Uncategorized

Lepas Je Hattan Komen Persembahan Bosan Dalam Terpaling Juara, Sekali Ini Respons Sempoi Rahmad Mega

Penyanyi Rahmad Mega beranggapan misinya pada konsert kelima Terpaling Juara berjaya setelah mendendangkan lagu Bunga nyanyian asal Ara Johari.

Membawakan lagu tersebut dengan gaya tersendiri, persembahan Rahmad mendapat pujian penonton di media sosial.

Menurut Rahmad, dia berpuas hati dengan persembahannya meskipun tidak dapat memuaskan pihak juri.

“Saya berjaya membawakan lagu tersebut dengan baik sebenarnya, cuma pihak juri sudah tentu mahukan yang lebih. Idea Kapten (Hael Husaini) mahu kekalkan saya bawa lagu dengan gaya tersendiri.

“Kali ini, saya dah berjaya membawakan lagu Bunga versi Rahmad Mega, cuma belum cukup maksimum bagi juri.

“Secara peribadi, saya puas hati dengan nyanyian saya harini berbanding minggu lepas,” katanya kepada XTRA.

Biarpun menerima pujian daripada penonton, persembahan Rahmad mendapat kritikan juri, Datuk Hattan dengan mengatakan susunan muzik yang dipersembahkan agak bosan.

Bagi Rahmad, setiap orang pasti mempunyai pendapat tersendiri dalam menilai sesuatu persembahan.

“Ada betulnya apa kata juri sebab masing-masing mempunyai pendapat tersendiri. Hattan ada cadangan yang baik dalam pemberian idea cuma saya anggap misi saya kalini berjaya.

“Pendapat kita sebagai pendengar masa kini dengan juri tidak sama, pendapat juri menjurus kepada pendapat peribadi. Dengan cadangan yang diberi Hattan, kita ambil serius.

“Dalam program Terpaling Juara ini, ia mengabungkan orang baharu dan orang lama, bagi orang lama macam saya sudah tentu mempunyai gaya tersendiri,” jelasnya.

Persembahan Rahmad juga berada di kedudukan dua terbawah namun terselamat dengan tiadanya penyingkiran untuk minggu kelima.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jangan lupa saksikan Terpaling Juara setiap Ahad, jam 9 malam di TV3.

Terpaling Juara juga dapat disaksikan dengan strim langsung secara definisi tinggi di laman portal video www.tonton.com.my

Berikut sedikit info mengenai Rahmat Mega

‘Saya pernah rasa diri dilupakan industri seni’ — Rahmad Mega

TIDAK menerima sebarang undangan nyanyian selama beberapa tahun sehingga merasakan bahawa industri hiburan sudah melupakan siapa dirinya.

Itu yang dialami bekas vokalis kumpulan Mega, Rahmad ketika dia memilih untuk keluar daripada kumpulan tersebut pada tahun 1994.

Mengimbas kembali detik tersebut, Rahmad atau nama sebenarnya, Rahmad Tohak berkata, perjalanannya selepas keluar dari kumpulan Mega bukan sesuatu yang mudah.


Rahmad (tengah) sewaktu bersama kumpulan Mega.

“Sebenarnya selepas tahun 1994 ketika saya keluar daripada Mega, saya tidak mempunyai sebarang undangan nyanyian. Memang tidak ada kerja langsung.

“Sebab ketika itu industri hiburan popular dengan muzik berkumpulan seperti Spring, Ukays, Slam dan Exist.

“Jadi penerimaan untuk penyanyi solo seperti saya agak kurang. Ketika itu saya merasakan bahawa industri sudah melupakan saya sehingga saya bekerja dengan Ambang Klasik untuk mencari pendapatan.

“Bila kegawatan ekonomi pada 1997, saya diminta ambil skim pemberhentian secara sukarela (VSS) dan bermula daripada situ yang saya mula berniaga sehingga sekarang,” katanya kepada Majoriti.

Rahmad berdiri di hadapan food court miliknya yang diusahakan sebelum ini.

Bercerita mengenai dunia perniagaan pula, penyanyi lagu Bayangan Gurauan ini mendedahkan yang dia mengalami kerugian mencecah RM300,000 selepas perniagaan food court yang diusahakannya terpaksa ditutup ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Malah, Rahmad turut memaklumkan yang dia tidak akan membuka semula food court yang diberi nama The Stage By Rahmad Mega itu.

“Tempat itu sudah dua kali menjalani proses ubah usai. Ditambah dengan kos operasi dan sewa lagi, itu yang menyebabkan saya rugi kira-kira RM300,000.

“Kalau nak buka semula memang tidak. Sebab itu bukan kepakaran saya. Ketika itu saya sekadar nak mencuba.

“Tak dinafikan perniagaan berasaskan makanan ini memang bagus cuba ketika PKP itu, hanya perniagaan tertentu sahaja yang ke depan,” katanya.

Rahmad akui belum ada perancangan untuk kembali sepentas bersama Mega.

Bekas vokalis kumpulan Mega itu berkata, kerugian yang dialaminya itu bukanlah sesuatu yang pertama kali berlaku.

Malah, beberapa perniagaan yang diusahakannya sebelum ini juga pernah mengalami kerugian tetapi itu bukan penghalangnya untuk terus bangkit.

“Saya punya cara bekerja, bila gagal atau berjaya, saya akan tetap buat benda yang lain. Sebab apa yang berlaku adalah satu pengalaman dan laluan untuk berjaya,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai penyatuan semula dirinya bersama Mega, Rahmad berkata, buat masa ini belum ada sebarang perancangan ke arah tu.

Jelasnya, nak bermain bersama sebuah band memerlukan komitmen masa yang tinggi dan perkara itu menjadi kesukaran buat dirinya. — Majoriti

kredit: https://www.xtra.com.my/limauaaamboi

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *