Uncategorized

“Stop Burukkan Family Orang Lain” – Kawan Dan Isteri Fizo Akhirnya Buka Mulut

Semalam, Fizo Omar telah pun menafikan dakwaan bahawa pihaknya dan isteri mengabaikan Wan Maryam ketika bercuti di sebuah taman tema baru-baru ini.

Bagaimanapun, Mawar Karim belum mengulas lanjut tentang sekeping gambar memaparkan Maryam bersendirian yang dikirim oleh seorang individu dipercayai turut berada di taman tema tersebut.

“Stop Burukkan Family Orang Lain, Gambar Tu Timbulkan Fitnah” – Kawan Fizo Omar

Terbaru, Dr. Hannan Yusof menerusi hantaran terbaru di Instagram berharap semua pihak agar berhenti burukkan keluarga Fizo Omar.

Foto yang memaparkan Maryam seorang diri ketika bercuti yang dikirim oleh seseorang kepada bekas isteri rakannya itu diakui menimbulkan banyak fitnah, kononnya sebab nak honeymoon dengan isteri baharu.

 

Beliau turut mempersoal netizen adakah Fizo Omar pernah membuat sebarang kenyataan buruk terhadap bekas isterinya selama mereka berpisah.

Hal ini kerana dia cukup menghorm4ti statusnya sebagai ibu Maryam, justeru perkara sedemikian sama seperti mengaibkan anak sendiri juga.

Selain itu, Dr. Hannan menegaskan bahawa adalah tidak logik untuk kanak-kanak berusia 5 tahun tersebut dibiar bersendirian tatkala seisi keluarga Fizo turut datang bersama.

 

Dr. Hannan bagaimanapun jelaskan bahawa dirinya bukan mahu campur urusan rumah tangga mereka, cuma tidak boleh berdiam lagi apabila Maryam turut ‘terheret’ sekali dalam spekulasi tidak benar tersebut.

Justeru itu beliau berharap netizen tidak sibuk dengan urusan keluarga mereka, sebaliknya titipkan doa yang baik-baik saja.

“Jgnlah Terus ‘Bantai’..” Isteri Fizo Omar Mula Buka Cerita Sebenar Penerimaannya Terhadap Anak Tiri

“Maryam sangat rapat dengan saya, tidak logik jika saya sanggup tinggalkan dia seorang diri.”

Demikian respon pelakon dan usahawan Fizo Omar selepas didkwa mengabaikan anaknya, Wan Maryam, 5, ketika bercuti di sebuah taman tema di Johor Bahru, Johor baru-baru ini.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 36, memberitahu kesemua permainan di taman tema tersebut direka khusus untuk kanak-kanak dan sememangnya tidak masuk akal jika anaknya dibiarkan bersendirian.

“Saya bawa anak ke taman tema tersebut yang sememangnya tempat kanak-kanak dan logik ke kalau nak tinggalkan dia seorang diri

“Kami pergi ke sana seramai tujuh orang dan masuk akal ke kalau dia dibiarkan seorang diri, manakala kami semua slbuk bermain?” katanya.

Enggan mengeruhkan lagi keadaan, Fizo menegaskan tidak akan membalas sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas isterinya bagi mengelakkan lebih banyak salah faham.

FIZO juga yakin hubungan antara isterinya, Fazeera dan Maryam juga sangat baik.

Pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa berkenaan juga berharap orang ramai khususnya netizen tidak terus mengecam dan memberinya ruang yang sepatutnya kepada bekas isterinya, Mawar Karim.

“Itu sajalah jawapan saya dan tak mahu membalas mana-mana kenyataan pihak lain.

“Jadi, rasa-rasanya orang pun tahu menilai dan saya sendiri tidak sempat nak lihat media sosial, ada juga mendengar orang bercakap mengenai hal ini serta ramai juga netizen memberi pandangan. Terima kasih untuk semua pandangan dan nasihat yang diberikan.

“Saya maafkan dia dan mohon netizen tldak menghentam dan terus menghkum dia, mungkin kerana terlalu beremosi,” ujarnya.

Terbaru, Fazeera memuat naik satu video ke Instagram yang memaparkan detik bercuti dengan keluarganya di taman tema itu.

The happiest person is the person who appreciates everything around them. I gratitude for every moment in my new journey of life. I’m so content and grateful for having all the new family members especially Maryam. I seldom post about my personal life especially about own family but it does not measure how much I love them! Thanks @legolandmalaysia for having us so that our family can get bonded while enjoying our joyful moment to be kept in the memory. Bookending the moments of our underwater dinner together with my beloved husband and endearing daughter!

Melalui kapsyen pula, dia meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan ramai ahli keluarga baru selepas berkahwin dengan Fizo Omar terutamanya Maryam.

Walaupun dia akui jarang berkongsi tentang kehidupan peribadi terutamanya melibatkan keluarga ke media sosial, namun ia bukanlah mengukur kasih sayangnya terhadap mereka.

Terbaru, Fazeera memuat naik satu video ke Instagram yang memaparkan detik bercuti dengan keluarganya di taman tema itu.

Melalui kapsyen pula, dia meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan ramai ahli keluarga baru selepas berkahwin dengan Fizo Omar terutamanya Maryam.

Walaupun dia akui jarang berkongsi tentang kehidupan peribadi terutamanya melibatkan keluarga ke media sosial, namun ia bukanlah mengukur kasih sayangnya terhadap mereka.

Turut meleraikan persoalan ramai, anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu menjelaskan hubungan Maryam dengan isterinya, Fazeera Nazri Aziz sangat rapat.

“Sebagai bapa, saya tidak akan abaikan anak sendiri sedangkan Maryam sangat rapat dengan saya. Saya nak ke tandas pun dia nak ikut saya.

“Dia juga sangat rapat dengan isteri saya, Fazeera Nazri Aziz yang dipanggil sebagai ummi.

“Jadi benda ini pun memang tak maksud akal dan itu pandangan dia, apapun janganlah terus menghentam dia,” katanya lagi.

Terdahulu, Mawar memuat naik beberapa hantaran InstaStory memberi bayangan percutian anaknya bersama Fizo tidak seindah yang ditunjukkan dalam media sosial.

Paling mencuri perhatian ialah apabila Mawar menerima sekeping gambar daripada seorang individu memaparkan Maryam dilihat berdiri bersendirian di taman tema tersebut.

Tidak terhenti di situ, dia turut meluahkan rasa kecewa dan risau apabila Maryam menyebut perkataan sad (sedih) selepas pulang bercuti dengan bapanya.

Untuk rekod, Mawar mendirikan rumah tangga bersama Fizo pada November 2013 sebelum disahkan bercerai pada 10 Julai 2019.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Maryam.

Sementara, Fizo kembali mencuri perhatian umum apabila mengumumkan selamat mendirikan rumah tangga dengan Fazeera yang juga seorang bekas pramugari pada 21 Oktober 2021 di Janda Baik, Pahang.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *