Uncategorized

“Ingatkan Janna Nick tadi” – Jarang ‘Expose’ Keluarga, Netizen Puji Isteri Dan Anak Yassin Senario

Nama pelawak, Yassin Yahya kembali menjadi sebutan selepas dia menyertai rancangan Gegar Vaganza musim ke-lapan bersama Saiful Apek.

Yassin yang pernah menganggotai kumpulan Senario merupakan salah seorang pelawak yang sangat berbakat. Memang tak kering gusilah kalau dorang buat lawak.

Apa yang pasti, Yassin jarang sekali mendedahkan keluarganya di media sosial. Sehinggakan ada yang menyangkakan Yassin ‘bujang terlajak’.

Di TikTok, viral rakaman video memaparkan Yassin menari bersama keluarga kecilnya. Rata-rata memuji isteri dan anak Yassin yang sangat comel.

 

Di ruangan komen, ada netizen berkata ini merupakan kali pertama dia melihat isteri dan anak Yassin. Netizen tak sangka isteri Yassin memiliki wajah cantik persis pelakon Janna Nick.

 

     

Memang ramailah yang puji isteri dan anak Yassin ni. Sehingga kini, video TikTok tersebut telah mendapat lebih 1 juta tontonan. Selain isteri dan anak, netizen turut terhibur melihat aksi Yassin seperti menampar ‘nyamuk’ di belakang.

Walaupun Dikenali Ramai Tapi Tak Pernah Rasa Hidup Mewah. Yassin Mendedahkan Cerita Zaman Kegemilangan.

Mencipta kenangan indah bersama kumpulan Senario selama empat tahun sebelum digugurkan kerana kes kontroversi sekitar tahun 2002, pelawak, Yassin Yahya, mendedahkan, dia tidak pernah berasa rugi andai didakwa tidak sempat benar-benar meraih kekayaan ketika itu.

Malah, kata Yassin, 43, hakikatnya, setiap anggota Senario ketika zaman kegemilangan mereka bermula 1996 juga tidaklah hidup terlalu mewah sepertimana yang disangka orang.

“Dari dulu, saya dan anggota Senario yang lain menjalani kehidupan yang biasa, macam orang lain juga. Tak bermewah-mewah. Kami dulu pun hanya bekerja, bukan memiliki semua keuntungan kumpulan Senario itu sendiri disebabkan mengikat kontrak dengan Syarikat Pengurusan Ambang Klasik.

“Sekarang, sejak membuat kemunculan semula pada tahun 2017, Senario kini sudah berdiri di atas kaki sendiri.

“Jadi sebarang projek berkaitan memang kami sendiri yang uruskan termasuk dalam memberi buah fikiran dan sebagainya,”katanya dalam sidang akhbar pelancaran Kafe Sudirman di Hotel EDC, Chow Kit, di ibu kota, baru-baru ini.

Selain itu, kata Yassin, dia sentiasa berasa bangga kerana berpeluang mencipta kejayaan dan populariti bersama kumpulan Senario meskipun ketika itu pernah hanyut dengan kontroversi.

Bagaimanapun, katanya, semua pengalaman sama ada baik atau buruk tetap dianggap sebagai satu pengajaran serta pelajaran hidupnya.

Waktu muda kita belajar dan sampai sekarang pun saya masih belajar. Tak ada istilah rugi. Untung saja.

Bukan senang nak jadi anggota Senario waktu itu. Pernah juga terfikir, kenapa aku ya? Sedangkan ramai lagi pelawak lain tapi mungkin formula yang saya gunakan atau buat dan ikut saja apa mereka suruh maka lawak itu menjadi.

“Saya tak pernah tanya soal gaji dan anggap apa saja rezeki yang datang waktu itu adalah dari Allah SWT. Bukan setakat buat lawak-lawak saja, tapi saya anggap semua itu satu kerja,” katanya.

Dalam pada itu, Yassin juga mengulas mengenai zaman dirinya terduduk dek kontroversi namun tetap positif untuk terus bangkit tanpa berkecil hati andai ada yang menyingkap kisah pahit tersebut.

Ini kerana, kata Yassin, adakalanya kontroversi itulah yang mematangkan seseorang artis dan baginya tidak mengapa.

“Tak mengapa ada kontroversi dan saya sendiri rasa diri perlu sentiasa ditegur dengan kritikan yang membina. Kalau tidak, jalan kita akan lebih merapu. Tak semestinya sesebuah kontroversi itu untuk menjatuhkan, ada juga yang membantu menaikkan artis itu.

“Cuma, kontroversi dulu dengan sekarang berbeza. Sekarang lebih banyak yang tak dapat dikawal sebab semuanya dari warganet. Kiranya, mereka ini seakan lebih dulu dapat tahu dan sebagainya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Kredit: TikTok @puteriwarda17

Sumber:OhMedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *