Uncategorized

“Cantikk, Sedap Pula Tu Nyanyi..” (Video) Dulu Main Dram , Sekarang Suara Amira Pula Jadi Perhatian

Siapa sangka, kanak-kanak perempuan yang dulu terkenal dengan kebolehannya bermain dram sebenarnya memiliki suara merdu.

Pemilik nama sebenar, Nur Amira Syahira menerima pujian warga maya selepas memuat naik video nyanyian semula lagu Gelora yang dipopularkan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan biduanita Allahyarhamah Puan Sri Saloma.

Amira tidak hanya mencabar diri menyanyikan semula lagu-lagu terkini seperti Reckless dan The Show, tetapi juga cuba mendendangkan lagu klasik.

Selalu berkongsi video nyanyian semulanya di YouTube, gadis berusia 19 tahun itu juga sudah pernah mendendangkan lagu Malam Bulan Dipagar Bintang dan Malam Ku Bermimpi dengan cara tersendiri.

Berani mencuba cabang seni lain, Amira tampil dengan lagu baharu berjudul Apa Khabar Sayang. Naskhah hasil sentuhan Adi Priyo itu bagaimanapun belum berjaya membuka ruang untuk dirinya bertapak kukuh dalam indsutri seni suara.

Terdahulu, Amira pernah menjuarai pertandingan Ceria All Stars musim pertama pada 2016.

Dia kemudian selalu menerima jemputan bagi memeriahkan sesebuah majlis yang adakalanya membabitkan negara luar.

Secara tidak langsung, bakat Amira turut mendapat perhatian dari negara luar antaranya Indonesia, Singapura, Kanada dan Amerika Syarikat.

Peminat yang tidak pernah berhenti menyokong kerjaya seni Amira berharap agar gadis itu terus bersinar sehingga lebih ramai menyedari bakat dimilikinya.

Siapakah Nur Amira Syahira, Tarikh Lahir Nur Amira Syahira, Berapa Umur Nur Amira Syahira, Adik Beradik Nur Amira Syahira dan Gambar Terkini Nur Amira Syahira.

Nur Amira Syahira atau nama panggilan Amira (lahir 25 April 2003 di Pulau Pinang) ialah seorang pemain dram, pengacara, penyanyi dan pelakon di Malaysia.

Beliau juga sedang menempah nama di peringkat antarabangsa dengan pencapaiannya di pertandingan HitLikeAGirlContest dan di laman YouTube.

Beliau mula belajar bermain dram di Internet dan belajar dram dengan hanya melayari laman YouTube

Penglibatan Awal 

Beliau bermula bermain dram seawal usia 8 tahun pada tahun 2011 dengan hanya belajar bermain dram atas talian dan melayari laman YouTube.

Malah Nur Amira Syahira juga tiada guru dram dan tidak pernah ke kelas muzik. Sejak dari umur 8-Tahun Nur Amira Syahira telah kembangkan bakatnya dengan merekodkan dram cover ke laman YouTube dan dapat mempelajari skil dram dari jaguh-jaguh pemain dram di seluruh dunia.

Sumber:newzpower

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *