Uncategorized

“Away From Society, Closer To Nature” – Tak Heran Dikecam, Isteri Hafidz Roshdi Kongsi Video ‘Syok’ Naik Kuda

Selepas video memaparkan momen sekitar majlis perkahwinan pelakon Hafidz Roshdi dan cinta pertamanya, Athira Yuhada tular di media sosial, netizen tidak henti-henti mengecam pasangan terbabit.

Lagi-lagi isteri baru Hafidz, di mana netizen anggap dia seakan-akan tidak peduli dengan kisah ‘hitam’ aktor berkenaan yang pernah didakwa pukul bekas isteri, Shuhada yang ketika itu mereka masih berstatus suami isteri.

Bahkan, Athira juga teruk dimaki-hamun netizen sejak beberapa hari ini hinggakan ada yang ‘face shaming’ dirinya.

Biarpun teruk dikecam netizen, isteri Hafidz seakan-akan tidak kisah apabila dia boleh memuat naik video di Instagram Story memaparkan diri sedang menaiki kuda dengan wajah yang gembira.

Away from society, closer to nature.

Sebelum ini, dalam satu sesi temu bual, Hafidz Roshdi akui bahawa Athira merupakan cinta pertama dan ada bersamanya ketika susah serta senang.

Pelakon Hafidz Roshdi selamat menamatkan zaman duda dengan wanita pilihan hatinya, Athira Yuhada dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung di Shah Alam, malam tadi.

 

“Dia ‘first love’ saya. Kami berkawan sejak usia 15 tahun dan pernah bercinta sebelum ini.

Demikian kata pelakon Hafidz Roshdi mengenai keputusannya menamatkan zaman duda dengan wanita pilihan hati, Athira Yuhada dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung di Shah Alam, malam tadi.

Hafidz berkata, dia sah begelar suami kepada Athira kira-kira jam 8.15 malam dengan sekali lafaz dan dinikahkan oleh jurunikah yang berwakil walikan bapa Yuhada.

 

Pada majlis itu, Hafidz menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tiga daripada pihak pengantin perempuan.

“Alhamdulillah saya bersyukur apabila Allah beri peluang untuk saya menjadi suami sekali lagi. Insya-Allah saya akan jalankan tanggungjawab ini dengan baik.

“Moga pernikahan ini kekal hingga akhir hayat. Doakan yang terbaik untuk perkahwinan ini,”katanya.

Pada majlis pernikahan itu, pelakon drama Melastik Ke Hatimu 2 itu menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300.

Ditanya mengenai keistimewaan yang dimiliki Athira, Hafidz berkata, isterinya itu menerima segala kekurangan yang ada pada dirinya.

“Dia terima segala kekurangan dan terima saya seadanya,”katanya.

 

Dalam pada itu, Hafidz enggan mengambil pusing mengenai segala komen negatif mengenai pernikahannya dengan wanita yang wanita yang dilaporkan menjadi punca pergolakan rumah tangga bersama bekas isterinya, Nurul Shuhada.

“Saya tak nak ambil kisah. Biarlah apa mereka nak cakap,” katanya.

Terdahulu teka-teki mengenai majlis pernikahan pelakon, Hafidz dengan Athira khirnya terjawab apabila dia mengumumkan berita gembira itu di Instagram sebentar tadi.

Untuk rekod, Hafidz, 29, pernah mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016, dan pasangan ini bercerai pada 27 Julai lalu.

Hasil perkongsian hidup, Hafidz dan Nurul Shuhada dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 3.

Sumber: HM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *