Hiburan

Bawa Ibu Masing2, Anak-Anak Jamal Abdillah Rai Kemenangan Di Kedai Mamak

Final rancangan realiti nyanyian Famili Duo yang berlangsung pada Ahad lepas masih lagi terasa bahangnya dengan kemenangan tempat pertama diraih oleh anak-anak bujang penyanyi lagenda, Datuk Jamal Abdillah iaitu, Yamani Abdillah dan Zaki Yamani.

Baba datang ‘support’

Kehadiran bapa mereka yang menyaksikan pasangan adik beradik itu merentap bagi merebut hadiah kemenangan iaitu wang tunai berjumlah RM100,000 menjadi pemangkin buat mereka untuk juara.

 

Rai kemenangan bersama ibu masing2

Apa yang menjadi perhatian ramai sudah tentu ibu masing-masing yang turut hadir memberikan sokongan saban minggu buat dua penyanyi ini.

Dalam satu perkongsian yang dibuat pengguna TikTok dikenali sebagai @eijasignature, pasangan adik beradik tersebut telah meraikan kemenangan di kedai mamak bersama ibu-ibu mereka.

Sambut dekat mamak je

Dapat dilihat mereka begitu gembira dengan memotong kek dan bertepuk tangan menandakan betapa gembiranya apabila usaha keras selama ini berhasil.

Lebih membahagiakan adalah hubungan kekeluargaan kembali erat seperti mereka diwaktu kecil dahulu selepas lama terpisah memandangkan mereka tidak tinggal bersama.

 

Semoga mereka terus bahagiakan ibu masing2

Perkongsian tersebut telah menuai pelbagai komen daripada warganet yang rata-rata terharu dengan momen keluarga tersebut.

Mereka juga memuji ibu-ibu kepada pasangan penyanyi itu kerana tetap ada bersama anak mereka sehingga mereka mencapai salah satu kejayaan dalam karier.

Cepat masa berlalu, sekejap je dua2 dah bujang

Untuk makluman, Yamani adalah hasil perkahwinan Jamal dengan Noraina Mohd Yusof manakala Ahmad Zaki adalah daripada perkahwinan ketiganya dengan Fatimatuzahrah Samad.

Video:

https://twitter.com/i/status/1623165454134177792

Sharul Kamal Bangga Isteri Berjaya Satukan Hubungan Anak-Anak Jamal Abdillah “Sakit Sampai Masuk Wad Sebab Kerja Keras”

Sharul Kamal menzahirkan penghargaan buat isterinya Amilin Roszaimi yang bekerja keras dalam membantu pasangan adik-beradik Yamani Abdillah dan Zaki Yamani sepanjang menyertai program Famili Duo sehingga mereka bergelar juara.

Mengenang kembali perjalanan sepanjang lapan minggu program tersebut, Amilin yang juga merupakan seorang pegawai perhubungan awam sebuah syarikat rakaman jatuh sakit sehingga terpaksa menerima rawatan di hospital.

“Tahniah isteri. Awak layak untuk kecapi saat juara ini. Berhempas pulas setiap minggu fikir cari konsep dan lagu… senang cerita dari A sampai Z.

“Disebabkan Famili Duo saya sendiri jadi saksi awak bersengkang mata untuk perah idea demi mahukan yang terbaik untuk Zaki dan Yamani.

“Sampai kena tahan wad gara-gara terlalu bekerja keras demi kejayaan adik-adik (Zaki dan Yamani) awak tu. Waktu ini (ditahan wad) Tuhan sahaja yang tahu perasaan saya,” katanya.

Sharul atau Muhammad Sharul Amin Kamarozaman, 27, menulis perkara tersebut menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.

Tambahnya lagi disebabkan komitmen kepada kerja, mereka juga jarang berjumpa meskipun tinggal sebumbung.

Ada hari yang kita tidak berjumpa sedangkan satu rumah.

Saya dengan kerja saya dan begitu juga awak. Alhamdulillah kita masih di track yang betul. Faham kerja masing-masing,” ujarnya

Selain mengucapkan tahniah, Sharul juga memberitahu penglibatan isterinya menjaga Yamani dan Zaki telah berjaya merapatkan semula hubungan dua orang anak kepada penyanyi Datuk Jamal Abdillah itu.

“Paling penting sekali awak berjaya buat mereka bersatu. Awak berjaya buat hubungan adik dan abang itu bahagia. Itu paling bermakna,” jelasnya.

Sementara itu dalam temu bual selepas dinobatkan sebagai juara pada malam Ahad, Zaki meluahkan rasa syukur kerana Famili Duo telah mengeratkan kembali hubungannya bersama Yamani yang merupakan abang kandung tetapi berlainan ibu.

 

Sumber: OMM| mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *