Keluarga

Sampai Macam Tu Sekali, Diana Danielle Halang Farid Kamil Masuk Rumah Kerana BeIiau Yang Bayar Sewa

Semalam, peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kadir yang mewakili pelakon, Diana Diana mengesahkan Farid Kamil tidak dapat memasuki kediamannya sejak awal bulan ini.

Memetik mStar Online, Akberdin berkata Diana mempunyai hak menghalang suaminya masuk kediaman mereka selepas memfailkan cerai pada 10 Mac lalu.

Menurutnya lagi, Diana yang menyewa kediaman tersebut serta mempunyai hak untuk membenarkan atau menghalang sesiapa daripada masuk rumah berkenaan.

“Rumah itu disewakan oleh anak guam kami, jadi dia ada hak untuk membenarkan sesiapa masuk atau tidak ke dalam rumah tersebut”

“Hubungan mereka juga memang sudah tidak baik, sebab itu anak guam saya ke mahkamah,” katanya.

Dalam pada itu, Akberdin berkata Jawatankuasa Pendamai (JKP) diperintahkan mahkamah akan digunakan untuk mencari jalan penyelesaian.

“Sekiranya JKP tidak dapat menemui jalan penyelesaian atau mendapati berlaku shiqaq, Mahkamah Syariah akan melantik hakam yang akan memberikan kata putus bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga pasangan berkenaan,” katanya.

Semalam, hangat diperkatakan dengan berita Diana memfailkan perceraian terhadap suaminya, namun Farid enggan melafazkan talak kerana masih ada perasaan sayang.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Kredit: mstar/achikdia.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *