Uncategorized

Sering Terima Jambangan Bunga Di Set Penggambaran, Nasha Aziz Mula Buka Cerita Beritahu Tentang Jejaka Yg Berjaya Cvri Hatinya.

Penerbit terkenal, Fadzil Teh mendedahkan pelakon cantik, Nasha Aziz sering menerima jambangan bunga ketika berada di set penggambaran.

Menerusi perkongsian di TikTok, Fadzil memuat naik video dirinya sedang mengusik aktres tersebut untuk mengetahui gerangan individu yang memberikan bunga kepadanya.

“Nasha, you bercinta dengan siapa ni? Hari-hari orang hantar bunga,” kata Fadzil.

Dalam pada itu, penerbit Zeel Production itu turut menunjukkan jambangan bunga mawar merah bersama mahkota hiasan yang diberikan kepada Nasha.

Menurut Nasha, dia merupakan seorang pelakon setia untuk Zeel Production dan mempunyai peminat.

“I kan pelakon setia Zeel Production, jadi i ada peminat,” kata Nasha.

Fadzil juga turut mempersoalkan sama ada jambangan bunga yang diberikan kepada aktres itu dihantar oleh kerabat diraja.

“Kerabat raja mana ni yang mampu bagi bunga hari-hari? Siap crown lagi. Tua-tua pun laku lagi ke sis?” usiknya.

 

Menerusi tinjauan di ruangan komen, perkongsian tersebut turut mendapat pelbagai reaksi daripada pengikutnya.

Terima jambangan bunga setiap hari, Nasha Aziz kini sedang bahagia bercinta

SELEPAS tular video menerima jambangan bunga, pelakon dan model Nasha Aziz akhirnya mengakui kini sedang bahagia bersama seseorang.

Enggan mendedahkan identiti jejaka berkenaan, Nasha berkata perkenalannya dengan insan istimewa itu bermula sejak sembilan tahun.

“Mestilah bunga itu dari orang yang menyayangi saya. Kalau orang sayang mesti dia hargai kita dengan pemberian begitu. Itulah tanda cinta!

“Kami baru kenal sembilan bulan. InsyaAllah… dia menepati lelaki idaman saya tetapi kami perlu kenal lebih rapat lagi,” katanya kepada mStar.

Nasha ditemui ketika sidang media pelancaran filem terbaharu lakonannya berjudul Talbis Iblis yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Khamis.

Sebelum ini, tular rakaman video dimuat naik oleh penerbit Haji Zil dari Zeel Production memperlihatkan Nasha menerima bunga di sebuah set lokasi penggambaran drama.

Dalam video tersebut, Nasha dilihat malu-malu menjawab soalan Zil adakah dia kini sedang bahagia bercinta.

Sementara itu, bercakap mengenai soal perancangan untuk ke fasa seterusnya, Nasha memohon doa orang ramai dan berharap ada pengakhiran yang baik.

“Itu kewajiban kan. Tapi kenalah dulu (doa) sebab nak tahu rezeki Allah bagi ini akan mendorong kita ke arah mana.

Kalau di set saya selalu fokus untuk dalami karakter, tetapi Khabir akan ada cara sendiri

“InsyaAllah semestinya yang baik-baik,” ujarnya.

Berkongsi mengenai filem Talbis Iblis, Nasha mengakui pengarahmya iaitu Khabir Bhatia memberi cabaran hebat untuk membawakan watak Junaidah.

“Kalau di set saya selalu fokus untuk dalami karakter, tetapi Khabir akan ada cara sendiri.

Nasha (empat dari kanan) bersama barisan pelakon Talbis Iblis.

“Watak ini pula saya terima selepas berbincang dengan penulis skrip, pengarah dan penerbit. Ia adalah watak di mana saya keluar di zon selesa,” jelasnya.

Talbis Iblis akan mula ditayangkan di pawagam pada 20 Oktober depan.

Selain Nasha, pelakon lain yang terlibat adalah Azira Shafinaz, Zul Ariffin, Amir Nafis, Jay Iswazir, Sherie Merlis dan Daniella Sya.

Sebelum ini Nasha Aziz pernah berkata, beliau reda sekiranya dia ditakdirkan untuk hidup membujang hingga ke akhir hayatnya.

Nasha atau nama sebenarnya Noraishah Abdul Aziz, 50, berkata, dia menganggap tanggungjawab untuk menjaga dua ibunya adalah lebih besar berbanding soal jodoh.

Siapa tak kenal dengan si jelita Nasha Aziz kan? Nasha atau nama sebenarnya Noraishah Abdul Aziz dulu dikenali dengan badan tinggi lampai, wajah yang cantik dan dilengkapi pula dengan bakat lakonannya.

Belum ada teman hidup…

Dek kerana kejelitaannya itu, ramai melekat di depan TV kalau ada drama atau filem lakonan Nasha ditayangkan. Sampaikan ramai macam tak sabar nak tahu siapa yang berjaya tambat hati dan mengahwini Nasha Aziz.

Malah menurut mStar, Nasha sendiri akui reda jika ditakdirkan hidup membujang hingga ke akhir hayatnya.

Nasha akhirnya membuka mulut dan memberitahu dia membujang sehingga kini kerana menjaga kedua ibunya yang sudah tua.

Padanya, tanggungjawab itu lebih besar daripada soal jodoh dan dia serahkan semuanya kepada Yang Maha Esa.

Soal jodoh saya serahkan jiwa dan raga kepada Allah. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk saya.

Pada masa yang sama, kenapa saya masih belum menjumpai sesiapa sebagai jodoh adalah kerana saya mempunyai dua ibu yang single sekarang.”

Bapa saya pula dua-dua dah tiada. Jadi anak yang tinggal adalah saya. Sayalah menjadi tempat untuk mereka berborak atau meluah perasaan.”

Pernah ada plan nak kahwin

Nasha kini menjaga ibu kandung yang dipanggil mummy serta ibu angkat (ibu saudara yang menjaganya) yang dipanggil ibu.

Sebelum ini Nasha pernah ada perancangan untuk berkahwin namun tidak kesampaian dan dia menganggap ianya sebagai peluang untuk dia membalas jasa kedua ibunya.

Memang ada saja kita bercadang-cadang tetapi kalau bukan izin Allah, kita takkan dapat juga. Mungkin ini sesuai dengan perjalanan hidup saya.”

Kalau saya ada suami, mesti saya kena tinggalkan ibu-ibu saya. Mereka dalam keadaan uzur, sensitif dan perlukan perhatian.”

Padanya ianya bukanlah masalah besar memandangkan dia mempunyai ramai anak buah yang dah dianggap seperti anaknya sendiri.

Menurut Nasha lagi, dia serahkan jiwa dan raganya kepada Allah untuk menentukan jodohnya kelak. Apa yang penting buat masa ini adalah dia menjaga dua syurganya itu.

Kalau saya tak jaga amanah ini, siapa nak jaga?”

Saya andaikan jodoh saya adalah untuk bersama dengan ibu. Ia anugerah terindah buat saya.”

Nasha Aziz,  pelakon tinggi lampai.. Siapa yang tidak kenal bukan? Sememangnya sentiasa kelihatan cantik dan anggun.

Cuma kini wajah Nasha hebat diperkatakan, adakah melakukan sesuatu pada mukanya atau sekadar solekan sahaja?

Kalau dulu, kecantikan Nasha nampak natural namun kini macam dah berubah, pada ketika usianya semakin meningkat.

KREDIT: XTRA

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *