Penyanyi Syada Amzah bersikap terbuka sekiranya ibunya iaitu Fauziah Sarman mahu mendirikan rumah tangga sekali lagi.
Terbuka kahwin baru.
Menurut Syada, tiada masalah untuk ibunya bernikah sekali lagi kerana percaya itu adalah ketetapan jodoh Allah S.W.T.
Sumber kekuatan mama adalah anak-anak. Saya okey sahaja, tiada masalah kalau mama jumpa jodoh baru. Kalau dah namanya jodoh kan.
Syada berkata demikian ketika menjawab pertanyaan daripada peminat sewaktu melakukan sesi siaran langsung di TikTok, baru-baru ini.
Sementara itu, Fauziah yang turut bersama Syada pada sesi siaran langsung tersebut sempat berseloroh mengatakan agar dia tidak dipertemukan dengan jodoh yang ‘bodoh’.
Cuma berharap tak jumpa yang bodoh.
Terdahulu, Fauziah menerusi hantaran di Instagram mengesahkan sudah bercerai dengan suaminya yang juga pelakon dan penyanyi era 1980-an, Datuk ND Lala.
Menerusi perkongsian tersebut, Fauziah memberitahu, lafaz cerai dilakukan suaminya pada 2 Ogos lalu di sebuah masjid, namun hanya dimaklumkan mengenainya menerusi aplikasi WhatsApp, pada 8 Ogos lalu.
Untuk rekod, ND Lala dan Fauziah mendirikan rumah tangga pada 1989 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata, Nurshahila atau Shila, 33, Amir Syafiq, 30, Amir Syahir, 28, dan Nur Syuhada, 25.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.