Uncategorized

““Come on, tak perlu berselindung di sebalik nama S.A.M.” – Mawar Karim Beri Amaran Kepada Individu Digelar Sebagai “S

Usahawan Mawar Karim meluahkan rasa kesal terhadap seorang individu yang didakwa mahu sabotaj kehidupan dan perniagaannya.

Beri Amaran Kepada Individu Yang Digelar Sebagai “S”

Menerusi Insta Stories, Mawar tampil bersuara kepada seorang individu yang digelar sebagai “S” agar tidak terlalu gigih menghasilkan akaun TikTok palsu semata-mata untuk menjatuhkan reputasi dan perniagaannya.

“Kepada S, tak perlu gigih upah create TikTok fake account semata-mata nak sabotage life, business, personal, reputasi saya, keluarga & orang yang tiada kaitan.”-Mawar Karim

“Jangan Jadi Penunggang Agama”

Tambahnya lagi, Mawar turut memesan individu tersebut untuk menjadi orang yang profesional dan bukan penunggang agama.

“Jadilah manusia yang profesional, bertauliah. One more jangan jadi penunggang agama atau munaflk.”-Mawar Karim

Via Instagram Mawar Karim

Orang Ramai Akan Tahu Siapa Individu “S” Yang Sebenarnya

Via Instagram Mawar Karim

Ibu kepada seorang cahaya mata ini sempat memberikan amaran kepada individu berkenaan untuk tidak berselindung kerana suatu hari nanti orang ramai akan tahu siapa sebenarnya orang yang dikenali sebagai “S” itu.

“Come on, tak perlu berselindung di sebalik nama S.A.M. One day orang akan tahu siapa awak & APA KEGIATAN YANG AWAK JALANKAN.

Selama ini saya diam, diugut macam-macam. Kita serah pada pihak berkuasa. Kita kan nak jumpa di mahkamah nanti, Malaysia ada undang-undang.”-Mawar Karim

Terdahulu, Mawar Karim pernah bersuara mengenai individu digelar sebagai “S”  yang tidak berhenti melemparkan fitnah terhadapnya. Malah, dia turut menyifatkan isu yang tular mengenainya yang dilakukan oleh individu tersebut adalah untuk memalukan dirinya

Terdahulu, Timbul Dakwaan Mawar Karim Melarikan Diri Dari Seseorang Untuk Bayar Hut4ng, 

GARA-GARA ingkar perjanjian dan tidak membayar wang pinjaman berjumlah RM720,000 daripada seorang sahabat, usahawan Mawar Karim bakal berdepan tindakan pengisytiharan bankrap.Usahawan berusia 33 tahun itu dikatakan meminjam wang dengan jumlah tersebut daripada seorang kenalan bernama Nabil Mat Jahya bagi tujuan modal memulakan perniagaan.

Mengikut perjanjian bertulis antara kedua-duanya, Mawar dikehendaki membayar pinjaman itu secara ansuran atau jumlah penuh dalam tempoh tujuh bulan bermula tarikh pinjaman iaitu pada 7 Jun 2021.Menurut peguam yang mewakili Nabil iaitu Nik Zarith dari firma Mohd Ashraf Nik Zarith & Co, selepas lebih 10 bulan, bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar itu gagal untuk melangsaikan hutangnya.Justeru satu notis tuntutan bayaran dihantar kepada Mawar namun tiada sebarang jawapan.

Mawar diminta bayar semula wang yang dipinjam Pihaknya kemudian memfailkan tuntutan saman di Mahkamah Seksyen Bangi, Selangor pada Januari lalu.

“Pihak mahkamah telah pun mengeluarkan penghakiman ingkar kehadiran kerana tiada sebarang respons yang diterima daripada pihak defendan (Mawar).

“Mawar dikehendaki membayar semula wang yang telah dipinjam dan kami juga akan teruskan dengan proses garnisan iaitu tuntutan pembayaran semula dari akaun bank miliknya.Dia boleh menjawab secara terus atau melalui lantikan peguam memandangkan kes ini sudah menjadi kes mahkamah

“Jika jumlah masih tidak mencukupi, permohonan untuk pengisytiharaan bankrup boleh dilakukan atau jualan lelong harta milik Mawar,” ujarnya kepada mStar pada Selasa.Sementara itu, Zarith berkata anak guamnya tidak menerima sebarang maklum balas daripada pihak Mawar sehingga hari ini dan kali terakhir mereka berhubung adalah sekitar Oktober tahun lalu.

“Sebelum tindakan undang-undang diambil, anak guam cuba menghubungi Mawar beberapa kali namun tiada sebarang maklum balas.

“Dia boleh menjawab secara terus atau melalui lantikan peguam memandangkan kes ini sudah menjadi kes mahkamah,” jelasnya.

Biodata Mawar

1. Nama penuhnya, Mawar binti Abdul Karim. Dikenali sebagai Mawar Karim.

2. Kelahiran Pulau Pinang.

3. Berusia 30 tahun.

4. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.

5. Anak kepada usahawan perniagaan tudung, Fareeda.

6. Merupakan model dan pengacara yang juga terlibat dalam bidang keusahawanan sebagai Pengurus Pemasaran Jenama Tudung Fareeda.

7. Mendirikan rumah tangga dengan pelakon Fizo Omar pada 10 November 2013 sebelum bercerai talak satu pada 10 Julai 2019. Hasil perkongsian hidup, mereka sempat dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Wan Maryam pada 29 Disember 2017.

8. Akaun laman sosial Instagramnya yang menggunakan nama @mawar_karim sehingga kini mengumpul lebih 762,000 pengikut.

Sumber:murai

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *