Hiburan

Aaron Aziz Sedia Berdamai Dengan Syamsul Yusof, “Syaratnya Dia…”

Sususlan konflik dan perselisihan faham membabitkan dirinya dan pengarah Syamsul Yusof sehingga namanya disingkirkan dari filem Original Gangster, Aaron Azizi kata,

“Saya sedia berdamai dengan Syamsul Yusof dengan syarat dia datang berjumpa saya dan minta maaf atas apa yang berlaku.”

Menurut Aaron atau nama sebenar, Aaron Mustapha Aziz, sebaik saja namanya disingkirkan dari filem Original Gangster, Syamsul tidak ada berhubung dengannya sampai sekarang.

“Saya tidak mahu menceritakan masalah apa yang berlaku antara kami kerana tidak mahu membuka aib.

“Malah, saya mahu berjumpa dengannya untuk menyelesaikan masalah yang berlaku tapi dia menolak,” katanya kepada Harian Metro.

Mengulas mengenai filem Original Gangster, kata Aaron, dia mengakui berasa kecewa bila disingkirkan dari berlakon dalam filem itu.

“Saya sudah bekerjasama dengan Syamsul dalam projek filemnya selama 12 tahun iaitu sejak 2010 lagi.

“Saya juga terbabit dalam empat projek filem besarnya termasuk KL Gangster dan KL Gangster 2 sebelum ini,” katanya.

Pada Ahad lalu, Aaron, 47, mende.dahkan namanya digu.gurkan daripada barisan pelakon Original G.angster namun enggan beritahu puncanya kerana menghormati bapa Syamsul iaitu Datuk Yusof Haslam.

Malah Soffi Jikan turut mend.edahkan wujud kemelut di antara Aaron dengan Syamsul sehingga aktor asal Singapura itu dig.ugurkan dari barisan pelakon filem aksi berkenaan.

Reaksi Dari Yusof Haslam

Enggan timbul sebarang sp.ekulasi selepas menawarkan peluang lakonan kepada pelakon Datuk Aaron Aziz dalam filem Sheriff, penerbit Datuk Yusof Haslam tampil menjelaskan pembabitan aktor berkenaan dalam karya terbaharu terbitannya itu.

Menurut Yusof, 69, Aaron menepati kriteria diperlukan untuk melakonkan watak anta.gonis dalam filem berkenaan dan secara kebetulan k.onflik membabitkan aktor berasal Singapura itu dengan anaknya Syamsul Yusof menjadi bualan.

Sebenarnya pada ketika itu saya memang tengah mencari pelakon watak penja.hat, bila Aaron beritahu dia digu.gurkan dan hilang kerja jadi saya ambil dia yang kebetulan ada masa lapang ketika itu.

Tak ada i.su mengenai Syamsul gu.gurkan Aaron dan saya ambil dia, ini secara kebetulan sahaja. Kita perlukan watak penting. Watak itu pula sesuai dengan dia. Saya tak nak orang s.alah faham.

“Benda ini tiada niat, Syamsul itu anak saya jadi tak ada i.su, saya sayang anak saya. Saya bukannya ambil Aaron sebab nak balas dendam ke apa. Demi Allah tiada niat itu,” katanya.

Yusof berkongsi perkara itu ketika ditemui tayangan perdana Astro Original L.iar yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada malam Rabu.

Yusof berkata dia tidak mahu mengambil tahu tentang kemelut yang mel.anda antara Aaron dan juga anaknya itu.

 

 

Dia bagaimanapun mendoakan yang terbaik buat mereka.

Bagi saya mungkin ada s.alah faham antara dia dan Syamsul. Saya tak pasti apa sebab dia digu.gurkan. Saya tak mahu menggores hati anak saya dan orang lain yang terlibat. Saya ambil Aaron dengan cara profesional tanpa pr.ejudis.

Terus terang saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak dan menantu saya begitu juga dengan Aaron. Industri ini kecil sahaja pusing-pusing akan jumpa balik, katanya lagi.

Dalam pada itu, Yusof turut berasa sedih apabila filem arahan Syamsul itu mendapat tentangan ramai kerana kem.elut rumah tangganya bersama pelakon Puteri Sarah Liyana.

Terus terang saya sebagai bapa sedih apabila ada orang kata nak bo.ikot filem Syamsul, bagi saya tiada adil. Ma.salah peribadi itu peribadi, kerja itu kerja.

“Saya kalau boleh tak nak orang ramai b.oikot filem Syamsul kerana beberapa i.su, itu ma.salah perbadi dia bagi saya. Kalau ada karya yang baik kita sokong tanpa mengira siapa dia,” ujarnya.

Original G.angster yang sedang dalam penggambaran turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Datuk Rosyam Nor, Datuk Adi Putra, Yayan Ruhian, Beto Kusyairy, Hairul Azreen, Shaheizy Sam, Pablo Amirul, Nas-T dan Sharnaaz Ahmad

Sumber: harian Metro

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *