Uncategorized

“Sabar Itu Indah..”- Lepas Je Ds Anwar Ibrahim Diumumkan PM Ke 10, Nurul Izzah Mula Bersuara Buat Ramai Tersentuh

Teka-teki siapakah Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 negara akhirnya terjawab apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan sebagai perdana menteri baharu selepas 5 hari Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berlangsung.

Pengumuman yang tersebut disambut dengan gembira oleh penyokong Pakatan Harapan (PH) apabila media sosial penuh dengan ucapan tahniah.

Terima kasih rakyat Malaysia

Susulan daripada kenyataan rasmi daripada Istana Negara berkenaan pengumuman tersebut, anak kepada Perdana Menteri Ke-10 negara, Nurul Izzah Anwar telah memuat naik semula gambar dirinya bersama bapa tersayang dengan ucapan menyentuh hati.

Ujarnya, penantian sekian lama dan perjuangan bapa akhirnya berhasil dan mengucapkan syukur serta terima kasih kepada rakyat Malaysia.

“Ya Allah syukur. Terima kasih rakyat Malaysia.”

“Sabar itu indah” tulisnya ringkas.

Nukilan anak buat bapa

Bekas ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut mencoretkan nukilan buat bapa tercinta dengan menceritakan semula jerit perih mereka bersama karier politik Anwar yang diketahui umum.

“I love you, Papa. Am always proud of you – even as you lay imprisoned as a prisoner of conscience.

Legasi yang kita tinggal kan untuk anak-anak dan generasi masa depan bukannya harta, pangkat mahupun wang ringgit, tetapi idealisme dan prinsip perjuangan yang tidak boleh dijual beli.” ujarnya lagi.

Pengumuman Perdana Menteri ke-10 siang tadi telah menoktahkan segala persoalan yang berlegar-legar sejak PRU15 tempoh hari apabila kedua-dua blok iaitu PH dan Perikatan Nasional (PN) tidak memperolehi kerusi majoriti untuk membentuk kerajaan.

Antara komen netizen,

Satiap Pemimpin YG Berjaya Pasti Ada Sabuah Keluarga Yg Bahagia…Dari Gelaran PM “Ikat TEPI” Sabenar Nya Dah Lama TERIKAT DIHATI PENGUNDI….Bukti Nya Pru 15…

Tp Gaji Papa Kena Potong..Janji Kena Tunai Igtkan Papa Yer

Kita Kena Belajar Dgn Dsai Tak Semestinya Yg Jatuh Tak Bulih Berjaya…Apa2 Tahniahdsai

Tahniah..Akhir Nya Dpt Jd Pm Ke 10..Semoga Dpt Menerajui Negara Dgn Lbh Baik…Kepentingan Kepada Agama ..Bangsa Dn Negara….Last Skli Jgn Lupa Kota Kn Janji2 Yg Sblm Ini Ya DSAI..

Sedihnya Tgk Bila Anuar Kucup Ank Nurul Izzah. Besar Pengorbanan Isteri & Anaknya Selama Ini. Sy Doakan Semoga DSAI Menjadi Pemimpin Yg Boleh Menaikan Ekonomi Malaysia Seiring Dgn Negara2 Membangun Yg Lain. Aminnn

Walaupn Terlepas Permatang Pauh Tetapi Dsai Dpt Jadi Pm Ke-10

Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Pelantikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong selepas perbincangan khas dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara, sebentar tadi.

“Setelah memperhalusi titah pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Seri Paduka Baginda telah memberi perkenan untuk melantik Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ahli Parlimen Tambun) sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

“Ia selaras dengan kuasa baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan,” demikian menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin melalui satu kenyataan, hari ini.

Kenyataan itu menyebut, pada sesi perbincangan khas Raja-Raja Melayu yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong, baginda telah berkenan mewasalkan kepada Raja-Raja Melayu bahawa proses pelantikan Perdana Menteri baharu adalah susulan daripada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Sabtu lalu.

“Perbincangan khas itu juga bertujuan bagi Seri Paduka mendapat pandangan Raja-Raja Melayu untuk membolehkan baginda membuat keputusan yang terbaik demi kepentingan dan kesejahteraan negara serta rakyat.

“Proses di atas adalah bagi membolehkan Seri Paduka membuat keputusan melantik seorang Ahli Dewan Rakyat pada hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan”.

Ahmad Fadil berkata, proses seterusnya ialah Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri yang dijadual jam 5 petang ini di Istana Negara.

“Seri Paduka mengingatkan kepada semua pihak bahawa yang menang, tidak menang semua dan yang kalah, tidak kalah semua. Justeru, bagai biduk lalu, kiambang bertaut, hulurkan tangan antara satu dengan yang lain bagi merapatkan semua saf antara semua Ahli-Ahli Dewan Rakyat demi masa depan negara tercinta,” katanya.

Katanya, baginda menegaskan, negara ini umpama harta pusaka di mana pemimpin adalah pemegang amanahnya, perlu dijaga kerana ia bakal diwarisi generasi yang akan membawa negara terus ke mercu kejayaan.

“Seri Paduka juga berpesan kepada Perdana Menteri dan kerajaan baharu yang bakal dibentuk untuk mengambil resmi padi, semakin berisi semakin tunduk.

“Hakikatnya, rakyat jelata tidak wajar dibebankan dengan kemelut politik yang tiada kesudahan tatkala negara memerlukan sebuah kerajaan stabil untuk merancakkan landskap ekonomi dan pembangunan negara.

“Ahli Dewan Rakyat yang telah dipilih turut diingatkan supaya mempamerkan soladiriti dengan memberikan keutamaan, komitmen yang tinggi dan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat,” katanya.

Seri Paduka turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada sokongan berterusan Raja-Raja Melayu dalam menyempurnakan tanggungjawab baginda selaku Raja Berpelembagaan yang berteraskan keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

“Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu turut menyokong pendirian Seri Paduka Baginda bagi pembentukan kerajaan yang stabil dengan secepat mungkin berikutan PRU15 menerusi proses yang penuh cermat dan teliti serta pemerhatian yang mendalam.

“Seri Paduka Baginda memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT dan menyeru rakyat agar terus beristiqamah serta bertenang dan bersama mendoakan agar negara sentiasa diberkati, dirahmati dan di bawah lindungan Allah SWT, dijauhi daripada sebarang bencana dan musibah,” katanya.

 

Sumber: Instagram Nurul Izzah, kredit:trendingnewz

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *