Pelakon Lufya Omar sebelum ini pernah menasihati rakan artis, Puteri Sarah Liyana untuk mempertahankan rumah tangga berhubung kehadiran orang ketiga sehingga mengalami bergolakan.
Bagaimanapun, pelakon berusia 37 tahun itu kini berharap Puteri Sarah mampu membuat keputusan terbaik untuk kebahagiaan diri sendiri sebelum memikirkan tentang orang lain.
Lufya menitipkan pesanan tersebut menerusi ruangan komen sebuah hantaran dimuat naik oleh isteri kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof itu di laman Instagram baru-baru ini.
“Dulu aku suruh kau bertahan kan, sekarang aku rasa.. kau dah kena buat keputusan untuk kebahagiaan diri kau sendiri dulu baru fikirkan yang lain,” tulis Lufya.
Pelakon drama Bila Hati Telah Hitam itu berkata, Puteri Sarah selayaknya menjalani kebahagiaan dengan individu yang lebih tahu menghargai dan bukannya terus merana berdepan hubungan penuh konflik.
“Dulu aku suruh kau bertahan kan…”
“Sampai bila nak merana kan. Awak berhak bahagia dengan seseorang yang boleh menghargai,” katanya lagi.
Malah, rata-rata pengikut lain turut bersetuju dengan kenyataan Lufya bahawa Puteri Sarah perlu ‘move on’ untuk mencari kebahagiaan bersama anak-anak dan bukan menyakiti hati sendiri yang berpunca daripada orang lain.
Setuju! Moga ada jalan terbaik
‘Move on’ dari sakit hati
Terdahulu, Puteri Sarah menghasilkan video seolah-olah parodi memaparkan dirinya meletakkan syarat untuk suami yang mahu berkahwin lagi dengan menggunakan audio di aplikasi TikTok.
Dalam rakaman itu, aktres berumur 37 tahun menyatakan beberapa syarat yang perlu diikuti
“Orang lelaki nak bini dua tiga boleh. Bagi pitih (duit) RM10,000 tiap-tiap bulan. Banglo (sebutir) sebuah. BMW sebuah. Lepastu tak balik tak apa.”
VIDEO
— RedsJakes (@RedsJakes) December 22, 2022
Dituduh nak harta suami
Selain itu, hantaran di Instagram Stories pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin turut mendedahkan dia dituduh ‘gilakan’ harta Syamsul. Tegas pelakon drama Suri Hati, dia bersusah payah bekerja malah melancong bersama anak-anak juga pakai duit sendiri.
Sumber: IG Puteri Sarah Liyana
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: