Uncategorized

“Berapa lama la Siti nak hafal lagu ni” – Siti Aafiyah pun hafal lagu ‘Munbe Vaa’, netizen puji sebutan jelas dan tepat!

ANAK perempuan kepada penyanyi Datuk Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah mencuri perhatian ramai apabila turut menghafal lagu Tamil, Munbe Vaa yang dinyanyikan oleh Siti pada Konsert AR Rahman – Secret of Success Live in Malaysia 2023 baru-baru ini.

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna aplikasi TikTok, Aafiyah dilihat turut menyambung nyanyian ibunya sewaktu mereka menaiki lif di ruang kediamannya.

“Ini sangat comel. Anak Siti Nurhaliza pun pandai nyanyi lagu Munbe Vaa,” tulisnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat Aafiyah terikut-ikut sewaktu mendengar Siti menghafal lagu berkenaan.

Dua cahaya mata Siti, Aafiyah dan Afwa.

Malah, ada yang memuji sebutan yang dinyanyikan Aafiyah juga jelas dan tepat.

“Mesti Tok Ti selalu buat latihan menyanyi lagu ini. Sedapnya suara Tok Ti. Anak pun dah hafal.

“Anak kamu sebut lebih jelas dan saya tabik juga pada kamu, artis Malaysia kegemaran saya.

“Berapa lama la Siti nak hafal lagu ni sampai Aafiyah pun hafal not lagu tu,” tulis netizen.

Sebelum ini, Aafiyah turut pernah menerima pujian kerana menunjukkan bakat nyanyiannya ketika sedang bermain buaian ditemani Siti.

Menerusi video yang dikongsi oleh Siti, penyanyi itu menyanyi lagu Burung Kakak Tua yang disambung oleh Aafiyah.

Persembahan Munbe Vaa daripada Siti menerima pujian ramai.

Peminat memuji Aafiyah kerana mempunyai suara merdu yang mewarisi ibunya, malah ada yang menjangkakan kanak-kanak berusia enam tahun itu bakal menjadi penyambung legasi Siti apabila dewasa kelak.

Terdahulu, kemunculan Siti menerusi persembahan lagu klasik Tamil berjudul Munbe Vaa pada konsert AR Rahman yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil menerima pujian ramai.

Persembahan menakjubkan itu turut mendapat standing ovation oleh 60,000 penonton di dalam stadium sebagai penghargaan kepada penyanyi berkenaan.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button