“Awak Cantik Tapi Sayang…” Ira Kazar Buat TikT0k Dengan Bapa, Sekali Ramai Yang Terkejvt Apa Yang Berlaku

Sejak beberapa hari ini, kecoh diperkatakan di media sosial tentang kisah rumah tangga pelakon Puteri Sarah dan suaminya, Syamsul Yusof. Semuanya gara-gara khabar angin yang mendakwa pengarah terkenal itu telah pun berkahwin dengan orang ketiga, Ira Kazar.
Namun baru-baru ini, Syamsul tampil menepis dakwaan tersebut dan mengatakan akan menyaman pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kerana menyebar kenyataan tidak benar. Tambah pengarah itu, khabar angin yang berlegar di media sosial itu adalah satu fitnah.
Selain Puteri Sarah dan Syamsul Yusof, nama Ira Kazar juga antara yang menjadi bualan ramai sekarang ini selepas dia dikatakan sebagai orang ketiga dalam hubungan tersebut. Susulan isu yang berlaku ini, ruangan komen di video akaun Tik Tok milik wanita itu telah diserang oleh netizen.
Klik untuk videonya..
https://vt.tiktok.com/ZS824PVJw/
Terima kecaman netizen
Berdasarkan tinjauan di akaun Tik Tok milik Ira Kazar, kebanyakan netizen telah meninggalkan komen makian dan caci maki terhadap wanita tersebut. Malah ada juga yang memerli wanita itu selepas dia didakwa merosakkan rumah tangga Puteri Sarah yang masih tidak selesai sehingga kini.
Dalam masa yang sama, ada juga yang menasihatkan wanita itu untuk bertaubat dan menghentikan perbuatannya mengganggu rumah tangga wanita lain. Walaupun video tersebut telah lama dimuat naik di Tik Tok, dapat dilihat banyak komen-komen terkini yang ditinggalkan oleh netizen semenjak khabar angin yang timbul baru-baru ini.
“Kifarah tu wujud.”
Cantik awak ni tapi sayang hmm.”
“Macam ni pun syamsul boleh berkenan.”
Terdahulu, Puteri Sarah memuat naik beberapa hantaran di Instagram Story apabila dia menerima kiriman mesej yang mengatakan suaminya telah pun berkahwin dengan Ira Kazar.
Malah pelakon wanita itu juga berharap kebenaran akan terbongkar dalam masa terdekat susulan pendedahan yang dimaklumkan ini.
Dalam pada itu, Pengarah filem, Syamsul Yusof, 38, akan memfailkan saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sebanyak RM10 juta kerana didakwa mengeluarkan satu kenyataan fitnah terhadapnya.
Syamsul menerusi kiriman suara berdurasi satu minit dan 59 saat yang dihantar menerusi WhatsApp berkata, tindakan itu diputuskan selepas berbincang dengan peguamnya mengenai perkara itu.
“Mereka (Jawi) sudah mengeluarkan satu kenyataan fitnah terhadap saya, fitnah tidak benar dan boleh dikatakan palsu kepada saya.
Mereka sudah memberi maklumat tidak benar itu kepada ahli keluarga saya sedangkan maklumat itu sekali lagi tidak benar, palsu dan boleh dikatakan fitnah kepada ahli keluarga saya.
“Sedangkan, perkara itu juga adalah dokumen rasmi kerajaan. Saya anggap saya perlu ambil tindakan ini untuk menyaman Jawi sebanyak RM10 juta. Setakat ini, itu yang boleh saya katakan dulu,” katanya.
Bagaimanapun, Syamsul tidak mendedahkan apa kenyataan Jawi yang didakwa fitnah terhadapnya itu.
Menurut Syamsul, cukuplah dia berkongsi sebab untuk mengambil tindakan saman itu dan selebihnya akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
Difahamkan, Syamsul kini berhadapan kemelut rumah tangga dengan isterinya juga pelakon Puteri Sarah, 37, atas dakwaan kehadiran ‘orang ketiga’ dikenali Ira Kazar yang dikatakan mengganggu rumah tangga mereka.
Sumber : syorApa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: