Uncategorized

Aku Berkwn Dgn Suami Org. Tiba2 Si Isteri Call Berkali2 Hingga Aku Terpaksa Jwb, Tak Sangka Si Isteri Boleh Tanya Mcm Mana Aku Jaga Kbersihan Diri Dan Alat S*lit

Hi.. Aku seorang wanita. Umur 36 tahun. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki berumur 6 tahun dan anak tiri lelaki berumur 11 tahun. Aku bahagia kerana adanya insan baik.

Sekadar ingin berkongsi cerita. Maaf jika tidak menarik dan penulisan tidak bagus. Maaf juga sekiranya agak panjang. Aku bukanlah seorang penulis yang bagus. Hehe. Semua watak yang bernama adalah bukan nama mereka yang sebenar.

Aku berasal dari sebuah negeri di utara. Suami aku berasal dari ibu negara. Aku namakan suami aku Haris. Perkenalan aku dengan Haris adalah ketika Haris masih lagi suami orang dan telah mempunyai anak ketika itu. Aku merantau ke ibu negara untuk bekerja. Berjumpa dengan Haris secara tidak sengaja ketika ada urusan kerja di syarikat Haris bekerja.

Bermula dengan berjumpa ketika kerja, dan bertukar nombor telefon atas alasan urusan kerja, berlarutan sehingga berborak pelbagai perkara di telefon dan seterusnya berjumpa untuk makan bersama.

Ya perkara ini adalah salah. Aku juga telah sedia maklum dari awal yang Haris ketika itu sudah berkahwin dan mempunyai anak. Haris seorang yang jujur dan berterus terang. Haris juga ketika itu seperti sangat tertarik untuk berkawan dengan aku.

Jadi aku sebagai seorang perantau ketika itu dan tiada saudara mara atau rakan-rakan di ibu negara ini, menyambut saja salam perkenalan dari Haris. Tidak di nafikan aku juga tertarik dengan penampilan dan perwatakkan Haris.

Pertama kali Haris mengajak aku keluar makan bersama, Haris membawa anaknya yang ketika itu berusia 3 tahun. Ketika itu kami baru saja berkenalan tidak sampai pun seminggu. Aku sememangnya sangat sukakan kanak-kanak.

Pertama kali berjumpa anak Haris, aku menunjukkan sikap yang sangat teruja melihat seorang kanak-kanak. Aku juga melayan anak Haris dengan begitu mesra dan baik. Haris sentiasa tersenyum melihat gelagat aku ketika itu.

Maaf jika intro terlalu panjang. Apa yang aku nak cerita adalah berkenaan insan baik iaitu isteri Haris. Selama tak sampai sebulan aku berkawan dengan Haris, isteri Haris ada menghubungi aku. Aku agak terkejut dan berasa sangat bersalah.

Pada mulanya aku abaikan saja isteri Haris. Bila aku beritahu pada Haris yang isterinya menghungi aku, tenang saja Haris menjawab dengan menyuruh aku melayan saja call atau SMS dari isteri Haris. Aku namakan isteri Haris Rina.

Bagaimana Rina boleh menghubungi aku? Kisah nya bermula bila aku dan Haris saling mengikuti di facebook. Ketika itu jugalah Rina turut mengikuti aku di facebook.

Aku terima saja bila Rina menambah aku sebagai rakan di facebook sebab ketika itu aku tidak rasa aku akan ‘pergi jauh’ dengan Haris memandangkan Haris adalah suami Rina ketika itu.

Aku agak aktif di facebook. Haris adalah antara orang yang akan like dan komen segala apa yang aku post di facebook. Bermula di sini, setiap kali Haris komen posting aku, Rina juga turut akan komen. Aku biasa2 saja ketika itu turut membalas semula komen2 dari Haris, Rina dan rakan2 yang lain.

Ketika Rina menghubungi aku, Rina bertanyakan soalan2 biasa saja pada aku. Asal dari mana, berapa lama berkerja dan ada saudara mara atau tidak di ibu kota. Aku menjawab saja segala soalan2 Rina. Semakin lama Rina semakin rajin hubungi aku. Rina seperti hendak menjadikan aku kawan.

Aku berasa pelik dan takut juga. Yela aku kan berkawan dengan suami nya ketika itu. Tapi aku layankan saja sebab aku taknak la dikatakan “dengan suami orang nk kawan, takkan dengan isterinya taknak berkawan juga”, hehehe.

Sehingga la pada suatu hari tu, Rina bertanyakan soalan yang buat aku berasa pelik. Rina tanya bagaimana aku menjaga kebersihan diri dan juga al4t svlit.

Aku jawab saja pertanyaan Rina seperti aku berborak dengan rakan2 yang lain dan kami berkongsi pendapat masing2 tentang hal penjagaan kebersihan diri. Rina turut berkata dia hendak mencuba segala apa yang aku gunakan ketika itu.

Aku dan Rina seperti sudah menjadi kawan. Tapi aku tidak pernah lagi berjumpa dengan Rina. Kami berhubungan melalui messenger sahaja. Aku terus saja melayan Rina berborak2 seperti biasa dan kami berkongsikan pelbagai cerita. Sehingga Rina bertanyakan perihal aku dan Haris.

Ketika ini aku seperti sudah sukakan Haris dan aku juga agak perasan yang Haris juga sukakan aku. Ketika Rina tanyakan perihal aku dan Haris, aku selalu saja mengelak, sehinggala Rina berkata seperti ini,

“Haris kata you da ada boyfriend, bila nak kahwin? Jangan lambat2 tau umur dah semakin meningkat, berkawan dengan suami orang pun tak berapa elok”. Aku sangat tersentap dengan kata2 Rina. Lama aku hendak membalas kata2 Rina itu. Aku hanya membalas “ya, terima kasih dan i minta maaf”.

Tapi sebaliknya, Rina kata aku tak ada salah pun untuk minta maaf, Rina kata mungkin sikap dia ada yang salah sehingga Haris mencari kawan perempuan lain. Aku sangat2 terkejut ketika itu.

Aku masih berkawan dengan Haris seperti biasa dan semakin jatuh sayang kepada Haris. Haris selalu memberi hadiah kepada aku. Haris selalu mengambil berat. Ya aku salah kerana tidak menjauh dan tidak menolak Haris.

Tidak sampai tiga bulan berkenalan dengan Haris, suatu hari Haris menyatakan ingin melamar aku. Aku mestilah terkejut. Apa yang aku fikir masa tu hanyalah Rina. Aku bertanya Haris bagaimana dengan Rina. Tenang saja Haris jawab yang Rina mesti okay saja. Maksudnya, Haris hendak berpoligami dan aku dan Rina bermadu.

Bermacam-macam dalam fikiran aku ketika itu. Adakah Haris mampu, adakah Rina okay dan paling penting adakah diri aku sendiri boleh terima? Aku masih tidak boleh berfikir ketika itu dan aku merasakan aku tidak mampu untuk berkongsi iaitu bermadu dengan Rina. Ya aku salah.

Haris mengajak kami bertiga berjumpa. Itulah pertama kali aku dan Rina berjumpa. Orangnya cantik dan redup mata memanndang. Rina orang yang lembut apabila bercakap dan perwatakan juga lembut.

Semasa kami bertiga berjumpa, Haris terus menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan aku di hadapan Rina. Riak muka Rina seperti nya sudah tahu. Rina juga terus bertanya pada aku adakah aku setuju dengan perkara ini.

Apa yang membuatkan aku blur dan sangat2 terkejut adalah Rina tenang saja bertanya soalan itu pada aku dan tambahan pula dengan air mata yang berjujuran. Ketika inilah aku berasa sangat2 bersalah pada seorang wanita lain.

Aku lihat Rina sangat tenang dan semestinya kecewa dan sedih sehingga mengalirkan air mata. Ketika ini aku lihat muka Haris berasa bersalahnya dia pada Rina tetapi Haris tetap juga cuba tenang untuk mendapatkan juga persetujuan dari aku.

Aku? Terdiam. Berfikir. Cuba meletakkan diri aku di tempat Rina. Sakit. Sangat sakit. Ya aku tahu perasaan Rina sangat sakit ketika itu. Terus saja aku menggelengkan kepala dan menjawab tidak. Haris sangat2 terkejut. Rina juga terkejut. Kami bersurai dalam keadaan semua tertanya2.

Selepas pertemuan itu, beberapa hari aku berdiam diri dari Haris dan Rina. Haris call dan whatsapp aku tapi aku tidak membalasnya. Yang pelik nya Rina turut menghubungi aku.

Rina siap meminta maaf pada aku, siap pujuk aku macam dia yang bersalah dalam hal ni. Selepas aku mendiamkan diri selama seminggu, aku mula membalas whatsapp Haris dan messenger Rina.

Aku meminta maaf pada mereka dan aku mengatakan aku ingin hentikan semua ini. Aku taknak lagi berhubungan dengan Haris dan aku tak nak lagi berborak2 dengan Rina di messenger.

Rina terus saja menghubungi aku tanpa jemu walaupun aku tidak membalasnya. Sehinggalah pada suatu hari Rina mengajak aku keluar makan. Entah kenapa aku setuju saja dan aku menganggap aku boleh meminta maaf dengan cara berhadapan dengan Rina.

Rina mengambil aku di rumah sewa. Ketika hendak memasuki kereta aku sangat terkejut kerana Haris turut ada di dalam kereta. Aku masuk saja kedalam kereta dan Haris tersenyum pada aku. Senyum dengan penuh makna. Layanan Rina pada aku juga tersangat baik. Rasa ingin keluar saja dari kereta. Tapi melihatkan layanan mereka pada aku, aku ikutkan saja.

Selesai saja makan, Rina terus memegang tangan aku dan berkata “tolong i..please. tolong terima Haris. i okay. i mintak maaf hal hari tu. mungkin u terkejut dan beranggapan kami memerangk4p u. tapi tidak. i ikhlas. i nak u terima Haris. Kahwin dengan Haris..please. kita jadi kawan”.

Aku? Terkejut. Terdiam. Entah apa aku nak jawab pun tak tahu. Terus saja aku berfikir singkat. Aku angguk kepala dan setuju. Haris terus tersenyum lega. Rina? Lebih gembira dari Haris dan seperti satu bebanan terlepas dari bahunya. Aku sangat2 tak faham apa yang berlaku ketika itu.

Maaf mungkin terlalu panjang penulisan aku ini. Aku tidak berniat untuk sambung part 2. Aku akan terus habiskan dalam penulisan ini juga. Selepas kejadian di kedai makan, aku dan Rina jadi semakin rapat. Rina selalu saja mengajak aku keluar untuk membeli barang atau berjalan-jalan. Sehinggakan Haris hendak pergi bekerja keluar daerah, kami sama-sama menghantar dan mengambil Haris di lapangan terbang.

Pelbagai perkara kami lakukan bersama. Tanpa Haris dan Rina tahu, aku sangat2 tidak selesa dengan semua ini. Aku tak menginginkan langsung kehidupan seperti ini. Sehinggalah suatu hari, Rina bertanyakan kepada aku perihal orang tua ku. Rina bertanya bilakah dia boleh jumpa mama dan papa aku untuk meminang aku untuk Haris.

Ketika inilah aku merasakan dunia berhenti berputar dan jam berhenti berdetik. Aku tidak sangka secepat ini perkara ini berlaku dan Rina sangat serius dalam hal ini.

Padahal baru beberapa bulan saja pelbagai perkara ini berlaku dari aku merantau ke ibu negara, mengenali Haris dan Rina, Haris melamar aku dan sehinggalah Rina meminta aku untuk menerima Haris. Aku seperti berada di dalam mimpi.

Masa berlalu. Aku singkatkan saja. Aku menyatakan hasrat kepada mama dan papa ku. Mereka seperti tidak setuju tetapi tidaklah menolak. Mama mengatakan padaku jodoh adalah Rahsia Allah. Dalam pelbagai kejadian segalanya mungkin berlaku. Aku membawa khabar kepada Haris dan Rina, mengatakan kepada mereka bahawa papa dan mama seperti tiada jawapan.

Kelihatan Rina seperti sangat kecewa. Haris juga terkejut tetapi lebih tenang dari Rina. Mereka meminta aku untuk mencuba lagi untuk memberikan penjelasan kepada mama dan papa aku sehingga mereka boleh faham dan terima.

Aku masih lagi turutkan saja perkara yang berlaku dalam hidup aku iaitu masih menghubungi Haris, masih berkawan dengan Rina, berbincang masa depan kami sebagai madu, sehinggalah bercerita hal bergiliran. Rina sepertinya sangat sukakan aku dan seperti sangat tidak sabar untuk hidup bermadu.

Aku hanya layankan saja segala perancangan Rina. Ya aku hanya berpura-pura ketika itu. Apa yang aku mahukan hanyalah Haris. Bukanlah hidup bermadu. Sehinggalah suatu ketika, aku terus mendiamkan diri secara tiba-tiba. Dalam dua bulan juga aku tidak membalas whatsapp Haris dan Rina. Haris tetap tidak putus asa. Selalu saja cari peluang untuk mencari dan berjumpa aku. Rina juga sama.

Selepas dua bulan berlalu, Haris dan Rina pula seperti sudah berputus asa dengan aku. Mereka juga mendiamkan diri dan tidak lagi menghubungi aku. Aku berasa sedikit sedih, tetapi aku lebih kepada berasa sangat lega. Akhirnya aku berjaya menjauhkan diri dari mereka dan kehidupan yang tidak aku inginkan.

Pada suatu hari, sedang aku melayari facebook aku melihat Haris membuat posting yang membuatkan aku berasa sedih. Gambar bersama Rina dan anak mereka bercuti di suatu tempat. Perasaan aku seperti tidak menentu. Aku masih sayangkan Haris. Tapi aku perlu nekad untuk tidak lagi berada dalam hubungan mereka.

Aku sangkakan percutian mereka sekeluarga adalah untuk move on dan tidak lagi melibatkan aku dalam hubungan mereka. Tetapi tidak. Beberapa hari kemudian Rina dan Haris kembali mencari aku. Haris masih bertanya khabar aku dan mengambil berat tentang diri aku.

Walaupun aku tidak membalas segala whatsapp Haris, tetapi Haris seperti tidak berputus asa. Rina pula sentiasa meminta maaf di dalam setiap teks yang di hantar kepada aku dan sentisa menyuruh aku berfikir untuk menerima dia dan Haris dalam hidup aku.

Lama-kelamaan aku sudah tidak tahan lagi dengan keadaan ini. Aku mengucapkan kata-kata yang boleh dikatakan kejam juga, dengan tujuan untuk menyakitkan hati mereka dan menghentikan semua ini.

Kepada Haris aku katakan begini “i taknak hidup berkongsi. i tak sanggup nk lukakan hati mama dan papa. i memang da sayang dan cintakan u. tapi i tak sanggup untuk bermadu. i tak nak berkongsi. maafkan i. tolong pergi dari hidup i. jangan cari i lagi”.

Untuk Rina pula “maafkan i. u terlalu baik dengan i. perkenalan dengan Haris adalah satu kesalahan. i tak sepatutnya sambut salam perkenalan dari Haris. i tak sepatutnya buat hati wanita lain hancur dan menderita. i kejam dengan u. sedangkan u terlalu baik pada i.

satu perkara yang u perlu tahu, i tak sanggup berkongsi Haris dengan u. i tak sanggup bermadu. i hanya nk Haris, i tak nak ada yang lain. maafkan i. i taknak ada apa2 lagi di antara korang berdua dan tolong jangan ganggu i dan jangan cari i lagi. terima kasih untuk segalanya Rina”.

Aku sangat lega bila sudah luahkan semua pada Haris dan Rina. Mereka tidak membalas whatsapp aku. Aku tertunggu-tunggu juga. Tapi tiada.

Masuk tahun baru, selepas sebulan berlalu, bermakna sebulan jugalah Haris dan Rina tidak mencari aku. Kami masih lagi berkawan di facebook dan suatu hari aku melihat Haris dan Rina membuat posting menyambut ulangtahun perkahwinan mereka. Aku tersenyum.

Pada bulan Mac pada tahun tersebut, aku mendapat perkhabaran Haris dan Rina berpisah (bercer4i). Sudah tentulah aku sangat2 terkejut. Ketika itu aku sudah move on dan aku sudah ada kenalan lelaki lain.

Aku masih tertanya-tanya, bagaimana keadaan mereka, kenapa boleh berpisah, sedangkan baru saja menyambut ulang tahun perkahwinan, bermacam-macam lagi soalan yang bermain2 di kepala aku ni.

Ada seseorang menyampaikan pada aku, dan aku mendapat tahu mereka berpisah secara baik dan aman. Aku sangat2 tak sangka! Setahun berlalu, selepas Haris dan Rina berpisah, aku mendapat perkhabaran bahawa Rina telah menikah. Sebulan selepas Rina menikah, aku dan Haris pula bernikah.

Sepanjang setahun, antara kisah perpisahan mereka sehingga kisah Rina, Haris dan aku dengan kisah pernikahan kami, beribu-ribu cerita yang terlah berlaku. Yang pastinya, Rina adalah insan yang baik.

Sehingga kini aku masih berkawan dengan Rina dan berkongsi pelbagai cerita. Selalunya Rina yang akan menghubungi aku untuk bertanya atau berkongsi sesuatu cerita. Aku merasakan Rina terlalu ikhlas untuk semua perkara itu.

Kini, Rina sudah mempunyai 3 anak dengan hasil perkahwinan baru. Rina juga telah berpindah ke Sabah mengikut suaminya yang bekerja di sana. Aku dan Haris mempunyai seorang anak. Anak Haris dan Rina, bersama aku dan Haris.

Terima kasih kepada Rina yang sangat2 baik terhadap aku. Aku melihat Rina sangat bahagia sekarang, bagaimana dia tersenyum dan gembira semasa bersama Haris, kini Rina masih seperti itu, terpancar keceriaan dan kebahagian di wajahnya. Aku selalu titipkan doa buat Rina, untuk insan yang terlalu baik dengan aku.

Cerita aku ini adalah sekadar cerita kehidupan aku yang tak seberapa. Aku sangat bersyukur dikurniakan orang sekeliling yang sangat2 baik dengan aku. Hanya kisah diri Rina sajalah yang layak di contohi.

Bukanlah bermakna pembaca perlu jadi sebaik Rina untuk membenarkan suami berkahwin lain. Bukan. Jadilah insan yang tabah dan sabar seperti Rina untuk mempertahankan rumahtangga. Rina sememangnya layak bahagia. ORANGE (Bukan nama sebenar) SUmber iiumc. Apa pula kata anda. Sumber ekisah. Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan s@lah.. Terima Kasih

Sumber KRT

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *