Seperti yang ramai tahu, pengarah terkenal iaitu Syamsul Yusof kini sedang berdepan dengan kemelut rumah tangga bersama isteri, Puteri Sarah Liyana selepas dia membuat pengumuman mengenai perkahwinan bersama isteri kedua, Ira Kazar.
Tampil berkongsi pengalaman, pakar saham terkenal iaitu Datuk Dr Mohd Nazri Khan (DDNK) mengakui pernah mengharungi liku-liku hampir sama dengan Syamsul dalam perkahwinannya.
Menurut DDNK, Syamsul perlu berfikir dan membuat pilihan yang terbaik antara dua wanita berkenaan.
Sebab perempuan ni ada dua jenis, satu jenis yang banyak pakai logik. Satu lagi jenis yang banyak pakai emosi.
Bukan itu sahaja, DDNK turut menjelaskan bahawa wanita yang banyak menggunakan logik akan lebih bersikap dominan dan agresif berbeza dengan wanita yang gemar menggunakan emosi kerana mereka lebih relaks dan ‘outgoing’.
Susah kalau kita nak ada dua-dua ni sekali. Kepada saudara Syamsul, pilihlah yang terbaik. Kita kena tahu siapa yang lebih sayang kepada kita
Kalau terp4ksa bercer4i then kita terp4ksa buat. Percer4ian ni bukan klamat, bukan ending. Kalau anak kita selalu dengar kita gaduh setiap hari, mungkin tak elok.
Malah, pakar saham itu berpendapat bahawa kadang-kala perceraian itulah yang boleh membuatkan diri seseorang itu lebih bahagia.
Dia permulaan kepada benda yang baik, banyak orang yang lepas bercerai lebih bahagia, lebih sukses. Mungkin bercerai tu bagus
DDNK Beritahu Bila Kahwin Isteri Lebih Muda, Rasa Muda Siap Selalu Pergi Masjid Dan Kuliah Agama, Dulu Jarang2 Dapat Pergi
“Bila saya kahwin dengan yang lebih muda ini saya pun berasa lebih muda. Kalau dulu saya jarang pergi masjid, sekarang saya sudah selalu, kalau dulu jarang pergi kuliah agama sekarang sudah kerap.”
Demikian kata Pakar Pelaburan Saham, Pengurus Kewangan Bertauliah dan Penganalisis Ekonomi, Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan, 48, selepas berkahwin dengan Tuan Nor Ernie Rossmeris Tuan Zahari, 26, pada September tahun lalu.
Beliau yang mesra disapa DDNK dan popular menerusi tagline ‘Tak Handsome Tak Apa Janji Kaya’ berkata, itu perkara pelik yang berlaku terhadap dirinya yang mana tidak pada perkahwinan pertama.
“Bukan saya mahu salahkan isteri pertama, cuma perjalanan hidup saya seperti itu. Saya belajar daripada perceraian yang berlaku.
“Saya rasa refleksi dan peluang kedua saya dalam kehidupan. Walaupun isteri kedua saya ini muda, tapi dia membantu saya menghampiri matlamat hidup iaitu berjaya di dunia dan akhirat. Alhamdulillah, hidup saya lebih tenang dan tidak banyak pening kepala dari segi kerja.
“Pengalaman hidup dengan isteri pertama dan kedua, masing-masing ada kelebihan. Untuk isteri kedua yang lebih muda ini dia lebih manja, lebih fleksibel, dengar cakap dan tak banyak kerenah. Mungkin rasa hormatnya ada di situ. Tapi, dia juga lebih nakal, kuat cemburu dan kuat merajuk.
“Kalau isteri yang dulu lebih berusia, dia lebih matang, terbuka, bersikap keibuan dan faham kehidupan. Tapi, itu adalah pilihan kita. Keduanya hebat dan perlu tahu apa matlamat hidup. Kita perlukan isteri yang boleh sokong matlamat kita,” katanya.
Dalam masa sama, beliau tidak bersetuju dengan gelaran ‘penyondol’ diberikan terhadap wanita yang menjadi isteri kedua, ketiga atau keempat.
Ia susulan isterinya turut terkena tempias kontroversi perkahwinan kedua pengarah Syamsul Yusof dan Ira Kaza baru-baru ini.
“Saya tak bersetuju ‘penyondol’ dalam istilah isteri kedua. Bagi saya ia tidak boleh berlaku sebelah tangan. Tidak boleh rempuh atau santau untuk terus berkahwin. Ia mesti bertepuk dua belah tangan.
“Bila sebut berkenaan cinta dan sayang, ia adalah perkara yang kita tiada daya untuk menahan. Bila sudah sayang, kita tidak boleh menipu perasaan. Bila kita kata sayang, maksudnya kita memang sayang. Bagi saya, tidak boleh seorang saja yang sayang untuk terus kahwin.
“Jadi, sondol menyondol ini tidak betul. Kalau daripada konteks saudara Syamsul (Syamsul Yusof) atau sesiapa saja, apa yang penting adalah kalau boleh berbahagia dengan yang pertama atau kedua (isteri) itu yang terbaik.
“Saya tiada pengalaman sebegitu, isteri saya yang kedua memang sangat baik,” katanya.
Menurutnya, soal kahwin itu adalah jodoh dan ketentuan Allah SWT.
“Kita semua perlu faham ini adalah jodoh dan kuasa Allah. Mungkin orang tidak boleh terima tapi itulah hakikatnya. Saya tidak setuju dengan istilah sondol menyondol ini,” katanya.
Antara komen netizen,
Dia pun nak menyelit jugak. Ambik no.giliran tunggu turn bole tak? Kes Sol pun lom setel lagi ni. Dah la semalam Azri iskandar pun dah Tanya bila turn dia…
Masa ada bini sibuk bercinta dgn org lain!
Alhamdulillah, benda baik kita sokong.
Sumber Hmetro.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih