Uncategorized

Handphone berkecai, anak kau kata ‘baba jah4t’ – Ahli keluarga dakwa Aliff Teega pukul isteri tengah mengandung

BELUM reda berita mengejutkan apabila Alif Teega mengaku kahwin dua, seorang pemuda tampil menyelar personaliti media sosial itu sebagai lelaki dayus.

Amirul Adni Rustam iaitu sepupu dan juga adik susuan Aisyah Hijanah mendakwa Alif pernah memukul isterinya dan mereka sekeluarga mengetahui dan menjadi saksi setiap perkara berkenaan.

Malah Amirul mendakwa, Alif menjalinkan hubungan dengan wanita lain ketika Aisyah sedang hamil anak ketiga.

“Wahai Alif, kami sekeluarga tahu dan tengok setiap aksi yang sudah buat dekat kakak aku. Dayus!

Amirul membuat pendedahan mengenai Alif menerusi Instagram miliknya.

“Sanggup kau pukul bini kau? Kata sayang bro. Bini kau tengah mengandung anak ketiga kau berseronok dengan perempuan lain,” katanya.

Amirul berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada malam Ahad.

Dalam pada itu, Amirul mendakwa Alif cuba menghapuskan bukti rakaman video di dalam kereta (dashcam) selain memecahkan sebuah telefon.

“Jangan lupa bukti yang kau nak hapuskan dashcam dalam kereta. Puas ke pukul kakak aku?

“Handphone berkecai, anak kau kata ‘baba jahat’ sudah membuktikan semuanya,” dedahnya.

Sementara itu, Amirul menjelaskan dia tidak berniat membuka aib namun disebabkan kelakuan Alif, dia terpaksa membongkar perkara itu kepada umum.

Alif membuat pengakuan berkahwin dua pada Ahad.

Malah Amirul menyifatkan tindakan Alif itu memalukan nama influencer yang mengetengahkan kandungan berkaitan agama.

“Maaf aib tak aib tapi kalau dah sampai kau angkat tangan dan kaki kau dekat kakak aku, memang aku akan masuk campur.

“Memalukan nama influencer yang membawa content agama. Aku tak bangga dari dulu ada abang ipar macam kau,” katanya.

 

 

Pada petang Ahad, Alif atau Mohd Hazalif Mohd Hazani, 29, membuat pengakuan dia berpoligami dan penjelasan itu dibuat bagi mengelakkan timbul sebarang fitnah di kemudian hari.

Amirul tidak dapat berdiam diri dengan kejadian menimpa Aisyah.

Aisyah atau Aisyah Hijanah Azhari, 28, pula meminta orang ramai tidak bercakap buruk mengenai perkahwinan kedua suaminya itu dan meminta mendoakan kebahagiaan Aliff dan isteri baharunya yang tidak didedahkan.

Untuk rekod, Alif dan Aisyah mendirikan rumah tangga pada 25 November 2017 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Oktober lalu, Aisyah mendedahkan perkahwinan mereka dilanda ujian apabila ada pihak ketiga yang juga pekerja sendiri cuba mendekati Alif.

Aisyah juga memaklumkan dia turut membawa Alif berubat selepas dipercayai terkena penyakit ain selain gangguan sihir pemisah.

Sumber: mStar

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *