Uncategorized

“Spekulasi jadi tunang Syamsul Yusof” – Ira Kazar Tampil Buat Satu Video Pengakuan.

Video di bawah artikel

Sebut sahaja nama Ira Kazar, pasti ramai ‘panas hati’ apabila anak kepada pelakon veteran, Kaizar Saisi dikatakan menjadi orang ketiga merosakkan rumah tangga pasangan selebriti, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana.

Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Binti Kazaruddin telah memaklumkan bahawa dirinya masih single sambil berbisik. Pengakuannya itu sekaligus dapat menjelaskan tentang segala spekulasi yang berlaku.

Terdahulu, Syamsul Yusof turut tampil menjawab perkhabaran terbabit dengan berkata dia sedang dalam proses untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga yang sedang dilaluinya dan memilih untuk mendiamkan diri kerana enggan menyinggungkan perasaan mana-mana pihak.

Ira Kazar masih single

Terbaru, pemilik nama Faghira Fatini Kazaruddin memaklumkan dirinya masih ‘single’ menerusi InstaStory miliknya malam tadi.

Menerusi video berdurasi lapan saat itu, Ira sebelum itu memberikan ulasan mengenai filem berjudul Black Phone yang ditontonnya baru-baru di Golden Screen Cinemas (GSC) The Starling Mall, Petaling Jaya semalam sebelum secara tiba-tiba memberi ‘hint’ tentang status dirinya kini.

“By the way, saya masih single, okey!” katanya secara ringkas.

Pendedahan wanita berusia 27 tahun itu seakan-akan tahu namanya kini sedang hangat diperkatakan orang ramai gara-gara timbulnya spekulasi menjadi tunangan kepada Syamsul Yusof.

Semalam, isteri kepada Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah Liyana memuat naik satu tangkap layar InstaStory daripada seorang individu yang mendakwa Syamsul sudah bertunang.

“Syamsul dan Ira Kaza sudah pun bertunang. Selamat bertunang, Syamsul!!!!!!!!!”dakwa individu berkenaan.

Berikutan itu, Puteri Sarah mengucapkan terima kasih kepada individu terbabit kerana memaklumkan perkara tersebut selain mengucapkan syukur sekiranya dakwaan itu benar.

“Terima kasih DM (mesej langsung) saya. Kalau betul, alhamdulillah. Jangan lupa tanggungjawab pada anak-anak,”tulis Puteri Sarah.

Bukan itu sahaja, pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof turut tampil membuat kenyataan mengenai isu tersebut dan menafikan dakwaan tersebut.

“Ya, saya tak bertunang atau berkahwin dengan sesiapa.

“Tanyalah fasal filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, asyik cerita hal dalam kain saya sahaja,”kata Syamsul apabila ditanya mengenai desas-desus berkenaan.

terdahulu,

Satu tangkap layar yang dimuat naik pelakon, Puteri Sarah mengenai kiriman mesej peribadi (DM) mengenai status suaminya didakwa bertunang menjadi perhatian netizen.

Kiriman tersebut mendakwa suaminya sudah bertunang dengan wanita yang pernah dikaitkan sebelum ini, Ira Kazar.

“Syamsul dan Ira Kazar sudah pun bertunang. Selamat bertunang Syamsul!!!,” tulis DM tersebut.

Tidak cepat melatah, Puteri Sarah bagaimanapun memberikan reaksi kepada kiriman mesej itu dengan nada positif.

Menurut Puteri Sarah, sekiranya berita itu benar maka tanggungjawab terhadap anak-anak jangan dilupakan.

Selamat bertunang Syamsul!!! salah satu komen individu tertentu dalam DM yg diterima oleh Puteri Sarah

“Terima kasih DM saya. Kalau betul, Alhamdulillah. Jangan lupa tanggungjawab pada anak-anak,” tulisnya di Instagram Story.

Sekadar info, menerusi laporan sebuah portal media sebelum ini, timbul desas desus mengatakan pengarah terkenal bakal berkahwin lagi dengan seorang wanita yang dikenali sejak empat tahun lalu dalam waktu terdekat.

Namun adakah berita itu benar atau ia spekulasi semata-mata?

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5; dan Summayah, 3.

Kecoh Syamsul Yusof Nak Kahwin Lagi, Puteri Sarah Pula Sibuk Uruskan Anak-Anak Sakit Masuk Hospital, Netizen – “Moga Tabah”

Dari semalam kecoh berterbangan tentang khabar angin kononnya pengarah Syamsul Yusof bakal berkahwin lagi dalam masa terdekat.

Kontroversi berkenaan tercetus apabila sebuah blog hiburan mendakwa seorang pengarah terkenal bakal berkahwin dengan kekasihnya yang juga anak kepada seorang pelakon veteran.

Walaupun tidak menyatakan nama, namun ramai yang mengesyaki gosip itu merujuk kepada Syamsul dan Ira Kazar.

 

Pun begitu, sehingga kini masih belum ada kenyataan dari mulut Syamsul sendiri mengenai desas-desus itu.

Malah Syamsul juga dilaporkan tidak menghadiri majlis pratonton filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, semalam.

Gempak meninjau laman sosial akaun Instagram isterinya, Puteri Sarah Liyana dan didapati pelakon itu sedang sibuk menguruskan kedua-dua anaknya yang jatuh sakit serta dimasukkan ke hospital.

Anaknya Syaikhul Islam, 5, dan Summayah, 2, dilaporkan demam panas sejak lima hari lalu sebelum dimasukkan ke hospital.

Dilihat Puteri Sarah yang sedang sibuk menjalani penggambaran terpaksa berkejar lari dari set penggambaran untuk menguruskan anak-anaknya sebelum kembali semua ke set.

Ia mendapat perhatian netizen yang turut bersimpati melihat keadaan Puteri Sarah yang terpaksa bersusah payah menguruskan anak-anak mereka seorang diri.

Rata-rata mendoakan urusannya dipermudahkan serta tabah menghadapi ujian.

“Walaupun diduga dengan masalah rumah tangga, dia masih mampu berikan yang terbaik,” komen salah seorang pengikutnya.

“Semoga kuat hadapi dugaan ya,” pintan salah seorang netizen.

Tidak kurang juga yang berang dengan Syamsul dan orang ketiga yang menjadi punca keretakan rumah tangganya.

“Bapanya patut bawa anaknya ke hospital,” tanya salah seorang warga maya.

“Semoga perampas meninggal dengan cepat,” marah salah seorang warga net.

Sementara itu, menerusi IG Live Puteri Sarah sebelum ini turut memaklumkan dia tidak mengetahui tentang desas-desus yang suaminya bakal berkahwin lagi.

“Saya tak tahu dan saya pun baru tahu… Minta maaf, saya tak nak ambil tahu pasal kisah lain. Saya nak fokuskan pada kerja dan shooting saya ketika ini. Apa nak jadi, jadilah… Allah sentiasa ada, korang (peminat) pun ada dengan saya.

“Syaikhul pun tengah tak sihat. Dia dah tiga hari demam, pagi tadi masa dia bangun tidur, bibir dia berdarah teruk sebab dia tidur bernafas ikut mulut, bibir dia kering sangat dan mata dia bengkak. Saya dah takut dan terus bawa ke hospital!

“Ini kali kedua dia sakit sampai masuk wad, kali pertama dulu ketika dia berusia 8 bulan. Ketika itu dia kena pneumonia. Dia dah lama tak sakit, ini tiba-tiba dia sakit balik,” ujarnya.

Rumah tangga Syamsul dan Sarah bergolak selepas mereka dikatakan tidak lagi tinggal sebumbung dan terbaharu pendedahan orang ketiga.

Sekadar info Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata.

Lihat Video:

 

Sumber: OMM

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *