Uncategorized

“Lepas ni boleh amik bini sendiri laa” -Usop Bersama Gadis Pilihan Hati Jadi Perhatian, Ramai Puji!

Muhammad Saiful Naim bin Muhammad Noor atau lebih dikenali dengan panggilan Usop adalah salah seorang penyanyi yang memiliki suara cukup padu. Personalitinya yang kadang kala mencuit hati dan merendah diri membuatkan dirinya cukup disenangi ramai.

Tahun lalu lagi riuh diperkatakan ramai apabila Usop mengumumkan sudah pun bertunang dengan seorang gadis. Memang cantik betul orangnya yang menjadi pilihan hati Usop ini!

Malah baru-baru ini satu perkongsian video yang dimuat naik oleh penyanyi ini menerusi laman TikTok miliknya telah mencuri perhatian ramai. Dalam rakaman tersebut dipaparkan Usop bersama gadis pilihan hatinya.

Berikut adalah perkongsian video Usop bersama gadis pilihan hati yang dimuat naik menerusi sosial media milik penyanyi tersebut:

Video

 

Perkongsian video Usop bersama gadis pilihan hati ini telah meraih lebih 358 ribu tontonan dan 22 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai rakaman ini di ruangan komen seperti berikut:

“Hang jaga elok2 laa Ucop oiii…Bukan senang nak dapat hat elok2 la ni..Semoga bahagia dunia akhirat Ucop”

Usop Dan Insan Tersayang 2

“Cantik sangat memang boleh jadi model Usop”

Usop Dan Insan Tersayang 4

“Untung Usop dapat wife cantik sangat”

Usop Dan Insan Tersayang 3

“Terbaik..Baik amek bini sendiri bang Ucop..Bini pown lawa haa…Btw abang rays punya shoot memang lawa”

Usop Dan Insan Tersayang 1

Terdahulu,menjelang hari bahagia pada Februari depan, penyanyi Usop yang terkenal sebagai seorang yang kelakar mula berubah sikap menjadi pemarah.

Akui bimbang dengan hal itu, Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Mohd Nor, 24, berkata perubahan itu mula dirasai sejak bertunang dengan Nur Fatihah Md Hashim pada 4 November lalu.

“Dulu saya ni bukan seorang yang panas baran, tetapi apabila sudah bertunang ni tak tahu kenapa selalu panas hati.

“Tetapi kena kawal la sebab bagi pendapat saya… apabila kita nak menghalalkan hubungan dengan seseorang, waktu itu la banyak dugaan datang.

 

Usop memberitahu dia bukanlah seorang yang pemarah.

“Kita sebagai pasangan kena banyak bersabar dan bertolak ansur. Sebab nak berkahwin ni bukan untuk sehari dua tetapi selama-lamanya,” katanya kepada mStar.

Usop ditemui selepas konsert minggu keenam Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada malam Ahad.

Dalam pada itu, Usop memberitahu kehadiran Fatihah dalam hidupnya banyak memberi perubahan daripada segi penampilan dan pembawakkan diri.

Ujar Usop, tunangnya banyak mengajar untuk memperbaiki diri lebih-lebih lagi apabila menjadi seorang selebriti.

“Fatihah banyak menegur saya, dulu penampilan saya selekeh berbanding sekarang. Dia kata saya kena menjaga penampilan sebagai seorang artis dan saya pun mula berubah sikit-sikit.

“Lepas tu kadang-kadang saya ni jenis blur. Jadi apabila saya ada slow je Fatihah akan tegur cakap tak boleh macam itu dan ini, dia banyak mengajar saya juga,” katanya.

 

Hampir kesemua urusan menjelang perkahwinan Usop dan Fatihah sudah dilaksanakan.

Sementara itu, penyanyi lagu Selamanya ini bersyukur segala persiapan sebelum bergelar raja sehari telahpun dilaksanakan dengan sempurna.

“Alhamdulillah, persiapan sudah siap 85 peratus. Semuanya hampir selesai termasuk urusan dengan pejabat agama dan ujian HIV… jadi bab itu saya dah lega.

“Tinggal sikit je lagi benda nak kena buat. Orang kata tinggal menunggu hari ijab kabul sahaja,” ujarnya.

Setelah dua tahun menjalinkan hubungan persahabatan, pasangan ini mengadakan majlis pertunangan secara tertutup di sebuah dewan berdekatan kediaman keluarga Fatihah terletak di Sungai Dua, Butterworth, Pulau Pinang pada 4 November lalu.

Usop dan Fatihah bakal mendirikan rumah tangga pada Februari 2022.

 Sumber:hcl

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *