Info

Bomb4 Berjaya Selamatkan Seorang Lelaki Yang Nyaris Terjvn Dari SkyDeck Menaara KL

“Setibanya dilokasi, lelaki berusia 21 tahun tersebut telah berdiri di hujung bangunan Sky Deck, Menara Kuala Lumpur yang berketinggian 300 meter dipercayai cuba membunuh diri,” katanya

KUALA LUMPUR – Tindakan pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang lelaki warga tempatan yang dipercayai cuba membunuh diri di bangunan Sky Deck, Menara Kuala Lumpur hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian kira-kira pukul 5.11 petang.

“Seramai 25 pegawai dan anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba Dan Penyelamat Hang Tuah dan Pudu telah dikerah ke lokasi kejadian.

“Setibanya dilokasi, lelaki berusia 21 tahun tersebut telah berdiri di hujung bangunan Sky Deck, Menara Kuala Lumpur yang berketinggian 300 meter dipercayai cuba membunuh diri,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, mangsa bagaimanapun berjaya ditangkap dari arah belakang dan diselamatkan kira-kira pukul pukul 6.38 petang.

“Mangsa telah di bawa ke tempat yang selamat sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

PETALING JAYA: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berjaya menyelamatkan seorang lelaki yang cuba terjun dari Sky Deck, Menara Kuala Lumpur, petang tadi.

Cubaan bunuh diri itu dikatakan yang pertama kali berlaku di menara tersebut.

Menurut jurucakap bomba, operasi menyelamat melibatkan mangsa, seorang lelaki berusia lingkungan 20-an berjaya dilakukan.

“Bomba berjaya menangkap mangsa dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” jelasnya dalam kenyataan di sini.

Pihak bomba menerima maklumat itu kira-kira pukul 5.11 petang.

Seramai 25 pegawai dan anggota bersama tiga jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di likasi, lelaki itu berdiri di hujung Sky Deck, Menara Kuala Lumpur, dipercayai cuba membunuh diri,” jelasnya.

Sumber : laporan7/utusan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button