Uncategorized

Ser4m! Penonton nampak kelibat misteri dalam MV Baby Shima, sampai terpaksa panggil ustaz

VIDEO muzik (MV) lagu terbaharu Baby Shima berjudul Bak Zaman duet bersama Fairuz Misran menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial.

Ini selepas penonton mendakwa melihat kelibat dan bayangan misteri dalam MV tersebut yang dimuat naik di laman YouTube sejak Selasa.

Shima atau nama sebenar Nor Ashima Ramli, 29, berkata dia terkejut apabila dimaklumkan oleh peminat mengenai bayangan misteri yang dilihat dalam MV berkenaan.

Video

 

Sejujurnya saya pun terkejut apabila tiba-tiba pengikut cakap nampak jelmaan dalam MV itu, saya pun tak pasti dekat minit ke berapa muncul bayangan itu.

“Saya muat naik sedutan MV itu di TikTok malam Selasa, terus jadi seram bila orang komen bercakap mengenai perkara itu… sampai trending video itu di laman tersebut.

shima 4

Shima terkejut penonton maklumkan melihat jelmaan misteri dalam MV lagu baru.

“Saya dan pengurusan tonton semula MV itu dan cari mana jelmaan yang dikatakan itu, kami pun hairan macam mana ada orang nampak bayangan misteri itu, mungkin pandangan orang berbeza,” katanya kepada mStar.

Sebelum itu, menerusi TikTok, pengikut memaklumkan melihat jelmaan misteri seakan-akan bayangan seorang wanita dalam MV lagu terbaharu nyanyian Baby Shima itu.

Video

“Seram nampak macam bayang-bayang di dinding itu, tengok belah kanan sekali. Adakah itu jelmaan?

Alhamdulillah semuanya selesai dengan baik. Cuma tak sangka selepas MV dah siap timbul pula isu ini.

BABY SHIMA

PENYANYI

“Ada benda yang nak menyelit sekali… seelok-eloknya Baby Shima amalkan membaca doa sebelum memulakan apa-apa kerja supaya tak ada yang menumpang.

“Kenapa aku nampak bayangan dalam MV ni tapi korang kata tak ada? Serius seram masa tengok bahagian tu,” tulis netizen di ruangan komen.

Dalam pada itu, Baby Shima turut berkongsi pengalaman mistik yang dilalui olehnya dan produksi ketika penggambaran MV tersebut pada hujung tahun lalu.

shima 2

Lagu terbaharu Baby Shima bersama Fairuz Misran berjudul Bak Zaman trending di YouTube.

Cerita Shima, beberapa orang kru turut menerima gangguan hingga terpaksa mendapatkan bantuan ustaz.

“Sebenarnya semasa penggambaran ada sedikit gangguan di mana jurumekap dan produser mengalami gangguan sampai terpaksa panggil ustaz untuk pulihkan kawasan.

“MV itu menjalani penggambaran di sebuah tapak kilang di Puchong. Selesai penggambaran pengarah kami demam tapi Shima tiada apa-apa masalah cuma terasa seram sebab shooting dari pagi sampai malam.

“Alhamdulillah semuanya selesai dengan baik. Cuma tak sangka selepas MV dah siap timbul pula isu ini,” ujarnya.

Sedutan MV Bak Zaman yang dimuat naik di aplikasi TikTok itu mendapat lebih 3.5 juta tontonan dalam masa 10 jam.

MV penuh di saluran YouTube Rusa Music pula menerima lebih 100 ribu tontonan dalam masa sehari.

 

Sumber:mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *