Info

Baru Je Ali Dedah Jumpa Barang Kat Rumah Arwah Abam, Pengamal Perubatan Ni Tampil Buat Penjelasan Buat Ramai Setuju

SUSULAN dakwaan pelawak Ali Puteh tentang penemuan mencurigakan seperti taburan garam kasar, daun bidara selain bangkai haiwan di kediaman milik Allahyarham Abam pada Jumaat, seorang pengamal perubatan tampil menjelaskan maksud di sebalik barang berkenaan.

Pengamal perubatan Islam yang dikenali sebagai Zaki Samsuddin berkata, bahan-bahan yang ditunjukkan oleh Ali dalam video dimuat naiknya sebelum ini tiada kaitan dengan amalan sihir.

Sebaliknya kata Zaki, garam dan daun bidara biasanya digunakan untuk proses memagar rumah daripada gangguan makhluk halus.

“Pertama, balu arah datang ke rumah bersama peguam dan peguam itu bukan seorang bomoh. Kedua, tiada tanda-tanda sihir yang ada dekat situ.

Antara ‘barang’ yang ditemukan dihadapan rumah arwah Abam.

“Kebiasaannya garam, lada hitam, daun bidara diguna pakai untuk tujuan memagar rumah.

Boleh jadi rumah itu baharu dipagar. Tapi kebiasaannya, yang ditunjukkan Ali itu adalah kaedah atau bahan-bahan digunakan memagar rumah,” jelasnya.

Zaki berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di aplikasi TikTok miliknya.

Dalam pada itu, Zaki turut menjelaskan, barang-barang yang ditemui Ali itu tidak mempunyai kaitannya dengan sihir, melainkan dia menjumpai bintang seperti ayam atau kain kuning berikat.

“Kalau sihir tu, mungkin Ali akan nampak selain daripada itu, contohnya seperti ayam atau kain kuning yang terikat, binatang-binatang yang mati.

“Ada juga orang menggunakan garam sebagai satu sumber sihir tetapi seperti yang kita lihat menerusi video perkongsian Ali, ia tidak ke arah sihir kerana kita tidak nampak ia daripada bahan-bahan yang ditunjukkan itu,” ujarnya.

Terdahulu, balu Allahyarham Abam iaitu Norhidayah Mohd Ali berkunjung ke kediaman yang mereka pernah tinggal di Gombak.

Ali mendedahkan penemuan barang yang mencurigakan.

Bagaimanapun, kunjugannya itu tidak disambut baik oleh keluarga bekas suami apabila kedatangannya tidak diendahkan meskipun beberapa kali memberi salam.

Pada petang Jumaat, Ali memuat naik video mendedahkan penemuan beberapa barang mencurigakan yang kebetulan ditemui selepas kunjungan Hidayah ke kediaman tersebut.

Ali juga mendakwa terdapat unsur-unsur sihir dengan penemuan barang yang dijumpai iaitu garam kasar, daun bidara dan mengkarung.

kredit:mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *