Uncategorized

“Sekarang dalam proses berpindah..” – Zul Ariffin bakal berhijrah, tempat beliau nak pergi didedahkan

PELAKON Zul Ariffin mendedahkan dia bakal berhijrah dan menetap di Makkah hujung tahun ini bagi memulakan perniagaan di sana.

Menurut Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 36, perniagaan tersebut telah lama dirancang dan sekarang adalah masa terbaik untuk dia meneruskan impiannya itu.

“Sekarang ini dalam proses untuk pindah. Saya akan ke sana bermula Januari untuk urusan perniagaan. Memang menetap di sana, tapi pastinya akan akan sering kembali ke Malaysia.

 

Zul teruja untuk memulakan hidup di kota Makkah.

“Sebenarnya sudah lama rancang perniagaan ini dan akhirnya ia terjadi. Justeru itu ia memerlukan saya untuk

 tinggal di sana. Bukan hanya di Makkah, saya juga akan travel ke banyak negara selepas ini,” katanya kepada mStar.

Zul ditemui ketika sidang media pelancaran filem terbaharu lakonannya berjudul Talbis Iblis yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Khamis.

Meskipun memulakan kehidupan baharu di negara orang, Zul berkata itu tidak bermakna dia akan memperlahankan kerjaya seni di Malaysia.

Mengakui teruja untuk menjalani satu fasa baharu dalam kerjaya, Zul berkata dia sudah bersedia dengan segala cabaran sebagai seorang anak seni bergelar ahli perniagaan.

“Saya kenalah imbangkan antara kerja di sana dan kerjaya seni di Malaysia. Saya tidak akan perlahankan kerjaya sebagai pelakon. Malah sudah ada banyak perancangan yang telah dibuat bersama pihak pengurusan.

“Sekarang ini industri seni semakin rancak selepas tempoh pandemik. Sambutan terhadap filem di pawagam, juga semakin bertambah baik. Rugilah kalau saya perlahan kerjaya seni.

Saya kenalah imbangkan antara kerja di sana dan kerjaya seni di Malaysia. Saya tidak akan perlahankan kerjaya sebagai pelakon

ZUL ARIFFIN

PELAKON

“Saya amat teruja walau tahu akan jadi penat. Bagi saya ia adalah sesuatu yang bagus kerana masih lagi produktif walaupun penat,” jelasnya.

Sementara itu bercakap tentang filem Talbis Iblis, Zul memberitahu watak yang ditawarkan pada awalnya hanya sampingan, namun dikembangkan menjadi sebuah karakter yang boleh memberi impak kepada keseluruhan jalan cerita.

Melihat kepada tenaga produksi yang hebat, Zul menawarkan diri untuk berlakon dalam filem arahan Khabir Bhatia kali ini.

Zul tampil berbeza dalam filem terbaharu Talbis Iblis.

“Rugi rasanya kalau saya tidak terlibat dengan filem sebegini. Pasukan produksi sangat hebat dan disebabkan itu saya sendiri yang tawarkan diri untuk berlakon.

“Awalnya karakter saya hanya sedikit sahaja, namun kemudian ia dikembangkan menjadi lebih banyak. Saya sendiri memberi idea kepada pengarah bagaimana untuk membawa imej dalam filem ini.

Filem terbitan bersama Infinitus Gold, Astro Shaw, Jazzy Pictures, A Next Star Production dan MM2 Entertainment ini akan mula ditayangkan di seluruh pawagam pada 20 Oktober depan.

Selain Zul, pelakon lain yang terlibat adalah Azira Shafinaz, Nasha Aziz, Amir Nafis, Jay Iswazir, Sherie Merlis dan Daniella Sya.

Sebelum ini,Saya kena tegaskan, sepanjang karier saya tak pernah ‘request’ nak dukung heroin (dalam lakonan). Semuanya daripada skrip atau pun arahan.”

Demikian kata pelakon terkenal, Zul Ariffin yang mengakui babak yang dilakonkan menerusi mana-mana naskhah tidak lebih sekadar tuntutan keria. Zul, 36, berkata, situasi dikritik atau disalah tafsir segelintir pihak susulan babak tertentu sudah pun dilaluinya sebelum ini.

“Saya datang set penggambaran, salam heroin pun tidak. Tapi sekarang ini saya dibahanlah (dikrltik). Kalau Zul saja mesti ‘dukung…dukung’.

“Bukanlah dikatakan sebagai mangsa, tetapi itu ‘permainan’ industri. Saya boleh ‘bermain’ mengenai perkara itu, saya tak kisah. Tetapi mampukah pelakon lain ‘bermain’ benda yang sama.

“Sampai berapa lama nak begitu, bolehkah mereka bertahan. Macam contoh apa yang pernah terjadi pada saya beberapa bulan lepas mengenai satu video tular.

“Video berkenaan belum pun lagi ditayangkan di televisyen, hanya di sosial media saya dan sudah dipadam. Tapi ada drama lain yang sudah disunting dan ditayangkan dah pun (babak dukung). Ia lepas.

“Video berkenaan belum pun lagi ditayangkan di televisyen, hanya di sosial media saya dan sudah dipadam. Tapi ada drama lain yang sudah disunting dan ditayangkan dah pun (babak dukung). Ia lepas.

“Kalau macam tu, boleh cakaplah ‘diaorang pun boleh cakap untuk tolak, tapi pilih sedap.’ Kenapa cakap begitu pada saya saja.

“Jadi bila ada yang bercakap sedemikian, saya diam sahajalah. Sebab saya jenis yang hormat pelakon lain. Malah orang cakap teruk pada saya pun, saya boleh hormat pada orang lagi,” katanya.

Hampir 15 tahun dalam industri seni, Zul turut mendedahkan dia kini mahu fokus di layar perak berbanding drama.

“Saya ambil keputusan untuk tidak terlalu aktif berlakon drama sebab ada ketikanya mereka yang berada di set tidak begitu serius. Meski tidak semua begitu tetapi ia berlaku.

“Jadi bila saya tengok ‘permainan’ begitu, saya tidak mahu salahkan siapa-siapalah. Jadi saya rasa macam…tak bolehlah. Dah lama dah ‘main game’ ni. Undur diri sekejaplah.

“Apa pun saya bersyukur kerana mash lagi dapat tawaran lakonan selain beberapa projek lain. Saya pun sudah berusia 36 tahun, sudah berlakon
bertahun-tahun.

“Sekurang-kurangnya saya saya bertuah kerana ada platform lain yang saya boleh pilih iaitu untuk ke arah filem, naskhah premium dan sebagainya,’ katanya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *