Pentas akhir program ‘MSYH’ menyaksikan anak Allahyarham Mr. Os, iaitu Dewa diangkat sebagai pemenang sekali gus diserap menjadi ahli terbaru kumpulan Sepahtu.
Selain itu, kemunculan Shuib selaku juri undangan di round kedua juga seolah-olah mengubati rindu peminat selain rancak bergurau senda dengan Jep Sepahtu.
Penonton jelita di belakang curi tumpuan setiap kali Shuib komen
Di sebalik kemeriahan rancangan live tersebut, tak semena-mena seorang penonton jelita di belakang Shuib pula jadi tumpuan ramai.
Setiap kali usahawan dan pelawak itu memberi komen kepada para finalis, kelibat wanita berbaju putih berkenaan pasti akan terakam sekali oleh lensa kamera
Selesai program tersebut, wanita berkenaan juga sempat bergambar dengan barisan artis yang berada di sana seperti Ramona Zam Zam, Datin Lisa Surihani, Ebby Yus dan ramai lagi.
Malah tak sampai sehari, video dikongsi oleh pemilik akaun @syazana59 ini menjadi tular di aplikasi TikTok dan meraih ramai pengikut baru susulan penampilannya di kaca TV semalam.
Video
Paling tak disangka-sangka, netizen yang sempat menyaksikan ‘MSYH’ secara live semalam mendakwa lirikan mata Syazana persis isteri Shuib, iaitu Allahyarhamah Siti Sarah.
Walau bagaimanapun, peminat setia pasangan selebriti itu berharap agar warganet berhati-hati memberi komen agar tidak membandingkan kedua-duanya.
Seperti semua sedia maklum satu pertandingan lawak yg diberi nama Mencari Sepahtu Yang Hilang adalah untuk mengisi 1 slot di dalam Sepahtu Reunion Live.
Pelbagai individu dan berkumpulan dari seluruh pelusuk negara datang untuk mencuba nasib dan mempertengahkan bakat komedi mereka.
Semalam berakhirlah rancangan tersebut dan pemenangnya adalah dari kumpulan Arteh
Program Mencari Sepahtu Yang Hilang 2021 telah berlangsung selama 8 minggu menampilkan 12 peserta yang terdiri daripada kumpulan, duo dan peserta solo.
Ditayangkan pada setiap hari Khamis bermula 2 Disember 2021 yang lalu bersiaran pada jam 9.00 malam di Astro Warna.
SHUIB BUAT KEJUTAN TAPI KENA BAHAN DENGAN JEP PLAK
Siapa lagi kalau bukan anggota kumpulan Sepahtu yang sedang mengambil keputusan berehat dari industri seni iaitu Shuib Sepahtu.
Kehadirannya jelas membuatkan sahabat-sahabatnya terutamanya Jep mengukir senyuman tatkala Shuib menghampiri kerusi juri.
Shuib yang hadir pada segmen kedua membuatkan studio gamat dengan sorakan kerana ramai yang mengakui rindu akan kehadirannya bersama Sepahtu lagi.
JEP SIAP NYANYI
Tak hanya itu, Jep juga sempat menyanyikan lagu ‘I Want You’ milik Datuk Seri Vida yang pernah trending satu ketika dahulu sewaktu Shuib sedang memberikan komen kepada finalis yang bertanding.
Walau bagaimanapun, mereka tetap profesional dan masing-masing lebih fokus kepada memberikan komen kepada para peserta.
Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah tindakan spontan Jep yang menyakat Shuib dengan membuatkan gerakan seperti gaya usahawan kosmetik, Datuk Sri Vida telah mengundang tawa ramai.
FULL VIDEO
Artikel: AwatttSyeikhh Network/viral.my
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: