Uncategorized

“Siksa betol tengok Aaron angkat kaki, jarang hero bulat”- Netizen

Jika disebut tentang pelakon berbakat Aaron Aziz, pasti anda terbayang lakonan aksi Aaron menerusi filem atau drama tempatan.

Setiap lakonan jejaka yang berasal dari Singapura ini sememangnya memikat hati penonton sehingga kini. Mana tidaknya, lakonan Aaron cukup hebat dan tak disangkal lagi.

Apa saja watak yang dilakonkan, pasti mampu dihayati olehnya. Terbaik Aaron.

Mengikuti perkembangan Aaron, beliau masih aktif berlakon dan bakal muncul sebagai watak utama menerusi drama terbaru Takdir Cinta Dhia. Drama tersebut juga, Aaron bakal berganding bersama barisan pelakon hebat iaitu Elvina Mohamad, Shah Jaszle dan lain lain lagi.

Baru-baru ini, salah satu babak aksi Aaron telah menerima perhatian daripada netizen.

Setelah sekian lama Aaron tidak muncul sebagai watak utama, kali ini Aaron tampil dan penampilannya mengejutkan ramai netizen.

Penampilan Aaron yang terkini kelihatan lebih berisi berbanding sebelum ini. Namun masih hebat berlakon seperti dahulu.

Penampilan terbaru Aaron telah dikongsi oleh rakan sekerjanya iaitu Elvina sendiri menerusi posting video di Instagram.

Tekan link di bawah untuk video

https://www.instagram.com/reel/CY3pZ3CIb-v/?utm_medium=copy_link

Video tersebut menunjukkan salah satu babak aksi Aaron sebagai hero menyelamatkan Elvina menerusi drama terbaru mereka. Walaupun Aaron dilihat semakin berisi, lakonannya jarang sekali mengecewakan.

Ramai netizen menerusi ruangan komen cukup teruja dan tidak sabar untuk melihat drama terbaru lakonan Aaron yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Sementara itu, video dikongsi Elvina telah menerima 265,000 tontonan dan 19,000 tanda suka.

“Aaron dah berisi sekarang, Malik dah tak larat mana dah tu nak bertmb0k, zaman kl gster padu”- Netizen

 

Sumber : https://kdnews.site/

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *