Uncategorized

“Itu realiti pengalaman saya” – Tervk Dikec4m Isu ‘Isteri Beli Beras’, Aishah Tampil Beri Penjelasan

PERKONGSIAN penyanyi Aishah tentang pengalamannya sebagai seorang isteri yang bertanggungjawab membeli beras untuk keluarga mengundang rasa kurang senang banyak pihak.

Kata Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin, 57, dia menerima banyak teguran dan cac1an daripada pengikut media sosial kerana mendakwa bertindak membuka a1b bekas suami.

“Relax… saya sebut begitu kerana ia betul-betul terjadi. Bagi saya ia tak aib apa pun.

“Itu realiti pengalaman saya dan saya percaya ianya realiti ramai kaum wanita lain. Tak payah bertubi-tubi DM (direct message) nak m4ki h4mun saya,” katanya.

 

Aishah berkongsi kegembiraan apabila menerima hadiah aksesori tangan jenama Pandora daripada anak sulungnya.

Sebelum ini penyanyi lagu Janji Manismu ini berkongsi kegembiraan apabila menerima hadiah aksesori tangan jenama Pandora daripada anak sulungnya, Armand Azhari pada ulang tahun kelahirannya yang ke-57.

Malah pada perkongsian yang sama Aishah berkata sepanjang kehidupannya bergelar seorang isteri, dia tidak pernah ‘dimanjakan’ dengan pemberian hadiah daripada orang tersayang.

Saya tidak pernah merasa hidup sebagai seorang isteri yang dimanjakan dengan hadiah-hadiah. Seumur hidup saya la isteri yang membeli beras

AISHAH

PENYANYI

“Saya tidak pernah merasa hidup sebagai seorang isteri yang dimanjakan dengan hadiah-hadiah. Seumur hidup saya la isteri yang membeli beras,” tulisnya.

Rata-rata netizen terkejut dengan perkongsian berkenaan namun mendoakan agar Aishah diberikan kebahagiaan dan kesihatan yang baik.

Pada 2017 Aishah memaklumkan dia sudah sudah kembali berumah tangga selepas enam tahun bercer41 dengan suami ketiganya iaitu pada 2011.

Aishah mengakui tidak tinggal sebumbung dengan suami sejak empat bulan lalu selepas lima tahun melayari bahtera rumah tangga.

Menerusi perkahwinan terdahulu Aishah dikurniakan dua orang cahaya mata.

Hasil perkahwinan pertama dia dikurniakan Armand Azhari, 28 dan perkahwinan kedua dikurniakan Azhad Ahlami, 23.

Pada penghujung November tahun lalu, Aishah mengakui tidak tinggal sebumbung dengan suami sejak empat bulan lalu selepas lima tahun melayari bahtera rumah tangga.

Bagaimanapun sehingga kini tidak dapat dipastikan tentang status rumah tangga penyanyi berkenaan.

Sumber: mStar

 

Aishah Sudah Tiga Bulan Tidak Tinggal Sebumbung Dengan Suami – “Anggap Saja Antara Kami Tiada …”

Penyanyi popular Aishah mendedahkan sudah tiga bulan tidak tinggal sebumbung dengan suaminya.

Berkongsi perkara terbabit kepada Berita Harian, kata Aishah, 56, mereka bagaimanapun belum lafaz talak.

“Benar, kami sudah berpisah, cuma, talak belum dilafazkan. Kami sudah tinggal berasingan, sejak tiga bulan lalu.

“Tiada siapa berkahwin untuk bercerai. Saya juga mengimpikan perkahwinan keempat kekal hingga akhir hayat.

“Jadi, usah ditanya apa punca perpisahan ini. Saya tidak mahu menuding jari kepada sesiapa.

“Anggap sahaja antara kami sudah tiada jodoh,” katanya.

Tambah pelantun lagu Janji Manismu itu, dia perlu menceritakan perkara sebenar bagi mengelakkan timbul fitnah.

“Jika boleh saya tidak mahu kisah rumah tangga jadi tatapan umum. Namun, saya akan menerima kesannya hanya kerana saya seorang selebriti.

“Saya memang memberi sedikit bayangan menerusi hantaran dimuat naik dalam laman Instagram (IG). Mana yang tahu, tahulah…

“Pengakuan dibuat selepas saya berfikir panjang dan tidak mahu timbul fitnah jika ada melihat saya bersama lelaki lain dalam urusan kerja.

“Siapa tidak sedih melihat mahligai yang dibina berantakan. Tetapi, saya akur dengan ketentuan Tuhan,” tambahnya.

Aishah dikurniakan dua cahaya mata, Armand Azhari, 28, dan Azhad Ahlami, 23, menerusi perkahwinan pertama.

Pada 2017, Aishah pernah mengakui sudah berkahwin kali keempat namun enggan mendedahkan butiran lanjut perkahwinannya itu.

9 Perkara Tentang Aishah Yang Ramai Tidak Tahu

1. Nama sebenar Wan Aishah Wan Ariffin berasal dari Jempol, Negeri Sembilan

Mula terlibat dalam dunia nyanyian pada tahun 1983 selepas memenangi satu pertandingan talent time. Pernah merakam lagu bersama penyanyi Malek Ridzuan, kemunculan Aishah ketika itu tidak meninggalkan impak yang besar.

2. Pernah menggunakan nama Natasha Aminah

Ini mesti ramai yang tidak tahu. Satu ketika dahulu, Aishah pernah menggunakan nama samaran Natasha Aminah kerana bimbang pembabitannya dalam bidang muzik diketahui bapanya.

3. Berkelulusan dalam bidang Pendidikan Kanak-Kanak & Sains Politik

Aishah kemudian melanjutkan pelajaran di University of Auckland, New Zealand dan memiliki kelulusan dalam bidang Pendidikan Kanak-Kanak dan Sains Politik.

4. Pernah menganggotai kumpulan The Fan Club

Di New Zealand, Aishah menganggotai kumpulan The Fan Club sebagai vokalis, yang turut dianggotai penerbit dan pengkritik muzik, Paul Moss, sebagai pemain gitar.

5. Mempunyai dua album bahasa Inggeris

Bersama The Fan Club, Aishah melahirkan dua album iaitu Sensation (1988) dan Respect The Beat (1989).

6. Lagu nyanyiannya pernah menduduki carta Billboard 100

Fenomena yang dicipta The Fan Club ketika itu cukup luar biasa, dan single “Dont Let Me Fall Alone” pernah menduduki carta Billboard 100 di Amerika Syarikat, selain pernah dinobatkan sebagai Artist of the Year dalam majlis penganugerahan New Zealand Music Awards.

 

7. Rakam album bahasa Melayu pada tahun 1990

Aishah kembali ke Malaysia pada tahun 1990 dan merakamkan album berbahasa Melayu pertamanya terbitan Allahyarham Adnan Abu Hassan.

8. Lagu popular “Janji Manismu”, “Camar Yang Pulang”, “Bahtera Merdeka”

Album berjudul Aishah itu meletup dengan beberapa buah lagu seperti “Janji Manismu”, “Camar Yang Pulang”, “Bahtera Merdeka” dan “Syurga di Telapak Kaki Ibu”, yang menjadi siulan sehingga kini.

 

9. Sehingga kini Aishah memiliki 10 buah album

Sepanjang 27 tahun berkecimpung dalam bidang nyanyian, Aishah sudah melahirkan 10 buah album.

sumber: astro gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *