasihati guru berkenaan untuk menerima suntik4n v4ksin demi keselamatan semua serta keselesaan guru tersebut.

Bagaimana pun ruang komen berkenaan telah ditutup pemilik akaun terbabit setakat pukul 12 tengah hari tadi

Video:

“Dah Dua Dos Pun Goyang Dengan Cikgu Tak V4ksin Ke?” – Rita Rudaini Komen Isu Guru Diasingkan Ke Dalam Stor Zink

Sebuah video viral seorang lelaki mengakui dirinya guru yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan St Michael, Ipoh, Perak mencuri perhatian pelakon Rita Rudaini.
Lelaki bernama Hafizan dalam video tersebut mendakwa dia diasingkan oleh pihak sekolah dan perlu menjalankan kerjanya dalam sebuah stor zink yang tidak selesa

Rita berkongsi video tersebut di ruangan Instagram Story beserta pandangannya.

“Aik? Dah kena dua dos pun goyang dengan cikgu tak v4ksin ke cik pengetua dan cikgu-cikgu lain?

“Nanti mati pegang bendera putih,” tulisnya.

Dalam video berkenaan, Hafizan juga mendakwa diberikan stor Pendidikan Jasmani pada mulanya namun disebabkan banyak barangan dan kawasan laluan, dia ditukarkan ke stor zink yang panas itu.

Sementara dalam perkongsian sebelumnya, Rita menasihati golongan yang telah menerima v4ksinasi lengkap untuk berdisiplin dan telus selain mendapatkan dos penggalak bagi yang telah menerima temu janji.

“Korang yang dah fully vaccinated please la disiplin dan telus, jangan la ketegaq…

“Kes dah naik ni sebab korang ingkar temujanji booster,” tulisnya menerusi Instagram Story.

Rita turut menyertakan foto tangkap layar kenyataan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin (KJ) yang mengatakan kadar kemasukan ke hospital sudah meningkat.

Dalam kenyataan sama, KJ turut menasihati orang ramai yang sudah menerima temujanji dos penggalak untuk pergi mendapatkannya.

Terdahulu, Rita pernah menjadi bualan hangat netizen apabila berkongsi amalan merebus bunga cengkih di kediamannya.

Selain itu, Rita juga selesa digelarkan sebagai prosafe dan bukannya antiv4ksin kerana dia sendiri pernah mengambil v4aksin lain sebelum ini.

 

Sumber : Kosmo Online!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *