Bapa baru meninggaI, 3 beradik sempat buat video trend TikTok sebelah jenazah akhirnya menerima padah

Namun kecoh apabila satu video menunjukkan tiga gadis dipercayai adik-beradik membuat rakaman di sebelah jenazah bapa mereka.
RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI
Berdasarkan semakan, bapa mereka menghidap kanser tahap empat dan sebelum ini menjalani kemoterapi.
“Hargailah mereka selagi ada. Sakit dan sedih yang terdalam. Terima kasih Allah berikan kami ayah terhebat! Kami akan menyusulmu. Al-Fatihah untuk papa,” tambahnya.
Tidak sepatutnya bagi seseorang muslim itu menyebar video atau gambar si mati di dalam media sosial atau kepada masyarakat umum. Ini kerana ia bertentangan dengan etika dan akhlak bagi seorang muslim.
Video yang dimuat naik di aplikasi TikTok pada awal pagi Isnin itu menimbulkan pelbagai reaksi dengan rata-rata netizen menyifatkan rakaman bersama jenazah yang dibuat mengikut trend media sosial itu sebagai tidak sensitif.
“Macam mana boleh teringat nak video ni waktu tengah sedih.”
“Aku tak boleh brain, dia mampu buat TikTok kat sebelah jenazah.”
“Ayah saya meninggal bulan 10 tahun lepas. Tak pernah terfikir nak buat macam ni. Nak tengok gambar-gambar dia waktu sakit atau sihat pun saya tak mampu lagi,” demikian antara komen-komen netizen.
Susulan dikecam ramai, video tersebut bagaimanapun telah dipadamkan daripada akaun TikTok yang mempunyai lebih 91,000 pengikut.
Dalam pada itu, Pejabat Wilayah Persekutuan pada Januari 2021 memberi penjelasan berhubung pertanyaan tentang menyebar video orang yang telah meninggal dunia yang dirakamkan bagi tujuan kenang-kenangan dan dikongsi di media sosial.
“Tidak sepatutnya bagi seseorang muslim itu menyebar video atau gambar si mati di dalam media sosial atau kepada masyarakat umum. Ini kerana ia bertentangan dengan etika dan akhlak bagi seorang muslim.
“Selain itu, perbuatan itu juga boleh mengundangkan kepada fitnah dan perasaan tidak selesa terhadap keluarga si mati. Bahkan ia juga perlu dihentikan daripada terus tersebar dengan kadar segera.
“Namun, perbuatan menyebarkan video atau gambar tersebut diharuskan bagi tujuan tertentu untuk menjaga kebaikan dan manfaat bagi pihak yang berautoriti dengan syarat mendapat keizinan pihak keluarga serta menjaga aib si mati,” menurut penjelasan Irsyad Al-Fatwa Siri Ke 540: Hukum Merakam Video Orang Yang Meninggal Dunia?
Tonton video SILA KLIK SINI
Sumber : belumbalik